Isu #39: Orang Islam Terlibat Dengan Kegiatan Jenayah

Entri ini mempunyai isu berpadanan kepada entri sebelumnya.

_____________

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Mengapa orang Islam di zaman ini boleh terlibat dalam jenayah besar seperti membunuh, berjudi, minum arak, memfitnah dan banyak lagi?

 

JAWAPAN:

Manusia tanpa tarbiyyah atau didikan agama dan pendidikan umum yang baik akan berkembang sebagai suatu spesis atau mekanisme yang tidak berperikemanusiaan. Dia akan digerakkan oleh naluri, syahwat, rasa lapar, perasaan marah dan berbagai-bagai lagi pembawaan yang liar semata-mata. Manusia yang tidak menurut pendidikan ketuhanan akan membesar sebagai binatang berkaki dua tanpa kebijaksanaan, tanpa rasa malu dan takut kepasa Allah S.W.T.

Hal ini akan semakin serius apabila orang berkenaan menjadi orang besar yang berkuasa dan memiliki kekayaan sebesar kekayaan negara. Dengan kuasa dan harta yang banyak di samping syahwat yang berkobar-kobar, dia berkemungkinan besar melakukan kerosakan & kezaliman yang lebih besar dalam masyarakat. Kejahatan dirinya boleh dipalitkan kepada orang bawahan atau orang lain yang boleh menjadi kambing hitamnya. Bahkan dia sendiri mungkin tidak malu melakukan perbuatan maksiat dan kezaliman secara langsung tanpa rasa segan dan silu. Kejahatan akan menelurkan kejahatan berganda seterusnya. Akhirnya merebaklah kejahatan tersebut yang akhirnya memusnahkan sendi dah kerukunan masyarakat sekitarnya.

Sebab itu manusia perlu melalui proses asuhan yang luhur, benar, lurus dan berkesan dalam membentuk keperibadian yang mulia sebagai manusia yang sejati dan khalifah Allah. Sistem dan acuan pendidikan Islam seperti yang dirumuskan dalam Al-Quran dan yang dipamerkan oleh Rasulullah S.A.W contohnya, adalah yang terbaik dan mutakhir bagi manusia zaman ini. Oleh itu setiap daripada kita perlu diasuh dalam pakej pendidikan seperti ini dengan memenuhi setiap tuntutan pembelajaran yang dimestikan sehingga menimbulkan kesan tarbiyyah yang terbaik. Dengan demikian akan lahir generasi Rabbani, umat yang bertaqwa dan berketerampilan dalam masyarakat.

Pengabaian masyarakat atau negara untuk menjalankan tanggungjawab pendidikan seperti yang dikehendaki oleh Allah pasti akan mengundang pelbagai musibah. Kalau keadaan manusia yang memikul risalah Islam kucar-kacir pemikiran dan akhlaknya, sudah pasti dunia tidak akan aman. Sebaliknya ia hanya menunggu saat-saat kehancuran.

Dalam hadis ada disebutkan beberapa petanda kiamat. Antaranya manusia tidak lagi mengenal Allah, saling berbunuhan sesama sendiri, mereka tidak malu berzina bukan hanya di tempa tertutup tetapi juga di tempat-tempat terbuka. Ini kerana rasa malu sudah hilang, begitu sifat keinsanan yang lainnya. Ketika itu dikatakan kiamat sudah menghampirinya.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Apabila harta Fai’e1 menjadi harta habuan yang beredar di kalangan orang-orang tertentu, amanah dianggap habuan, zakat dianggap sebagai beban, ilmu dipelajari bukan kerana agama, suami mematuhi (dikuasai oleh) isteri, anak menderhaka kepada ibu, mendekatkan diri kepada sahabat tetapi menjauhkan diri daripada bapanya, suara-suara sumbang berkumandang di masjid, bangsa-bangsa dan kabilah diketuai oleh kalangan yang fasiq, penguasa terdiri daripada kalangan orang yang paing rosak akhlaknya, seseorang dihormati kerana takutkan kejahatannya, nyanyian artis serta bunyi muzik bermaharajalela (berkumandang hebat), arak menjadi minuman di merata-rata tempat, umat terakhir mengutuk umat silam; maka ketika itu tunggulah tiupan angin merah (gelombang bencana), gempa bumi, tanah jerlus dan berlaku perubahan sikap manusia dan peperangan (tragedi pengeboman besar-besaran), serta tanda-tanda lain yang datang silih-berganti ibarat terputusnya rantai tasbih lalu berguguranlah biji dan butiran tasbih itu satu-persatu.”

Silsilah Dhoifah: 1170

Kalau Al-Quran sudah tinggal coretan di atas kertas tanpa realiti, tanpa kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilainya yang suci, masjid tidak lagi menyuarakan saranan Ilahi tetapi hanya cakapan lagha2 dan kempen mengampu si polan dan si polanah, mengagungkan pemberi bantuan wang dan baja di dunia, manakala madrasah hanya melahirkan manusia sampah yang meneruskan fahaman sesat yang tidak ada kaitannya dengan ajaran agama Islam yang benar, tetapi hanyalah Islam ciptaan baru yang menolak jihad, sistem politik Islam dan sebagainya maka segala-galanya akan mengukirkan gambaran kemusnahan yang sedang menunggu dan menggamit manusia durjana penyembah wang dan kebendaan.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-‘Asr:

Maksudnya:Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali manusia yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan agar mengikuti kebenaran dan berpesan agar bersabar (dalam menghadapi ujian perjuangan).

Al-‘Asr : 1-3

1     Harta Fai’e – harta rampasan perang tanpa pertempuran.

2     Lagha – perbuatan sia-sia.

2 comments so far

  1. ain amran on

    jangan lah melakukan jenayah…nnti anda akan menanggung malu..

    • aMeL on

      baiklah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: