Archive for the ‘corat-coret’ Category

Purple Tulip Teaser 2

Who would they be?

just wait…

Ho Ho Ho

Hotel, hari 1:

Boleh tahan… tapi kotor sikit. Lama dah tak mencuci. Kena bersihkan dulu baru selesa.

Lepas 1/2 hari… dah bersih… baru seronok nak duduk, makan, buat kerja, belajar, rehat & tidur kat sini.


Hotel, hari 2:

Tak ada buat apa… macam hari 1 jugak.


Hotel, hari 3:

Kerja lebih masa sikit dari hari 1 & 2.

 

Hotel Rumah, hari 4.

Hari ada rancangan di luar… rehat dulu di pagi hari. Lepas tu…

Teman serumah: “Eh? Aku ingat takde orang kat umah ni. Ko tak balik kampung?”

Aku: “Tak… duk umah je cuti 4 hari ni. Tengahari nanti baru nak keluar kejap…”


Begitulah dihabiskan cuti kali ini (Ye ke cuti? Kerja jugak sebenarnya). Masanya belum sampai nak betul-betul cuti & rehat, di hotel mahupun chalet. Seterusnya…

Hari bekerja:

Ugh… peningnya… Adoih! Sakit! Aaaaaaa???? Patut pun sakit…

Nenooo~ Nenoo~ Nenooo~~

Doktor: “Okey, saya bagi awak rehat satu hari aa… kalau darah lagi, cepat-cepat datang tau.”

Aku: “Okey je.”

Cuti lagi satu hari oooo… sambil mendengar perbincangan tentang isu yang menganggap perarakan sambutan Maulidur Rasul itu bida’ah.


Nota:

“They know the price of everything, the value of nothing.”

Adakah kita tergolong dalam orang-orang yang begitu?

Sori pakcik!

Pada suatu petang yang menarik (sebab cuaca cerah), aku menunggang motor berjalan-jalan menuju ke sawah. Tentulah berseorangan… dah tak ada kucing nak bawak sama.

Hijau pemandangan, fuh~~~ aman! Besar & jambunya bunga teratai, sungguh banyak dan damai! Sungai yang penuh ikan, tapi tak bawak batang pancing sebab nak jalan-jalan aje. Air parit di tepi sawah yang jernih… memanglah sebab dah tak ada kami-kami ni yang suka berkubang!

Puas pusing kawasan sawah padi, aku pun balik ikut jalan keluar yang bersambung dengan kebun bapak aku & sebuah taman perumahan. Teringin nak singgah kedai kejap, beli air minuman & jajan.

Sampai kat satu simpang, ternampak seorang pakcik, bersongkok agak lusuh, melambai-lambai ke arah aku minta berhenti. Aku tak kenal pakcik ni, tapi selalu nampak dia naik basikal. Tapi hari ni basikal dia takde bersama…

Rider motor: “Nak g mane pakcik?”

Pakcik: “Nak ke kedai depan.” Pakcik tu jawab dengan nada yang hampir-hampir tak keluar suaranya. Kedai depan ialah kedai yang aku nak pergi jugak kat kawasan taman perumahan tu.

Rider motor: “Ok, jom.” Aku pun memecut motor dengan perlahan & sopan.

Sampai kat kawasan kedai, aku turunkan dia. Aku pun turun sekali la… tapi pakcik tu tak masuk kedai yang sama aku nak pergi. Mana dia pergi, aku tak kisah. Janji aku dah tumpangkan dia ke destinasi. Dipendekkan cerita, lepas keluar kedai & hidupkan motor je, aku ternampak sesuatu yang melonjak-lonjakkan aku punya rasa tak puas hati, menyesal gile, rasa nak sebut “CILAKE” kuat-kuat je. Nasib baik aku tengah pegang motor. Kalau tengah pegang bola golf, mau je aku baling kat sasaran!!

Rider motor bermonolog dalaman: “HAMPEH ko pakcik, aku kasi ko tumpang sebab kesian kan ko nak jalan kaki jauh-jauh ke kedai, boleh plak ko masuk kedai 4D beli nombor ekor?! Pakai songkok pulak tu!

Lepas tu aku nampak pakcik tu melambai-lambai kat aku lagi. Aku pun sengaja lalu depan dia cakap (dalam hati): “SORI PAKCIK! TAK SENANG!

Dan sampai ke hari ni, kalau aku nampak pakcik tu nak tumpang lagi je, aku akan buat-buat tak nampak @ memecut dengan lebih laju dari sebelum ini. Huh!

Kadtun

Ketika sedang mencari idea dan mencuri masa rehat sendiri untuk rekaan kad, terpandang hasil aktiviti saja-saja masa tahun terakhir di universiti dulu:

Kreatif - tak semestinya seni, boleh jadi fantasi

Tazkirah & Muhasabah - dari sendiri @ orang lain

Syarat penyertaan mudah je, mesti tersenarai dalam list Y!M saya. Itu saja. Walaupun “orang” itu tak sedar tentang pertandingan yang aku buat, dia tetap dikira sebagai peserta secara automatik.

Seronok buat mende alah ni, sambil menghilangkan pening buat programming projek tahun akhir, sambil naik kapal selam baca macam-macam status menarik “peserta” Yuhuuuuuu!! Tahniah buat pemenang-pemenang masa itu.

p/s: Cik Tunang, reka grafik kad tema kartun boleh tak? Heheh!

Jawapan Pemuas Hati

Seringkali jugak orang bertanya, aku & dia berapa kali “dating” nak kenal sebelum tunang? Bila aku jawab tak pernah, datang pulak tanda tanya, “Tak pernahhh?? Ye ke ni…?“, “Abis tu cemana kenal? Fesbuk eh?

Penat menjawab soalan-soalan dari orang yang tak ingin percaya walaupun berkali-kali soalan yang sama ditanya & berkali-kali jugak jawapan yang sama diberi.. Aku rasa la, ni je jawapan pemuas hati diorang:

Soalan: Pernah dating tak?

Iyelah… pernah dating, tapi dating dengan mak, bapak, satu keluarga dia semua sekali keluar sama-sama.

 

Soalan: Kenal dari Fesbuk?

Tak… ALLAH jodohkan.” Bak kata En. Mior Khabir Zikri, “Tunang aku tak ada Facebook. Selamat dunia akhirat.

 

Harap ini menjawab soalan. Terima kasih kepada yang bertanya.

Turn Way Back

Jauh aku mengembara
Memerhatikan gelagat manusia

Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Lelah menempuh jalan beronak duri
Kadang sesat tanpa haluan

Sehingga punca hilang di mata
Turutkan jua hati yang buta
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkah aku Tuhan
Agar tidak aku kesesatan dari jalan SyurgaMu

Aku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah di depan mata

The ONE that made us all
And HE’s the guardian of HIS true believers

As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy

As HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

HE knows what’s in all in our heart

HE bring ourselves from the darkness into the light

Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way

Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Haiwan ke Syurga

Assalamualaikum.

Tak ada buah fikiran nak dijadikan plot. Apa yang berlaku, saya menjadi BiP sekali lagi, dan kemudian menjadi seperti penjual daging.

Yang mudahnya, lihat video:

p/s: 
jangan tengok kalau mabuk darah, 
jangan hirau suara simpati anak kecil dalam video ini.

dan gambar:

menunggu waktu

jelingan terakhir

menuju ke syurga...

tunggu apa lagi? lapah!!

lagi gambar:

Album Qurban 06112011

Menahan

Sudah 2 hujung minggu aku demam…

Badan panas & pening kepala.

Minggu lepas dapat balik kampung, menahan rasa pening Jumaat malamnya untuk memandu sejauh lebih 200 km. Oleh sebab di kampung suasananya hijau segar dalam & luar, demam sehari je… Sabtu petang dah boleh pergi kebun.

Minggu ini demam lagi, hari yang sama tapi waktunya lebih awal… dan seperti yang dijangka, sakit di bandar sesak payah untuk kebah. Rasa macam dah ok… tapi baru memandu ke Gombak sekejap dah pening semula. Malah labih teruk sampaikan kena buat situasi lampu kecemasan palsu untuk berehat sekejap. Malam ni ditambah pulak dengan sedikit sesak nafas.

Mungkin esok perlu ikut cakap Umi, “Pergi jumpa doktor.

Selamat malam.

Bila?

Bila?

Tengah pilih la ni tarikh yang sesuai nak cuti… Bulan pilihan pertama, ada seminggu je. Bulan plihan kedua, boleh sambung bulan seterusnya… panjang sket.

Nak pilih bila ni? Kepada yang nak ikut tu, ada cadangan tak? Ke… nak amik dua-dua??? Tak la kelam-kabut sangat nanti kan?

Heheh!

Kalendar Malaysia & Cuti Sekolah 2012

Nah, tambahan untuk pembaca… klik pada yang berkenan ye~:

Cuti Umum Seluruh Malaysia 2012

Cuti Umum Malaysia Mengikut Negeri 2012

KoNvO-i RaYa

Cerita hujung minggu:

Konvo ke Konvoi?

Jawapannya konvoi! Tapi mana ada konvoi raya… tajuk suka-suka je. Saya pergi beraya sendirian berhad (kata ganti diri moden bagi pergi sorang-sorang). Konvoi rumah terbuka ada, minggu lepas. Terima kasih kepada dua tuan rumah Cik Maryam Hafsah (kawan zaman sekolah) & En. Zulfadli (adik di universiti), dan rombongan konvoi yang menyertai.

Kahwin

Sabtu satu rumah, perempuan, kawan masa sekolah juga di Ayer Hitam. Ahad satu rumah, lelaki, kawan masa di universiti Melaka. Tahniah untuk mereka berdua… eh, tapi diorang bukan pasangan tau! Pasangan masing-masing lain~

Kempunan Mihun

Ni kontroversi, untuk yang berkenaan saje. Nampak gambar mihun goreng tu? Itu mihun goreng Jawa! Sudah tentulah tukang masaknya anak orang Jawa… Saya kempunan nak makan mihun tersebut pada hari Ahad kerana tidak dapat menyertai kumpulan beraya di…………………………?

Tapi dia SMS kata dia masak mihun goreng Singapura… kaler putih & warna-warni, ada hijau, oren, pink, dsb sebab ada sawi, lobak merah, & udang. Kalau cenggitu, kenapa tak cakap mihun goreng pelangi je? Aduiii~ menambah kempunan di hati…

Bersalah! Dum!

Menumpangkan seorang kawan masa sekolah (lagi?) untuk balik ke KL. Dia nak bawa barang elektrik yang dah takde kotak, jadi susah nak naik bas. Kisahnya, dia ini ada buat 3 perkara yang baru disabitkan kesalahannya di dalam kereta masa menumpang… padahal kes berlaku beberapa hari yang lalu. Pertama, tidak mengajak saya semasa pergi beraya bersama kawan-kawan lain di kampung. Kedua, tidak mengajak saya untuk gerak sekali semasa menghadiri majlis walimah pada hari Sabtu. Ketiga, jeng-jeng-jengggg!!! Rahsia… haha!

Anda bersalah untuk ketiga-tiganya! Dumm!!

%d bloggers like this: