Ops! Olimpik di TM Kluang

Untuk hari-hari terakhir bekerja kat Telekom Malaysia ni, nak cerita sikit tentang satu program yang aku turut serta.

OLIMPIK TM JOHOR UTARA!

Haa!! Jangan ingat orang Inggeris je ader buat Olimpik… TM pun ader inisiatif tau~! Tak tahu la TM kat negeri lain ada ke tak benda macam ni. Ada la kot agaknye… sebab nama negeri pun masuk kat atas tu ha…. Aku suka program nie, best! Mengeratkan silaturrahim antara staf & bukan staf… memupuk sikap bekerjasama… dan macam-macam laie. Sepanjang praktikal, sebanyak 3 kali dapat aku ikut program nie.

Macam mana rupe Olimpik TM?

OLIMPIK atau nama skemanya OPS OLIMPIK adalah satu program/projek TM yang dijalankan sekali setiap bulan. Tujuannya adalah untuk mengatasi, membanteras, mencantas, membersih (dan segala me- yang lain) masalah yang ada pada satu kawasan pelanggan. Satu kawasan Kabinet yang mengalami banyak masalah akan dipilih, berdasarkan laporan yang direkodkan dalam sistem. Kawasan ini akan diteliti segalanya, kemudian dibahagi-bahagikan kepada beberapa zon kecil. Unit yang terlibat menjayakannya di TM Kluang ialah Customer Network Services, CNO (anak-anaknya: ACCESS, FIBER/CABLE JOINTER, LMG) & para pekerja Kontrak (Vendor). Mereka semua akan berkumpul pada satu hari yang ditetapkan, dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan zon yang ada, lalu bekerjasama menjalankan tugas yang telah disenaraikan. Program bermula dari pagi hingga tengahari. Makan dan minum PERCUMA!!

Olimpik 1: 28 Julai 2009

Olimpik pertama yang aku turut serta. Kawasan terpilih: Kabinet KU 12. Waktu ni aku tercengang-cengang, ape benda la kerja yang kena buat pun tak tahu. Staf semua plak cakap yang serius saspen, jantung aku pun laju berdegup-degup… sampai la kat tempat yang ditetapkan, baru aku tahu. Masa ni jugak kali pertama aku dengan selambanya pakai kemejanya… angkat tangga, naik atas tiang kat Distribution Point (DP), bawak playar, pemotong wayar, gagang telefon yang dah diubahsuai (diorang panggil henpon), & lain-lain yang diperlukan terus test talian telefon pelanggan yang terburai, guna lagi ke dah kena potong?). Kalau guna, sambung balik elok-elok pastu tutup pakai seal. Kalau tak pakai, potong je wayar (Drop Wire) tu, pastu buang. Senang je kan… Nampak senang la! Cuba buat. Itu baru satu, DP, Drop Wire, kabel ada banyak! Kawasan plak besar~ Walaupun dalam taman, tiang telefonnye semua kat belakang rumah. Kene yang belakang rumah tu kecik, sempit! Hamek nak angkut tangga ke situ. Ye la… satu Kabinet dia pilih.. Tapi pakcik-pakcik ni tenang jek, dah biasa…

Olimpik 2: 12 Ogos 2009

Kawasan terpilih: Kabinet KU 22. Kali ni Boss besar Kluang, En. Azhar, ikut sekali. Tugas aku senang sikit, cuma kena banyak berjalan. Aku diarahkan untuk merekodkan sahaja apa-apa kerja yang dilakukan. Tak dapat panjat-memanjat kali ni sebab tangga semua staf kumpulan aku pakai. Olimpik yang pertama tu ada tangga lebih… Jadi aku macam runner la.. paling-paling aku dapat buat pun buang paip air PVC tersangkut atas kabel. Macam mana boleh ada kat situ aku pun tak tahu. Hari tu berpeluh sebab banyak berlari je.

Olimpik 3: 7 Oktober 2009

Kali ni, aku beraksi dari mula hingga akhir. Aku termasuk dalam staf yang merancang program. Sejak dua hari lepas aku sangat sibuk. Kelmarin, aku ikut pergi kawasan terpilih: Kabinet KU F15. Bukak pelan besar kawasan, cari kabinet tu letaknye kat mana, luas kawasan dia, pastu keluar pergi ke tempat tu pulak (dah macam arkitek pembinaan). Pusing-pusing, lukis kedudukan kawasan, taman & kampung semua masuk, cari semua DP dengan tentukan nombornya sekali untuk buat peta kawasan Olimpik baru. Bila peta siap, Mak oii!! Lagi besar berbanding dua Olimpik sebelum ni, Semalam pulak, pergi lagi pusing-pusing kawasan. Kali ni nak tengok apa masalah-masalah dia, apa nak buat untuk selesaikan. Lepas tu semak dalam sistem lagi untuk maklumat pelanggan.. macam-macamlah! Tiba hari Olimpik, semua kerja kali ni aku berpeluang buat sendiri. Panjat tiang untuk buang Drop Wire, tukar wayar baru, bersih & cat tiang, catat rekod kerja, betulkan telefon rumah pelanggan (yang ni dengan staf, takde permit buat sendiri). Kira puas hati betul la kerja.. Oh ye, hari bukan setakat En. Azhar je, Boss lagi besar, En. Radin dari Melaka pun turun sama. Diorang cat tiang dengarnye…heh!

Apa-apa hal pun, semua staf kat sini gembira bekerja. Pandai, ramah & selalu bergurau. Tak sombong dengan pangkat, semua kira sama je (kecuali dengan Boss, tunjuk hormat la…). Tak lokek minyak kereta bawak jalan-jalan.. hehe! Tak kedekut ilmu, sampai kalau aku tak tanya, diorang yang soal. Ha!! Tergagap-gagap aku nak jawab! Yang paling aku bersyukur, sepanjang aku kat TM Kluang ni, kewujudan aku disedari, tenaga & kebolehan aku betul diperlukan dan diri aku tak terkapai-kapai. Tak lupe jugak ade rakan-rakan praktikal yang menemani.

Esok hari terakhir aku kat TM Kluang, tapi rase macam nak datang lagi je minggu-minggu depan sebelum balik MMU… Heh~! Oh?!! Esok ada jamuan Hari Raya + Perpisahan En. Shivakumar (supervisor aku kat sini). Apa nak bagi ek…?

2 comments so far

  1. Zinnirah Al Jannah on

    wah~ menariknya program trainee engineering ni yek. ingatkan program lari-lari & dpt hadiah.😀

    p/s: gamba panjat memanjat xde? heh~

    • amel036yippee on

      gamba ade… tp simpan, bahaya untuk diupload.. nnt orangnye jatuh! hehe~!
      syok sendiri sude…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: