Archive for the ‘AMARAN’ Category

Benarkah? #Tamat.

>> sambungan…

Mari kita kaji sikit secara ringkas. Saya katakan gambar di atas yg disiarkan Utusan Malaysia & Berita Harian adalah PALSU!, kerana;


Sebab utama:

Itu gambar lama la oi~~ dah 2 tahun keluar kat media Pakistan, sejak 29 April 2009. Lepas tu media Eropah (Daily Mail, Times, Sun, Mirror dan lain-lain) pun terikut sama percaya… pandai diorang ni ambil kesempatan siar semula.. tapi sebenarnya diorang sendiri pun ragu-ragu lagi kesahihan gambar tu, sampai la diorang sendiri jugak yg kata “IT’S A FAKE!”.

3.49am ET: Fox News is reporting that any purported pictures of Osama bin Laden’s body are fakes. Hello, Daily Mail?

Pautan di bawah ini ada ulasan reaksi dunia media di Barat yang mungkin anda tidak gemar membacanya, tapi bacalah sekali lalu. Di dalamnya ada pelbagai berita pengakuan, pendapat & komplot tersembunyi yang boleh dicari lagi: SINI

Gambar:

Saya tak  mahu siar banyak gambar PALSU tersebut kerana bersamanya ialah gambar seseorang yang telah mati. Jadi, ringkasannya di bawah.

terbalikkan, potong sana, letak situ... cantum. TADA!!

Anda boleh guna perisian semudah @ percuma seperti Paint dalam komputer anda untuk menghasilkan gambar seperti itu. Malangnya, yang menghasilkan gambar palsu itu terlalu BODOH untuk mengubah nilai pencahayaan pada gambar yang dicantumkan itu sehingga ketara perbezaan, antaranya:

  1. Terlalu terang perbezaaan warna kulit “yang telah mati” & “yang masih hidup”.
  2. Terlalu kabur janggutnya sedangkan ia dekat, tetapi rambutnya boleh dilihat setiap helaian sedangkan ia terlindung.
  3. Jika bahagian kepala yang diserang, darah akan keluar melalui setiap rongga terbuka… tapi giginya? Masih putih berseri-seri!
  4. Yang lain anda cari sendiri..

NOTA:

Kalau berita kematian itu benar sekalipun… Islam mengajar umatnya untuk menyegerakan salah satu hak seseorang yang telah mati dengan mengebumikannya secara sempurna sekiranya masih ada jasad, bukan campak dalam laut je!

Sekian.

Benarkah? #1

Ohoo~~

Ini berita yang sedang hangat dibincangkan! Berita kononnya seseorang yang menjadi pemimpin Al-Qaeda telah berjaya berjaya dibunuh. Malah media-media masa hot di negara kita pun telah menyiarkan gambar orang yang dikatakan sebagai Osama bin Laden itu.

Pertama. Saya mengajak semua agar kita sama-sama mendoakan kesejahteraan roh orang yang telah dilakonkan sebagai Osama bin Laden itu, kerana telah dibunuh untuk mewujudkan satu lagi kekecohan terhadap Islam.

Kedua. Saya nak ucap tahniah kepada media masa hot iaitu Utusan Melayu & Berita Harian kerana telah menyiarkan gambar muka mayat tersebut. SABAR! Saya bukan menyanjung media masa ini @ mencaci si mati. Tapi dengan adanya gambar tersebut, saya boleh lakukan kajian ke atasnya.

Ketiga. Saya berterima kasih kepada IU Melaka kerana menerima saya menjadi ahli Biro Informasi & Penerbitan (BiP) suatu ketika dulu, dan dapat belajar bagaimana teknik MEMBUAT & MENGUBAHSUAI gambar menggunakan pelbagai perisian lama & terkini.

Keempat. Inilah tujuan entri kali ini. Saya bukanlah pakar penyelidik gambar, namun saya bersama dengan penyelidik yang menyatakan gambar disiarkan Utusan & Berita Harian itu sangat-sangat-sangat-sangat diragui! Dengan pengamatan awal juga, dengan yakin saya menyatakan gambar tersebut adalah PALSU! Sila fikirkan, saya akan siarkan hasil kajian saya ke atas gambar PALSU tersebut kemudian. Yang berhajat nak tahu, boleh tunggu..

Tips untuk difikirkan pada gambar, lihat bahagian muka saja dah cukup… dari hidung ke atas & bahagian telinga ke bawah… kalau tak pernah belajar ubahsuai gambar pun sepatutnya anda boleh lihat apa dia yang pelik di situ, dan sila lah berhenti dari mengangguk saja berita dari media masa sekarang.

Lagi tips tapi berkaitan Al-Qaeda… siapa pernah lihat gambar atau video ahli Al-Qaeda dengan terang menunjukkan mukanya bahawa mereka membunuh orang awam sesuka hati? Yang saya pernah lihat selama ini hanya video “ugutan” bersama tebusan dengan muka tertutup, video yang hanya dengar bunyi debilan senapang & meriam, gambar mangsa-mangsa SAHAJA yang telah dibunuh, gambar dua “besi terbang” tak nampak pemandunya dan lagi hanya video pertempuran antara kedua-dua pihak tentera (Amerika la.. siapa lagi). Tapi berbeza dengan pembunuhan orang awam oleh tentera Israel kan? Tak payah saya nak taip lagi, anda boleh Google sendiri, mesti ada punya yang LIVE!

>> bersambung….

Ku Penatan

Malam semalam rakan rumah kemalangan, tergelincir motor di selekoh “jambatan pulau pinang”… Ku bergegas ke sana, tak jumpa… rupanya dah di PPUM. Ku bergegas lagi ke PPUM, huuuu sejuk betul penghawa dingin PPUM ni. Dia OK, luka terseret di kaki. Aku pun tunggu la dia buat rawatan. Dan aku pelik, pehal pesakit disuruh masuk ke bilik rawatan pastu tak sampai seminit dah keluar, pastu suruh masuk balik, kejap je, keluar dah, pastu masuk-keluar, masuk-keluar. APEHAL??

Tunggu lama, masuk sekejap je. Kalau kena makcik/pakcik tua macam mana? (ada seorang makcik malam tu). Tak pasal-pasal bertambah sakit pinggang & kaki pulak asyik bangun-duduk-jalan, kan kasihan…

Lagi best, masa masuk lama tak keluar-keluar ingatkan tengah berjalan rawatan, rupanya… “Doktor tak sampai lagi“. Cessss! Ku tertipu. Baik orang lori sewa datang… ada aktiviti sikit, zroommmm bergegas angkut motor di tempat kemalangan balik ke rumah. Yang bawak lori tu pulak memang seorang drebar yang baik hati & bertimbang rasa. Sebab dia lah BOSS syarikat lori tu, lulusan universiti di Jerman lagi~ (ada bukti ye….)

Pastu balik PPUM, tak siap lagi. Tak taulah doktor dah sampai ke belum. Sambung menunggu… dalam kelaparan. Lebih kurang pukul 3.25 pagi,  member sakit telefon;

Aku:Dah siap ke?”

Member:Belum, ko balik lah dulu.. sebab dia cakap lama lagi ni (apa yang lama aku pun tak tau). Dalam pukul 7.00 pagi besok baru siap

Aku:Haaaahhhh??!!! Laa…

…dan aku pun takde pilihan lain, PPUM tak sediakan bilik menunggu untuk tetamu berehat, jadi aku pun balik la rumah. Penat.. Ku sangat penat akibat menunggu sesi rawatan yang ajaib kaedahnya malam itu. Sampai rumah dah pukul 4.00 pagi, sistem penggera telefon bimbit pun dah berbunyi… (tak bangun malam la nampaknya).

~ berhati-hati di jalan raya, melainkan sedang berlumba di litar lumba ~

p/s: saya dah biasa merempit, takpe. 😛

Di mana “Shababah”?

Assalamualaikum…

Sudah terlalu banyak gerakan Islam yang muncul masa ini. Masing-masing membawa visi & misi tersendiri, mempunyai manhaj yang berlainan, tetapi jika dilihat dari objektif mereka… sama saja walaupun susunan ayat berbeza, berkias dan berbunga.

Lihat saja contoh di negara ini:

JIM
PAS
GAMIS
TABLIGH
PKPIM
ABIM
HALUAN
RUFAQA’
ISMA

Dukacita, hanya kerana sedikit perbezaan lalu timbullah perpecahan. Berbeza cara pergerakan dalam solat, berbeza cara menyambut Aidilfitri & Aidiladha, berlainan gaya memberi salam, pakaian, taraf pendidikan, maka muncul dan terbinalah jurang pemisah yang jelas di kalangan pengikutnya. Saya ulangi, masalah tidak timbul dari apa dia gerakan Islam itu, tapi datang DARI KALANGAN PENGIKUTNYA!

Di mana “Shababah“, cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhuwwah Islamiah? Di mana cinta tahap ke-4 ini yang meminta sebuah kesabaran untuk menerima perbezaan dan melihatnya sebagai satu hikmah berharga?? Tidak perlu dipaksa untuk menyamakan perbezaan, yang perlu cuma pengertian & pemahaman. InsyaAllah dengan adanya “Shababah“, segala perbezaan dapat diterbalikkan menjadi kekuatan bagi ummah. Perlunya cinta ini, sebagai satu usaha untuk mencipta ketenangan hubungan dalam tubuh umat Islam yang satu!

Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Perumpamaan orang-orang beriman dalam erti kasih sayang, belas kasihan dan bertimbang rasa sesama mereka seperti tubuh yang satu iaitu apabila mana-mana anggota badan berasa sakit maka seluruh tubuh yang lain turut berjaga malam dan menanggung kesakitan.

(Hadis riwayat Muslim)

Akhirnya, kita semua sujud ke arah satu kiblat yang sama…

Heavy!

 

Inna sanulki ‘alaikaqoulan tsaqila.

Maksudnya: Sesunguhnya  Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat.

(Al-Muzzammil: 5)

 

So it’s TRUE.

Not only His saying is heavy, but all things in our life are heavy for those who are not (and never) prepare!

 

Our World Reality

Look at your life’s routinehere and today may be at peace

but the world now is actually full of danger & threats!

Bring Back ISLAM

Tak Terhingga

Asalnya entri lain, tajuk lain dengan isi yang lain. Tapi lepas berfikir 9 akal, entri yang sepatutnya untuk lepas geram & sakit hati itu ditukar, kerana aku tak mahu orang lain yang membacanya juga terjangkit. Walaupun berlainan sudah gaya bahasa, maksudnya tetap sama!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dilahirkan dalam keluarga yang sederhana,
mengajar aku untuk BERDIKARI mendapatkan apa yang aku mahu!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dilahirkan dari perut ibu yang penyayang,
mengingatkan aku untuk menjadi seorang anak yang TAAT!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
mempunyai abah yang tegas dalam hal-hal agama,
mendidik aku agar sentiasa ingat siapa TUHAN patut aku sembah!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dapat belajar di sekolah harian biasa sejak tadika,
memberi pengalaman berharga untuk menjadi yang pelajar BERDISIPLIN!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dapat belajar daripada guru-guru yang garang,
menunjukkan TANGGUNGJAWAB itu penting untuk dilaksanakan dengan AMANAH!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana diberi rasa susah dengan ujian dalam perjuangan,
tarbiyyah itu sangat penting untuk aku terus CEKAL, KUKUH, TETAP PENDIRIAN, BERANI dalam melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana diberi nikmat-nikmat yang bernilai di atas,
TIDAK ADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH SELAIN ALLAH!


Sakit hati aku bila tengok orang yang begini:

tahu benar tapi tak mahu yang benar,
tahu penting tapi tak dahulukan,
tahu perlu tapi tak lakukan,
bukannya mereka tak mampu, tapi MALAS!
banyak ilmu tapi semuanya disimpan, langsung tak buat macam ilmu yang dah diberi oleh Tuhan!
ada diantara yang hafal banyak dalil Al-Quran & hadis, tapi antara PERLU lwn TANGGUNGJAWAB pun tak tahu, buat MAIN-MAIN!


izinkan aku pergi ke bilik air... nak hambur kata-kata kesat!

Hati Parah!

sekadar hiasan

Balik-balik je dah nampak mende tak best! Risau kepala otak aku. Sakit hati aku. Tak senang, laju berdentum-dentum jantung aku degup tahan perit.

Nak tegur, masa & tempat tak sesuai. Nak marah, kecoh plak nanti. Nak bunuh, nama dia takde dalam senarai arahan.. orang biasa je lagipun, memang le.

Kat rumah, lama aku duduk. Sampai pagi buta. Tak hilang-hilang jugak. Cuba hilangkan dengan makan, makanan takde pulak… Lepas tu, nekad tido.

Bangun pagi. Masih ada sisa rasa geram! Tumbuk dinding sekuat hati dah, ganggu orang lain (konon nak gelak-gelak) dah, sambung tido balik (tak lelap pun..) dah jugak. Semua tak kurangkan kesan sikit pun.

Tak dapat tahan dah, aku luahkan secara umum. Bagus juga untuk diri aku sendiri. Itu pun terpaksa pinjam ayat dari seorang lagi adik. Ada la sikit-sikit tambah ayat sendiri. Nak guna semuanya ayat sendiri? Huh! Nanti semua ayat pedas, panas larva berapi yang keluar. Lepas lontar ayat, dengar lagu yang mengetuk diri sendiri kejap. Siap cari gambar buat slideshow lagi, nak bagi berkesan.

Akhirnya, amik wuduk dan buat solat sunat Dhuha. Baru la lega~

Lepas ni, tolong la jangan bagi aku nampak lagi. Sekurang-kurangnya bukan di kalangan orang-orang yang aku biasa. Jangan sampai aku yang minta masukkan nama untuk dibunuh. Aku memang tak berminat bunuh orang biasa! Bazir masa. Tak berbaloi kalau cuma ikutkan hati marah.



Friendly Reminder

About 10 years ago, my little friends once asked me a strange question, “How do you know that?”. I replied, “Know what?”. Then they explained…  but I couldn’t get what were they talking about. Even the teachers said I am different at certain time. Since I don’t remember anything different at all, we just let it go.

Five years after that, it happened again. Random, but often and longer. Only at that time, I realized… something was different. Even when the counselor wanted me to tell what was it… I can’t because I also didn’t know. Until one day, when someone got hurt!

I checked, I searched every possible cause. It turns out that it was really me. Not even think that I have MPD (or DID). The above two incidents was the first two, but they’ were not the same . Why “first two”? Because they said, I might (they were not sure) have another one, it means I have three other ‘me’ resting inside. They predicted the last ‘me’ would likely calm as normal, but cannot control what ‘he’ will do.

Immediate precautions had been taken.  It took about two months for me to seal ‘them’ from going out. It worked, with no guarantee how long it could hold.

Now another five years had past. I know, soon enough, ‘he’ will come out once more. I don’t know when, I don’t know where, I don’t even know who it will be. I just don’t want anything bad happen. So please… if you see ‘me’ acting not like me at all, get away very very very far from my side!

sila berwaspada!