Archive for the ‘kisah silam’ Category

Sori pakcik!

Pada suatu petang yang menarik (sebab cuaca cerah), aku menunggang motor berjalan-jalan menuju ke sawah. Tentulah berseorangan… dah tak ada kucing nak bawak sama.

Hijau pemandangan, fuh~~~ aman! Besar & jambunya bunga teratai, sungguh banyak dan damai! Sungai yang penuh ikan, tapi tak bawak batang pancing sebab nak jalan-jalan aje. Air parit di tepi sawah yang jernih… memanglah sebab dah tak ada kami-kami ni yang suka berkubang!

Puas pusing kawasan sawah padi, aku pun balik ikut jalan keluar yang bersambung dengan kebun bapak aku & sebuah taman perumahan. Teringin nak singgah kedai kejap, beli air minuman & jajan.

Sampai kat satu simpang, ternampak seorang pakcik, bersongkok agak lusuh, melambai-lambai ke arah aku minta berhenti. Aku tak kenal pakcik ni, tapi selalu nampak dia naik basikal. Tapi hari ni basikal dia takde bersama…

Rider motor: “Nak g mane pakcik?”

Pakcik: “Nak ke kedai depan.” Pakcik tu jawab dengan nada yang hampir-hampir tak keluar suaranya. Kedai depan ialah kedai yang aku nak pergi jugak kat kawasan taman perumahan tu.

Rider motor: “Ok, jom.” Aku pun memecut motor dengan perlahan & sopan.

Sampai kat kawasan kedai, aku turunkan dia. Aku pun turun sekali la… tapi pakcik tu tak masuk kedai yang sama aku nak pergi. Mana dia pergi, aku tak kisah. Janji aku dah tumpangkan dia ke destinasi. Dipendekkan cerita, lepas keluar kedai & hidupkan motor je, aku ternampak sesuatu yang melonjak-lonjakkan aku punya rasa tak puas hati, menyesal gile, rasa nak sebut “CILAKE” kuat-kuat je. Nasib baik aku tengah pegang motor. Kalau tengah pegang bola golf, mau je aku baling kat sasaran!!

Rider motor bermonolog dalaman: “HAMPEH ko pakcik, aku kasi ko tumpang sebab kesian kan ko nak jalan kaki jauh-jauh ke kedai, boleh plak ko masuk kedai 4D beli nombor ekor?! Pakai songkok pulak tu!

Lepas tu aku nampak pakcik tu melambai-lambai kat aku lagi. Aku pun sengaja lalu depan dia cakap (dalam hati): “SORI PAKCIK! TAK SENANG!

Dan sampai ke hari ni, kalau aku nampak pakcik tu nak tumpang lagi je, aku akan buat-buat tak nampak @ memecut dengan lebih laju dari sebelum ini. Huh!

Ramadhan Terakhir?

Terfikirkan dosa lama yang mungkin belum terpadam

Memikirkan taubat yang entah ya atau tidak Dia terima

Warna hitam diri ini Hanya Dia yang tahu

Tayangan Untuk Dikenang

Saje mengambil sedikit masa sambil membuat kerja yang terlalu lama di hari Ahad. Sebenarnya nak buat video untuk mak & abah, tapi…. saya tak ada banyak gambar digital mereka. Gambar yang ada pulak tak sesuai untuk tatapan umum… (T_T)

Jadi, saya gantikan la video ni untuk sahabat-sahabat… maaf juge, video ini telah di format semula untuk mengecilkan saiznya. Maka kualiti gambarnya kurang jelas sedikit. Kalau nak yang asal, masih ada dalam simpanan saya lagi.

Sila… sila. Tekan butang segi tiga tu ye~

Pehal?

 

Berkata diri pada sendiri: “weh! lu apahal?

Menjawab soalan diri sendiri: “wa? ntah! pehal dengan wa?”

*wa (singkatan gua) = aku /saya

dalam B. Melayu: “Ada apa hal dengan saya ini?

dalam B. EewwW (dari blog Zaini): “Apahal dengan sayeewW ni?

 

Tengok! Bengong pada diri sangat menjadi-jadi kebelakangan ini. Apo kono den ni? Kono sampuk ko??? Sabar beb… sabar~~ tenang. Mengucap.. Astaghfirullah al-A’ziim. Teringat balik pada ‘old Mister‘… Mungkin aku patut terima khidmat yg dia tawarkan untuk aku kawal semula. (x_x)

Years

**********

Alfa . Bravo . Charlie . Delta . Echo . Foxtrot . Golf . Hotel . India . Juliett . Kilo . Lima . Mike . November . Oscar . Papa . Quebec . Romeo . Sierra . Tango . Uniform . Victor . Whiskey . X-Ray . Yankee . Zulu .

**********

Anybody who had been in a single unit mission of 26 members will surely know names above.

How long now? Years… My chosen life partner, not even my will to leave you like that. But I know the day I will be leaving, not by natural death, is coming very soon than I’ve expected.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Okeh. Itu selingan untuk yang berkenaan saje. Sila perhatikan gambar di bawah… dan juga tiada kena mengena dgn yang di atas. Itulah kami sewaktu belajar bersama dulu. Sekarang, kami masing-masing terpisah ke tempat kerja yang tiada rakan lain. Tidak seperti yang berada di Rebung, Annex ataupun Vads. Kami sendirian…

Terengganu . Brickfields . Ipoh

 

Ade sorang lagi… berbaju batik sekolahnya:

Batu Pahat

Itu saja episod luahan kali ni. Jumpa lagi~

Sekolah Lama

 

Semenjak ku tinggalkan sekolahku
Ku tempuh alam remaja sendiri kini
Tiada deringan loceng
Menuju ke kantin bising beli mi goreng

Di sekolah kawan-kawan degil
Leka di makmal praktikal selalu kena sekel
Ketawa guru membebel
Tak lucu lagi bila pehaku diketil

Sekolahku oh sekolahku
Begitu ku rindu
Di situ tinggalnya kenangan semusim berlalu

Sekolahku
Kau membekal ilmu untukku dewasa
Pertama kalinya…
Sedang asyik bercinta
Di hujung padang sana…
Ditangkap jaga….
Ddisebat guru besar

Semalam ku terus berlari
Menuju pagar sekolah lama ku tinggalkan
Dapatkah aku semula
Membangkit nostalgia di zaman sekolah

Kesalnya rasa di hati
Kelalaian sendiri tak memberi erti
Kalaulah dulu ku tahu
Tak rela ku persendakanmu sekolahku


– Mamat –

Tell Me

.

what is the most important thing

for a person

in a war?

tell me.

 

%d bloggers like this: