Archive for the ‘dunia hari ini’ Category

Ho Ho Ho

Hotel, hari 1:

Boleh tahan… tapi kotor sikit. Lama dah tak mencuci. Kena bersihkan dulu baru selesa.

Lepas 1/2 hari… dah bersih… baru seronok nak duduk, makan, buat kerja, belajar, rehat & tidur kat sini.


Hotel, hari 2:

Tak ada buat apa… macam hari 1 jugak.


Hotel, hari 3:

Kerja lebih masa sikit dari hari 1 & 2.

 

Hotel Rumah, hari 4.

Hari ada rancangan di luar… rehat dulu di pagi hari. Lepas tu…

Teman serumah: “Eh? Aku ingat takde orang kat umah ni. Ko tak balik kampung?”

Aku: “Tak… duk umah je cuti 4 hari ni. Tengahari nanti baru nak keluar kejap…”


Begitulah dihabiskan cuti kali ini (Ye ke cuti? Kerja jugak sebenarnya). Masanya belum sampai nak betul-betul cuti & rehat, di hotel mahupun chalet. Seterusnya…

Hari bekerja:

Ugh… peningnya… Adoih! Sakit! Aaaaaaa???? Patut pun sakit…

Nenooo~ Nenoo~ Nenooo~~

Doktor: “Okey, saya bagi awak rehat satu hari aa… kalau darah lagi, cepat-cepat datang tau.”

Aku: “Okey je.”

Cuti lagi satu hari oooo… sambil mendengar perbincangan tentang isu yang menganggap perarakan sambutan Maulidur Rasul itu bida’ah.


Nota:

“They know the price of everything, the value of nothing.”

Adakah kita tergolong dalam orang-orang yang begitu?

Isu #19: Hakim Yang Masuk Neraka

Lagi berkaitan isu semasa  (^-^)…

________________________________

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Umum tertanya-tanya mengenai kedudukan golongan ‘hakim’ khususnya di Malaysia, ramai daripada kalangan mereka sama ada secara sedar ataupun tidak terlibat dalam menjatuhkan hukuman kepada orang tidak bersalah dan membebaskan golongan yang bersalah.

Dalam isu Altantuya sebagai contoh, majoriti rakyat Malaysia percaya kes tersebut ada hubungan dengan orang yang berprofil tinggi, namun ia hamper kepada penutupan kes, sedangkan ramai orang yang tidak bersalah yang belum disabitkan di mahkamah, tetapi disumbatkan dalam tahanan seperti ISA selama beberapa tahun mengikut kehendak pihak tertentu.

Ada sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang menegaskan bahawa antara tiga hakim yang menjalankan tugas masing-masing, dua daripada mereka akan masuk neraka dan seorang sahaja yang akan masuk syurga. Persoalannya, adakah hadis ini benar? Jika benar, mohon dijelaskan supaya ia dapat membuka mata banyak pihak terutama golongan pemerintah yang semakin jauh dari Islam.

 

JAWAPAN:

Hakim mempunyai peranan dan martabat yang sangat penting dalam masyarakat. Keadilan banyak bergantung kepada ketelusan, integriti dan kesaksamaan mereka dalam proses penghakiman dan kejituan mereka ketika menjatuhkan hukuman. Keadilan juga bergantung kepada darjat kesaksamaan sesuatu pola undang-undang yang digunapakai atau dikuatkuasakan. Semakin tinggi kebijaksanaan perumus sesuatu pola perundangan, semakin tinggi merit dan nilai keadilan yang dapat dinikmati oleh khalayak rakyat dan orang ramai.

Meskipun manusia dengan segala kebijaksanaan dan kepakaran mereka bersama boleh menampilkan suatu kebijaksanaan menghasilkan pola perundangan yang baik, namun Allah S.W.T sebagai Tuhan yang mencipta manusia jauh lebih bijaksana dan jauh lebih adil berbanding manusia; walau betapa bijak dan pakar mereka sekalipun. Sebab itu Allah S.W.T menegaskan dalam firmanNya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya.”

An-Nisa’: 40

Continue reading

Intelligence Is Different

What makes us human? Because we have heart with lovely humanity behaviour?

Because we have brain that can think out of its usual capability (beyond each & discreet scope).

Every children, every man have our own way to understand things. We were born with unique identity, think differently, own dreams.

More importantly, each one of us have our own field of expert. Why must we drag somebody to be something that they are not capable of… leaving them behind, other than we guide them to build their spirit & courage to follow their path of dream?

They are not stupid or retard! They are special!!

The Blind Side

Taare Zameen Par (Every Child is Special)

Jawapan Pemuas Hati

Seringkali jugak orang bertanya, aku & dia berapa kali “dating” nak kenal sebelum tunang? Bila aku jawab tak pernah, datang pulak tanda tanya, “Tak pernahhh?? Ye ke ni…?“, “Abis tu cemana kenal? Fesbuk eh?

Penat menjawab soalan-soalan dari orang yang tak ingin percaya walaupun berkali-kali soalan yang sama ditanya & berkali-kali jugak jawapan yang sama diberi.. Aku rasa la, ni je jawapan pemuas hati diorang:

Soalan: Pernah dating tak?

Iyelah… pernah dating, tapi dating dengan mak, bapak, satu keluarga dia semua sekali keluar sama-sama.

 

Soalan: Kenal dari Fesbuk?

Tak… ALLAH jodohkan.” Bak kata En. Mior Khabir Zikri, “Tunang aku tak ada Facebook. Selamat dunia akhirat.

 

Harap ini menjawab soalan. Terima kasih kepada yang bertanya.

Isu #39: Orang Islam Terlibat Dengan Kegiatan Jenayah

Entri ini mempunyai isu berpadanan kepada entri sebelumnya.

_____________

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Mengapa orang Islam di zaman ini boleh terlibat dalam jenayah besar seperti membunuh, berjudi, minum arak, memfitnah dan banyak lagi?

 

JAWAPAN:

Manusia tanpa tarbiyyah atau didikan agama dan pendidikan umum yang baik akan berkembang sebagai suatu spesis atau mekanisme yang tidak berperikemanusiaan. Dia akan digerakkan oleh naluri, syahwat, rasa lapar, perasaan marah dan berbagai-bagai lagi pembawaan yang liar semata-mata. Manusia yang tidak menurut pendidikan ketuhanan akan membesar sebagai binatang berkaki dua tanpa kebijaksanaan, tanpa rasa malu dan takut kepasa Allah S.W.T.

Hal ini akan semakin serius apabila orang berkenaan menjadi orang besar yang berkuasa dan memiliki kekayaan sebesar kekayaan negara. Dengan kuasa dan harta yang banyak di samping syahwat yang berkobar-kobar, dia berkemungkinan besar melakukan kerosakan & kezaliman yang lebih besar dalam masyarakat. Kejahatan dirinya boleh dipalitkan kepada orang bawahan atau orang lain yang boleh menjadi kambing hitamnya. Bahkan dia sendiri mungkin tidak malu melakukan perbuatan maksiat dan kezaliman secara langsung tanpa rasa segan dan silu. Kejahatan akan menelurkan kejahatan berganda seterusnya. Akhirnya merebaklah kejahatan tersebut yang akhirnya memusnahkan sendi dah kerukunan masyarakat sekitarnya.

Continue reading

Isu #33: Masalah Masyarakat Yang Tidak Terdidik Dengan Islam

Assalamualaikum… Entri nombor #33 ini ialah atas pilihan sahabat, Akashah Mohd Suri. Walau apa pun, fahami kehendak soalan yang dikeutarakan dan input penting dalam jawapan yang diberikan.

____________

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Saya seorang ahli jemaah masjid dan surau berdekatan dengan rumah saya, saya juga adalah seorang yang amat ambil berat, prihatin serta peka terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat, khususnya yang melinatkan persoalan agama.

                Kadang-kadang isu yang berlaku itu apabila dilihat dari sudut agama, ia benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam, sebagai contoh baru-baru ini terdapat seorang artis wanita Melayu yang sanggup berkorban dengan membotakkan kepalanya demi menghidupkan serta menghayati watak dalam filem yang dilakonkannnya. Ada juga seorang artis wanita Melayu yang diundang ke majlis yang dianjurkan oleh sebuah syarikat arak untuk bernyanyi dalam satu pesta yang dinamakan ‘Guinness Black Party Series’ yang telah diadakan pada 16 Jun 2007 di Arena of Stars, Genting Highland seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun pertengahan Jun lalu (2007).

                Tidak kurang juga ada seorang artis lelaki Melayu popular apabila ditanya wartawan TV3 pendapatnya mengenai penganjuran Jom Heboh di Danga Bay pada 9 dan 10 Jun lalu (2007), di mana dia mengatakan, kita perlu melihat dari sudut positif penganjuran konsert Jom Heboh, sedangkan dalam laporan Harian Metro pada Januari 2006 sehari selepas penganjuran konsert tersebut, para pegawai RELA, Jabatan Agama Islam Johor dan Dewan Bandaraya Johor Bahru telah menangkap 70 pasangan termasuk di bawah umur, mereka ditahan dan ibu bapa mereka dipanggil untuk diberikan penjelasan dan memberikan penjelasan mengapa anak mereka ditahan.

                Apakah umat Islam sudah lupa laporan tersebut? Tidakkah Mufti Besar Perak, Dato’ Dr. Hj. Harussani Zakaria dengan lantang menyatakan bahawa Jom Heboh atau apa nama pun ia hukumnya tetap haram, nampaknya CEO TV3 cukup berminat menganjurkannya, ia bermaksud dia menyuburkan maksiat, tambahan pula ia diluluskan oleh para pemimpin kerajaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional.

                Persoalannya di sini, mengapa aktiviti maksiat terus berkembang tanpa sekatan, adakah ia suatu strategi BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-12, atau BN memang parti maksiat, ataukah manusia sudah tidak kisah lagi dengan agama mereka?

 

JAWAPAN:

Sebab paling utama mengapa maksiat terus berkembang adalah kerana umat semakin meminggirkan diri daripada tuntutan agama. Apabila faham kebendaan menguasai pemikiran rakyat kerana disogok saban hari dengan rangsangan hidup serba kebendaan demi mencari sebanyak mungin keseronokan, kelazatan, kekayaan dan kekuasaan oleh media massa dan kecenderungan pihak berkuasa maka rakyat semakin tenggelam dalam menyahut panggilan nafsu dan sifat tamak harta dan kuasa.

Continue reading

Mari Menaip Kebenaran…

Assalamualaikum…

Kali ini tiada entri sempena Syawal. Hanya pandangan yang terfikir di dalam hati.

Terasa sungguh bahang isu status penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Lebih-lebih lagi bila apa yang dibaca dalam buku teks yang diterbitkan kerajaan berpuluh tahun dahulu, kini bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin negara ini sendiri. Walaupun saya sudah maklum, waktu belajar dulu ada perkara yang tidak boleh masuk jika dikaitkan anta ilmu yang didapati dalam mata pelajaran Pendidikan Islam & Sejarah… namun kini lebih jelas bila isu ini timbul di kalangan masyarakat.

Tetapi, masih banyak versi yang berlawan sesama sendiri. Mengapa? Jawapannya, ada pada petikan tulisan Dr. MAZA: SEJARAH: FAKTA, KRITIKAN DAN TAFSIRAN. Dalam artikel beliau, juga sekali lagi membuktikan bahawa agama Islam itu berdiri di atas kebenaran, kerana sejarah yang datang dari Al-Quran & hadis yang berserta sumber riwayatnya, iaitu jalan yang menghubungkan apa yang dikata oleh perawi kepada asalnya, dapat membuktikan kebenaran sejarah yang dibawa oleh Islam. Di sinilah lompangnya sejarah dalam buku teks negara kita.

Jadi mengapa di dalam kekeliruan ini masih belum dapat bertemu jalan penyatuannya? Kerana di antara kita masih ada yang suka membuat cerita, mencipta fitnah & menjaja aib orang lain. Berhentilah berdusta, kalau betul sayangkan agama & negara. Ayuh para pengguna laman terluas di alam digital ini! Marilah menaip kebenaran!!

“…

diam lebih baik daripada mengumpat/mengata,

tidur lebih elok dari menaip fitnah dalam internet

…”

Benarkah? #Tamat.

>> sambungan…

Mari kita kaji sikit secara ringkas. Saya katakan gambar di atas yg disiarkan Utusan Malaysia & Berita Harian adalah PALSU!, kerana;


Sebab utama:

Itu gambar lama la oi~~ dah 2 tahun keluar kat media Pakistan, sejak 29 April 2009. Lepas tu media Eropah (Daily Mail, Times, Sun, Mirror dan lain-lain) pun terikut sama percaya… pandai diorang ni ambil kesempatan siar semula.. tapi sebenarnya diorang sendiri pun ragu-ragu lagi kesahihan gambar tu, sampai la diorang sendiri jugak yg kata “IT’S A FAKE!”.

3.49am ET: Fox News is reporting that any purported pictures of Osama bin Laden’s body are fakes. Hello, Daily Mail?

Pautan di bawah ini ada ulasan reaksi dunia media di Barat yang mungkin anda tidak gemar membacanya, tapi bacalah sekali lalu. Di dalamnya ada pelbagai berita pengakuan, pendapat & komplot tersembunyi yang boleh dicari lagi: SINI

Gambar:

Saya tak  mahu siar banyak gambar PALSU tersebut kerana bersamanya ialah gambar seseorang yang telah mati. Jadi, ringkasannya di bawah.

terbalikkan, potong sana, letak situ... cantum. TADA!!

Anda boleh guna perisian semudah @ percuma seperti Paint dalam komputer anda untuk menghasilkan gambar seperti itu. Malangnya, yang menghasilkan gambar palsu itu terlalu BODOH untuk mengubah nilai pencahayaan pada gambar yang dicantumkan itu sehingga ketara perbezaan, antaranya:

  1. Terlalu terang perbezaaan warna kulit “yang telah mati” & “yang masih hidup”.
  2. Terlalu kabur janggutnya sedangkan ia dekat, tetapi rambutnya boleh dilihat setiap helaian sedangkan ia terlindung.
  3. Jika bahagian kepala yang diserang, darah akan keluar melalui setiap rongga terbuka… tapi giginya? Masih putih berseri-seri!
  4. Yang lain anda cari sendiri..

NOTA:

Kalau berita kematian itu benar sekalipun… Islam mengajar umatnya untuk menyegerakan salah satu hak seseorang yang telah mati dengan mengebumikannya secara sempurna sekiranya masih ada jasad, bukan campak dalam laut je!

Sekian.

Benarkah? #1

Ohoo~~

Ini berita yang sedang hangat dibincangkan! Berita kononnya seseorang yang menjadi pemimpin Al-Qaeda telah berjaya berjaya dibunuh. Malah media-media masa hot di negara kita pun telah menyiarkan gambar orang yang dikatakan sebagai Osama bin Laden itu.

Pertama. Saya mengajak semua agar kita sama-sama mendoakan kesejahteraan roh orang yang telah dilakonkan sebagai Osama bin Laden itu, kerana telah dibunuh untuk mewujudkan satu lagi kekecohan terhadap Islam.

Kedua. Saya nak ucap tahniah kepada media masa hot iaitu Utusan Melayu & Berita Harian kerana telah menyiarkan gambar muka mayat tersebut. SABAR! Saya bukan menyanjung media masa ini @ mencaci si mati. Tapi dengan adanya gambar tersebut, saya boleh lakukan kajian ke atasnya.

Ketiga. Saya berterima kasih kepada IU Melaka kerana menerima saya menjadi ahli Biro Informasi & Penerbitan (BiP) suatu ketika dulu, dan dapat belajar bagaimana teknik MEMBUAT & MENGUBAHSUAI gambar menggunakan pelbagai perisian lama & terkini.

Keempat. Inilah tujuan entri kali ini. Saya bukanlah pakar penyelidik gambar, namun saya bersama dengan penyelidik yang menyatakan gambar disiarkan Utusan & Berita Harian itu sangat-sangat-sangat-sangat diragui! Dengan pengamatan awal juga, dengan yakin saya menyatakan gambar tersebut adalah PALSU! Sila fikirkan, saya akan siarkan hasil kajian saya ke atas gambar PALSU tersebut kemudian. Yang berhajat nak tahu, boleh tunggu..

Tips untuk difikirkan pada gambar, lihat bahagian muka saja dah cukup… dari hidung ke atas & bahagian telinga ke bawah… kalau tak pernah belajar ubahsuai gambar pun sepatutnya anda boleh lihat apa dia yang pelik di situ, dan sila lah berhenti dari mengangguk saja berita dari media masa sekarang.

Lagi tips tapi berkaitan Al-Qaeda… siapa pernah lihat gambar atau video ahli Al-Qaeda dengan terang menunjukkan mukanya bahawa mereka membunuh orang awam sesuka hati? Yang saya pernah lihat selama ini hanya video “ugutan” bersama tebusan dengan muka tertutup, video yang hanya dengar bunyi debilan senapang & meriam, gambar mangsa-mangsa SAHAJA yang telah dibunuh, gambar dua “besi terbang” tak nampak pemandunya dan lagi hanya video pertempuran antara kedua-dua pihak tentera (Amerika la.. siapa lagi). Tapi berbeza dengan pembunuhan orang awam oleh tentera Israel kan? Tak payah saya nak taip lagi, anda boleh Google sendiri, mesti ada punya yang LIVE!

>> bersambung….

Jawapannya: Tahukah Anda?

Assalamualaikum…

Saya teringat satu entri lama, yang belum saya beri jawapannya 3 bulan lalu!! Oi~~ lamanya! Minta maaf banyak-banyak pada yang menunggu jawapan tersebut.

Apakah entri itu? –> Pupus

Soalannya: –> Apakah 10 spesis manusia yang diancam kepupusan?

Dan jawapan kepada soalan di atas ialah…

Baginda Rasulullah S.A.W telah bersabda sebagaimana hadis berikut yang beerti:

“Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Uthman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Talhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru ” .

( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )

Ringkasnya, 10 jenis manusia yang sangat sukar dicari akhir zaman ini ialah:

  1. Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.
    Khalifah pertama, teman setia yang banyak berkorban
  2. Saidina Umar Al Khattab r.a.
    Khalifah kedua, pintar membezakan antara haq dan batil
  3. Saidina Uthman bin Affan r.a.
    Khalifah ketiga, keperibadian yang sampai Malaikat berasa malu
  4. Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
    Khalifah keempat, Singa Allah yang Dimuliakan wajahnya oleh Allah
  5. Saidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
    Shahid yang hidup
  6. Saidina Zubair bin Al Awwam r.a.
    Perajurit Allah pengiring Rasulullah
  7. Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a.
    Orang yang berniaga dengan Allah
  8. Saidina Saad bin Abi Waqas r.a.
    Pelempar panah pertama pada jalan Allah
  9. Saidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
    Orang kepercayaan ummat ini
  10. Saidina Said bin Zaid r.a.
    Seorang kekasih kepada Allah Pengasih. Sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.

Untuk 9 yang teratas, sila klik pada nama untuk maklumat ringkas.