Archive for the ‘belajar’ Category

Isu #19: Hakim Yang Masuk Neraka

Lagi berkaitan isu semasa  (^-^)…

________________________________

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Umum tertanya-tanya mengenai kedudukan golongan ‘hakim’ khususnya di Malaysia, ramai daripada kalangan mereka sama ada secara sedar ataupun tidak terlibat dalam menjatuhkan hukuman kepada orang tidak bersalah dan membebaskan golongan yang bersalah.

Dalam isu Altantuya sebagai contoh, majoriti rakyat Malaysia percaya kes tersebut ada hubungan dengan orang yang berprofil tinggi, namun ia hamper kepada penutupan kes, sedangkan ramai orang yang tidak bersalah yang belum disabitkan di mahkamah, tetapi disumbatkan dalam tahanan seperti ISA selama beberapa tahun mengikut kehendak pihak tertentu.

Ada sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang menegaskan bahawa antara tiga hakim yang menjalankan tugas masing-masing, dua daripada mereka akan masuk neraka dan seorang sahaja yang akan masuk syurga. Persoalannya, adakah hadis ini benar? Jika benar, mohon dijelaskan supaya ia dapat membuka mata banyak pihak terutama golongan pemerintah yang semakin jauh dari Islam.

 

JAWAPAN:

Hakim mempunyai peranan dan martabat yang sangat penting dalam masyarakat. Keadilan banyak bergantung kepada ketelusan, integriti dan kesaksamaan mereka dalam proses penghakiman dan kejituan mereka ketika menjatuhkan hukuman. Keadilan juga bergantung kepada darjat kesaksamaan sesuatu pola undang-undang yang digunapakai atau dikuatkuasakan. Semakin tinggi kebijaksanaan perumus sesuatu pola perundangan, semakin tinggi merit dan nilai keadilan yang dapat dinikmati oleh khalayak rakyat dan orang ramai.

Meskipun manusia dengan segala kebijaksanaan dan kepakaran mereka bersama boleh menampilkan suatu kebijaksanaan menghasilkan pola perundangan yang baik, namun Allah S.W.T sebagai Tuhan yang mencipta manusia jauh lebih bijaksana dan jauh lebih adil berbanding manusia; walau betapa bijak dan pakar mereka sekalipun. Sebab itu Allah S.W.T menegaskan dalam firmanNya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya.”

An-Nisa’: 40

Continue reading

Isu #39: Orang Islam Terlibat Dengan Kegiatan Jenayah

Entri ini mempunyai isu berpadanan kepada entri sebelumnya.

_____________

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Mengapa orang Islam di zaman ini boleh terlibat dalam jenayah besar seperti membunuh, berjudi, minum arak, memfitnah dan banyak lagi?

 

JAWAPAN:

Manusia tanpa tarbiyyah atau didikan agama dan pendidikan umum yang baik akan berkembang sebagai suatu spesis atau mekanisme yang tidak berperikemanusiaan. Dia akan digerakkan oleh naluri, syahwat, rasa lapar, perasaan marah dan berbagai-bagai lagi pembawaan yang liar semata-mata. Manusia yang tidak menurut pendidikan ketuhanan akan membesar sebagai binatang berkaki dua tanpa kebijaksanaan, tanpa rasa malu dan takut kepasa Allah S.W.T.

Hal ini akan semakin serius apabila orang berkenaan menjadi orang besar yang berkuasa dan memiliki kekayaan sebesar kekayaan negara. Dengan kuasa dan harta yang banyak di samping syahwat yang berkobar-kobar, dia berkemungkinan besar melakukan kerosakan & kezaliman yang lebih besar dalam masyarakat. Kejahatan dirinya boleh dipalitkan kepada orang bawahan atau orang lain yang boleh menjadi kambing hitamnya. Bahkan dia sendiri mungkin tidak malu melakukan perbuatan maksiat dan kezaliman secara langsung tanpa rasa segan dan silu. Kejahatan akan menelurkan kejahatan berganda seterusnya. Akhirnya merebaklah kejahatan tersebut yang akhirnya memusnahkan sendi dah kerukunan masyarakat sekitarnya.

Continue reading

Isu #33: Masalah Masyarakat Yang Tidak Terdidik Dengan Islam

Assalamualaikum… Entri nombor #33 ini ialah atas pilihan sahabat, Akashah Mohd Suri. Walau apa pun, fahami kehendak soalan yang dikeutarakan dan input penting dalam jawapan yang diberikan.

____________

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Saya seorang ahli jemaah masjid dan surau berdekatan dengan rumah saya, saya juga adalah seorang yang amat ambil berat, prihatin serta peka terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat, khususnya yang melinatkan persoalan agama.

                Kadang-kadang isu yang berlaku itu apabila dilihat dari sudut agama, ia benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam, sebagai contoh baru-baru ini terdapat seorang artis wanita Melayu yang sanggup berkorban dengan membotakkan kepalanya demi menghidupkan serta menghayati watak dalam filem yang dilakonkannnya. Ada juga seorang artis wanita Melayu yang diundang ke majlis yang dianjurkan oleh sebuah syarikat arak untuk bernyanyi dalam satu pesta yang dinamakan ‘Guinness Black Party Series’ yang telah diadakan pada 16 Jun 2007 di Arena of Stars, Genting Highland seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun pertengahan Jun lalu (2007).

                Tidak kurang juga ada seorang artis lelaki Melayu popular apabila ditanya wartawan TV3 pendapatnya mengenai penganjuran Jom Heboh di Danga Bay pada 9 dan 10 Jun lalu (2007), di mana dia mengatakan, kita perlu melihat dari sudut positif penganjuran konsert Jom Heboh, sedangkan dalam laporan Harian Metro pada Januari 2006 sehari selepas penganjuran konsert tersebut, para pegawai RELA, Jabatan Agama Islam Johor dan Dewan Bandaraya Johor Bahru telah menangkap 70 pasangan termasuk di bawah umur, mereka ditahan dan ibu bapa mereka dipanggil untuk diberikan penjelasan dan memberikan penjelasan mengapa anak mereka ditahan.

                Apakah umat Islam sudah lupa laporan tersebut? Tidakkah Mufti Besar Perak, Dato’ Dr. Hj. Harussani Zakaria dengan lantang menyatakan bahawa Jom Heboh atau apa nama pun ia hukumnya tetap haram, nampaknya CEO TV3 cukup berminat menganjurkannya, ia bermaksud dia menyuburkan maksiat, tambahan pula ia diluluskan oleh para pemimpin kerajaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional.

                Persoalannya di sini, mengapa aktiviti maksiat terus berkembang tanpa sekatan, adakah ia suatu strategi BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-12, atau BN memang parti maksiat, ataukah manusia sudah tidak kisah lagi dengan agama mereka?

 

JAWAPAN:

Sebab paling utama mengapa maksiat terus berkembang adalah kerana umat semakin meminggirkan diri daripada tuntutan agama. Apabila faham kebendaan menguasai pemikiran rakyat kerana disogok saban hari dengan rangsangan hidup serba kebendaan demi mencari sebanyak mungin keseronokan, kelazatan, kekayaan dan kekuasaan oleh media massa dan kecenderungan pihak berkuasa maka rakyat semakin tenggelam dalam menyahut panggilan nafsu dan sifat tamak harta dan kuasa.

Continue reading

Doa Ramadhan

Assalamualaikum

Di bawah ialah antara doa-doa yang boleh kita baca sepanjang bulan Ramadhan (dan amalkan di bulan-bulan seterusnya)… Sebenarnya ada banyak, tapi saya pilih 5 yang ringkas & mudah dihafal saja. Mari kita fahami maksudnya (^.^):

  1. Doa Ketika Hendak Bersugi

    Allahumma baarikli fiihi Yaa arhamarraahimiin

    “Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah aku dalam bersugi itu, wahai Yang Maha Rahmat daripada sekalian orang yang merahmati.”1

    Doa ini disebut oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar al-Nawawiyah. Menurut Imam al-Nawawi, hendaklah ia bersugi melintang dengan memulakan dari bahagian kanan dari mulutnya dengan berniat sunat.2

  2. Doa Masuk Pasar

    Laa ilaha illallahu wahdahu, Laa syariikalahu, Lahulmulku, Walahulhamdu yuhyii wayumiit Wahuwa hayyu laa yamuut, biyadihilkhair wahuwa ‘alaa kulli syai’in qadiir

    “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan segala kepujian, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia tetap hidup dan tidak mati, di tanganNya segala kebaikan dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”3

    Daripada Buraidah R.A. berkata, “Apabila Rasulullah S.A.W. memasuki pasar, Baginda membaca (doa tersebut). Maka Allah akan mencatit baginya seribu kebaikan dan memadamkan seribu kali seribu keburukan serta mengangkat baginya seribu kali seribu tingkatan.”4

  3. Doa Berbuka Puasa
    Berseorangan:

    Allahumma lakasumtu, Wa’alaa rizqika afthortu, Fataqabbal minni, Innaka antassami’ul’aliim

    “Ya Allah, ya Tuhanku! Aku berpuasa keranaMu, dan dengan rezekiMu aku berbuka, maka terimalah puasaku itu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

    Berjemaah:

    Allahumma lakasumna, Wa’alaa rizqika afthorna, Fataqabbal minna, Innaka antassami’ul’aliim

    “Ya Allah, ya Tuhan kami! Kami berpuasa keranaMu, dan dengan rezekiMu kami berbuka, maka terimalah puasa kami itu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”5

    Daripada Ibn Abbas R.A. berkata, “Rasulullah S.A.W. apabila berbuka puasa Baginda membaca doa tersebut.”6

  4. Doa Apabila Bertemu Lailatulqadar

    Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul’afwaa fa’fu’anni

    “Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan maka ampunilah aku!”7

    Daripada Aisyah R.A. dia berkata kepada Nabi S.A.W., “Jika aku berasakan berada di malam lailatulqadar, apa yang mesti aku doa?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Ucapkan doa (tersebut).”8

  5. Doa Memohon Keteguhan Iman & Tetap Pendirian

    Allahumma musorrifalquluub sorrif qulubana ‘alaa thoo’atik

    “Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami pada ketaatan kepadaMu.”9

    Daripada ‘Amru ibn al-‘As berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya hati anak Adam keseluruhannya berada di antara dua jari Allah Yang Maha Pengasih seperti satu hati. Ia memalingkannya mengikut kehendakNya.” Kemudian Rasulullah S.A.W. berdoa seperti doa tersebut.10

~~ Selamat berpuasa & selamat beramal! ~~

Info:

1,2     Al-Azkar al-Nawawiyah (289).

3,4     Riwayat Ibnu Majah (2235).

5,6     Sunan al-Daruqutni (2303).

7,8     Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850).

9,10    Riwayat Muslim (6921).

Cuti Sekolah

Hujung minggu dalam bulan Jun 2011 ini dah penuh dengan jemputan perkahwinan seluruh Malaysia. Ramai kawan sekolah, kawan sekerja, bos di tempat kerja yang dah & akan kahwin. Dengar khabar pasangan ialah dari pilihan sendiri… dan saya yakin kesemua pasangan pilihan mereka adalah yang baik. Bagi yang Muslim, pastinya mereka telah memilih mengikut saranan syariat.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi ambillah perempuan yang beragama nescaya beruntung hidupmu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda,

 “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.”

(HR. Tirmidzi. Al Albani berkata dalam Adh Dho’ifah bahwa hadits ini hasan lighoirihi)

Dan kepada mereka-mereka yang akan berkahwin ini, sentiasa ingat tanggungjawab yang menanti akan bertambah…. maka jalankannya bersama-sama agar ianya mudah. Punca rezeki juga akan bertambah insyaAllah, maka hargailah pasangan masing-masing. Dua lagu di bawah ini untuk kamu!

Taio Cruz – Telling the World

Maher Zain – For The Rest of My Life

p/s: Saya memang suka animasi 3D!

Jawapannya: Tahukah Anda?

Assalamualaikum…

Saya teringat satu entri lama, yang belum saya beri jawapannya 3 bulan lalu!! Oi~~ lamanya! Minta maaf banyak-banyak pada yang menunggu jawapan tersebut.

Apakah entri itu? –> Pupus

Soalannya: –> Apakah 10 spesis manusia yang diancam kepupusan?

Dan jawapan kepada soalan di atas ialah…

Baginda Rasulullah S.A.W telah bersabda sebagaimana hadis berikut yang beerti:

“Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Uthman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Talhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru ” .

( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )

Ringkasnya, 10 jenis manusia yang sangat sukar dicari akhir zaman ini ialah:

  1. Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.
    Khalifah pertama, teman setia yang banyak berkorban
  2. Saidina Umar Al Khattab r.a.
    Khalifah kedua, pintar membezakan antara haq dan batil
  3. Saidina Uthman bin Affan r.a.
    Khalifah ketiga, keperibadian yang sampai Malaikat berasa malu
  4. Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
    Khalifah keempat, Singa Allah yang Dimuliakan wajahnya oleh Allah
  5. Saidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
    Shahid yang hidup
  6. Saidina Zubair bin Al Awwam r.a.
    Perajurit Allah pengiring Rasulullah
  7. Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a.
    Orang yang berniaga dengan Allah
  8. Saidina Saad bin Abi Waqas r.a.
    Pelempar panah pertama pada jalan Allah
  9. Saidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
    Orang kepercayaan ummat ini
  10. Saidina Said bin Zaid r.a.
    Seorang kekasih kepada Allah Pengasih. Sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.

Untuk 9 yang teratas, sila klik pada nama untuk maklumat ringkas.

Ucaplah…

 

Pada hari ulangtahun kelahiran saya tahun 2009, saya terima mesej berisi kata-kata ini:

Berkata Imam Ibnu Tayyimah, “Aku amat sedih andainya bertambahnya umurku tidak bertambah amal ibadahku kepada Allah”. Bersama iringan doa, moga Allah memberi Hidayah kepada orang-orang yang mencari keredhaanNya.

Tambahan lagi, katanya saya juga pernah beri mesej yang sama kepadanya dulu. Saya terfikir, bila pula ye? Waktu tu puas mengingat semula tapi tak dapat, akhirnya penat je dapat  ( ‘ ~ ‘ ). Saya pun balas “ok, terima kasih” je lah… (waktu tu tak sedar lagi).

Hari ini, saya jumpa semula mesej itu.. yang telah berumur 3 tahun 4 bulan. Betul-betul “dulu” punya mesej saya bagi pada hari ulangtahun kelahiran dia. Siap dia ada buat rekod lagi… tarikh & waktu mesej dari saya kepadanya itu:

**.10.2007, 9.47 malam

oho~~~ terima kasih!

Itu antara saya & dia. Antara kita & Rasulullah S.A.W? Ha… apa yang kita pernah bagi pada Baginda, ada tak? Cuba fikir… kalau tak ada, berilah segera. Paling mudah, ucaplah selawat sebanyak-banyaknya. Tak rugi duit, tak rugi masa. Dapat pahala lagi

kan? kan? kan??

(^ . ^)

 

Pupus

Burung Dodo – PUPUS

Hutan Simpan – BERKURANGAN

Manusia – DIANCAM KEPUPUSAN

Soalan:

Apakah 10 spesis manusia yang diancam kepupusan?

What Your Feet Are Trying To Tell You

Assalamualaikum~

Everyone wants to be fit and in good health, but did you know that your feet can help to keep you healthy?

Cold Feet

Men’s feet tend to be warmer than women’s, however extremes of coldness or warmth should not be ignored. If you suffer from feet that are constantly cold, this may be due to an under-active thyroid, while hot and sweaty feet might be due to an overactive thyroid. The thyroid has the responsibility for regulating the body’s temperature, and malfunction can mean tiredness, weight gain, mood swings and thinning eyebrows. If you do have concerns, be sure to visit your doctor or health advisor to check them out.

Colour changes

Feet that are pale when you are sitting with them up, but get very red when standing could be telling you that there is a circulation issue. Your heart may be experiencing difficulty in pumping blood around your body. This could be because of several reasons – a common one is a hadening of the arteries.

Toe Nails

Nails which are hard, yellowish and ragged looking can indicate a fungal infection. Until given the green light by your doctor, it’s best to wear clean socks at all times – including in bed – in order to minimize spreading a possible infection. Indented nails, especially when combined with persistent tiredness and fatigue may be an indication of anaemia. Speak to your doctor.

Size

Feet swell during the day, so when choosing new shoes it is wise to shop in the afternoon or evening. This way you will have a more comfortable fit that will ensure your feet and body stay healthy.

Poorly fitting shoes can easily cause foot pain and may lead on to muscular, skeletal and postural problems. Feet that are persistently swollen (known as oedema or edema) may be a sign of high blood pressure (hypertension), especially if accompanied by coldness and a tingling sensation.

Other health difficulties that swollen feet may indicate include diabetes, edema and obesity.

If the above is not responsible then self-help options include regular exercise, reducing salt intake while ensuring you drink enough water, not standing in one place for extended periods and not overusing laxatives.

Cracked heels

A thickening of the skin around the heel area or red flaky skin under the heel can lead to cracks and fissures.

Often the culprit may be poorly fitting or open backed shoes or standing for extended periods of time, however cracked heels may also be symptomatic of diabetes, psoriasis, obesity or flat feet.

Burning feet

A feeling of burning and stinging within the feet, often accompanied by swelling and redness, can be a symptom of long term alcohol abuse and liver damage, thyroid issues, kidney damage or simply a material that irritates the skin.

Foot Rashes

Rashes on the foot may be caused by a number of things from heat rash or an insect bite to sexually transmitted infections. It’s possible to eliminate the more common possibilities by daily washing and thoroughly drying your feet and wearing properly fitting shoes, socks and tights etc.

If you have any concerns about your feet’s condition, then it would be wise to visit your doctor or medical practitioner who can advise you.

p/s:
Feet is just one thing. There are more to take good care of ourself, especially our EYES~

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

sambungan dari laman IUFC – Doa Rabitah.

Intisari maksud doa rabitah:

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan):-

(Sifat-sifat Hati)

  • berkumpul kerana mengasihiMu,
  • bertemu kerana mematuhi perintahMu,
  • bersatu memikul beban dakwahMu,
  • hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;

(Didikan Hati)

  • maka eratkanlah ikatannya,
  • kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
  • tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar;

(Bekalan Hati)

  • penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
  • lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
  • dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;

(Amalan Hati)

  • suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
  • jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.

Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.


p/s:
amalkan setiap hari (pagi/petang) jika mampu,
usahakan yang termampu (pagi/petang) jika tidak setiap hari...
%d bloggers like this: