Archive for the ‘jalan-jalan’ Category

Jumpa PTS @ Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

Hei~moh~ Hei~moh!

Hei~! Moh kite!

Advertisements

Sori pakcik!

Pada suatu petang yang menarik (sebab cuaca cerah), aku menunggang motor berjalan-jalan menuju ke sawah. Tentulah berseorangan… dah tak ada kucing nak bawak sama.

Hijau pemandangan, fuh~~~ aman! Besar & jambunya bunga teratai, sungguh banyak dan damai! Sungai yang penuh ikan, tapi tak bawak batang pancing sebab nak jalan-jalan aje. Air parit di tepi sawah yang jernih… memanglah sebab dah tak ada kami-kami ni yang suka berkubang!

Puas pusing kawasan sawah padi, aku pun balik ikut jalan keluar yang bersambung dengan kebun bapak aku & sebuah taman perumahan. Teringin nak singgah kedai kejap, beli air minuman & jajan.

Sampai kat satu simpang, ternampak seorang pakcik, bersongkok agak lusuh, melambai-lambai ke arah aku minta berhenti. Aku tak kenal pakcik ni, tapi selalu nampak dia naik basikal. Tapi hari ni basikal dia takde bersama…

Rider motor: “Nak g mane pakcik?”

Pakcik: “Nak ke kedai depan.” Pakcik tu jawab dengan nada yang hampir-hampir tak keluar suaranya. Kedai depan ialah kedai yang aku nak pergi jugak kat kawasan taman perumahan tu.

Rider motor: “Ok, jom.” Aku pun memecut motor dengan perlahan & sopan.

Sampai kat kawasan kedai, aku turunkan dia. Aku pun turun sekali la… tapi pakcik tu tak masuk kedai yang sama aku nak pergi. Mana dia pergi, aku tak kisah. Janji aku dah tumpangkan dia ke destinasi. Dipendekkan cerita, lepas keluar kedai & hidupkan motor je, aku ternampak sesuatu yang melonjak-lonjakkan aku punya rasa tak puas hati, menyesal gile, rasa nak sebut “CILAKE” kuat-kuat je. Nasib baik aku tengah pegang motor. Kalau tengah pegang bola golf, mau je aku baling kat sasaran!!

Rider motor bermonolog dalaman: “HAMPEH ko pakcik, aku kasi ko tumpang sebab kesian kan ko nak jalan kaki jauh-jauh ke kedai, boleh plak ko masuk kedai 4D beli nombor ekor?! Pakai songkok pulak tu!

Lepas tu aku nampak pakcik tu melambai-lambai kat aku lagi. Aku pun sengaja lalu depan dia cakap (dalam hati): “SORI PAKCIK! TAK SENANG!

Dan sampai ke hari ni, kalau aku nampak pakcik tu nak tumpang lagi je, aku akan buat-buat tak nampak @ memecut dengan lebih laju dari sebelum ini. Huh!

Ganu Mari!

Mau pergi esok punya!!

 

 

Bila?

Bila?

Tengah pilih la ni tarikh yang sesuai nak cuti… Bulan pilihan pertama, ada seminggu je. Bulan plihan kedua, boleh sambung bulan seterusnya… panjang sket.

Nak pilih bila ni? Kepada yang nak ikut tu, ada cadangan tak? Ke… nak amik dua-dua??? Tak la kelam-kabut sangat nanti kan?

Heheh!

Kalendar Malaysia & Cuti Sekolah 2012

Nah, tambahan untuk pembaca… klik pada yang berkenan ye~:

Cuti Umum Seluruh Malaysia 2012

Cuti Umum Malaysia Mengikut Negeri 2012

KoNvO-i RaYa

Cerita hujung minggu:

Konvo ke Konvoi?

Jawapannya konvoi! Tapi mana ada konvoi raya… tajuk suka-suka je. Saya pergi beraya sendirian berhad (kata ganti diri moden bagi pergi sorang-sorang). Konvoi rumah terbuka ada, minggu lepas. Terima kasih kepada dua tuan rumah Cik Maryam Hafsah (kawan zaman sekolah) & En. Zulfadli (adik di universiti), dan rombongan konvoi yang menyertai.

Kahwin

Sabtu satu rumah, perempuan, kawan masa sekolah juga di Ayer Hitam. Ahad satu rumah, lelaki, kawan masa di universiti Melaka. Tahniah untuk mereka berdua… eh, tapi diorang bukan pasangan tau! Pasangan masing-masing lain~

Kempunan Mihun

Ni kontroversi, untuk yang berkenaan saje. Nampak gambar mihun goreng tu? Itu mihun goreng Jawa! Sudah tentulah tukang masaknya anak orang Jawa… Saya kempunan nak makan mihun tersebut pada hari Ahad kerana tidak dapat menyertai kumpulan beraya di…………………………?

Tapi dia SMS kata dia masak mihun goreng Singapura… kaler putih & warna-warni, ada hijau, oren, pink, dsb sebab ada sawi, lobak merah, & udang. Kalau cenggitu, kenapa tak cakap mihun goreng pelangi je? Aduiii~ menambah kempunan di hati…

Bersalah! Dum!

Menumpangkan seorang kawan masa sekolah (lagi?) untuk balik ke KL. Dia nak bawa barang elektrik yang dah takde kotak, jadi susah nak naik bas. Kisahnya, dia ini ada buat 3 perkara yang baru disabitkan kesalahannya di dalam kereta masa menumpang… padahal kes berlaku beberapa hari yang lalu. Pertama, tidak mengajak saya semasa pergi beraya bersama kawan-kawan lain di kampung. Kedua, tidak mengajak saya untuk gerak sekali semasa menghadiri majlis walimah pada hari Sabtu. Ketiga, jeng-jeng-jengggg!!! Rahsia… haha!

Anda bersalah untuk ketiga-tiganya! Dumm!!

Sampai 1000

Ahad lepas diberikan jodoh akhirnya nak melawat Abd Bad & Kak Ina di Melaka. Mereka ni baru je selamat pulang dari menunaikan Umrah~ Lama dah teringin nak pergi rumah mereka lepas kali pertama, masa raya tahun lalu. Susah nak jumpe mereka ni, lagi-lagi Kak Ina… kena buat temujanji dulu! (padahal diri sendiri yang sibuk =P ). Okeh.. rezeki jugaklah dapat ziarah masa ni, merasa kurma yg Nabi makan.. air zam-zam… kuih samprit & kerepek…

Walaupun masa ziarah ni Kak Ina demam la pulak… tapi mereka tetap rancak & bersemangat bercerita pengalaman kat Mekah & Madinah sana. Kami-kami yang belum pergi ni dapat ambil semangat (dan iktibar) saja la. Gambar kat bawah ni je yang sempat twit-tweet masa ziarah.. guna telefon buruk je (tak mampu nak pakai iPad, iPon, beri-beri tu semua..). Sila-sila makan~ sambil dengar cerita!

Ini la pasangan bahagia dunia wal akhirat~

 

Antara jamuan, air zam-zam & kurma


Ni pulak 4 orang pengawal yang mengekor… ada yg gaya cikgu, gaya bakal tutor, korean style & sempoi~ jek

 

Dua ekor ni nyuu boleh la dikatakan sebagai “jaga” kepada pengangkutan kami hari tu.. =D


Best koleksi kali ni. Hijau~~~~ je. Tapi apa yang “Sampai 1000”? Itu la meter pengangkutan, dari KL-JH-MK & KL semula… lebih 1000 km dah ni, kena pergi hantar servis!


p/s: dan aku pun dah mula demam, jangkit dari Kak Ina agaknye ni... heh!

Fenomena Akhir Zaman (terkini)

Assalamualaikum wbt.

Institusi Usrah MMU Melaka dengan ini berbesar hati menjemput semua menyertai

Konsert Nasyid 2010
>>>   FENOMENA AKHIR ZAMAN   <<<

menampilkan persembahan langsung dari


dan


Tempat: Dewan Utama, Universiti Multimedia (Kampus Melaka)
Tarikh: 30 Oktober 2010
Masa: 8.30 malam
Harga Tiket: RM 8.00

Sebarang pertanyaan dan tempahan tiket, sila hubungi:

Aidil – 017-6399925
Nadiah – 0137105292

Tempahan tiket telah dibuka sekarang!!!!!!!


Hasil sumbangan tiket akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.

blog rasmi:
http://konsertnasyid10.blogspot.com/

hebahan:
Dimensi Minda

montaj promosi:

***     they’re here not to judge, but to share~ ***

Institusi Usrah 1011
Multimedia University
Kampus Melaka.

GUA pun SENYUM~

Assalamualaikum

Haa… poster Siri X-Challenge (XPDC) ke-4 Institusi Usrah MMU Melaka di bawah adalah latihan cuba-warna menggunakan photoshop yang kedua! Fokus kali ini pada penggunaan ton warna pulak~ Heheh! Sikit-sikit la buat… esok lusa tulat karang pandai sepenuhnya la insyaAllah…

XPDC kali ke-4!

Ehh!! Dah tengok poster tu, tunggu ape lagi? Jom la daftar nama. Meh kita join program ni ramai-ramai!!!!!

~ Gua Senyum + 3 hari 2 malam + RM 45 je ~

Pengalaman join Siri X-Challenge (1, 2, & 3) tak pernah mengecewakan! Memang betul-betul mencabar!!!

XPerience De Challenge!


Tersenyum sendirian… (^.^)

 

Wahid: Plaza Siswa

Makan, makan, makan, makan, makan, bual, cakap, minum, sembang, rehat…

A: “ok, jom! Ko ade kelas eh? Kitorang balik dulu arr…”

N: “ok. Chow!”

A: “Eh? jap, W… jap!!” chi-chiutt! (bunyi kamera). “okeh, jom! Haha!!”

N: “ko watpe?”

A: “nah, tengok ni… sedappp je berpeluk. Nenyak tol adik-beradik neh.”

W: “haha!!”

teman mesra


Isnain: Rumah

Z bawak balik sekor kure-kure yang hampir dilanggar ‘kotak besi bergerak’ atas jalan. Pastu memasang impian nak bela… ok la tu. Rumah die Z bagi sangkar yang diisi air. Cuma satu je masalahnye, die dah besar & membesar di habitat semula jadi. Apa yang terjadi? Kure-kure tu merajuk tanak makan~, tanak jalan~, tanak kuar kepala langsung! Bila di letak kat luar sangkar, aktif! Laju jek die jalan… cari pintu. Tapi dek kerana pintu ade grill, kure-kure tu takleh keluar. Pernah tersangkut kat celah grill. Kesian die… lalu die duk termenung je kat depan pintu. Tapi akhirnya, Z mengalah gak… lalu semalam kure-kure itu mendapat kebebasan di sebuah taman yang indah…

"apela... nasibku~"

Selamat tinggal kure-kure~ 🙂

 

Salasa: Rumah

Awal bulan, sekor kucing comel menjadi ahli keluarga baru. Manjaaaa~ sangat! Pegang ekor, gengggam kaki kuat-kuat, tarik-tarik misai die pun tak pernahnye nak gigit balik. Malam kelmarin, lepas bagi die makan aku tido (dah pukul 2.00 pagi masa tu..).

Aku tido atas sofa jek sebab atas katil ade kain baju tak berlipat lagi. Pastu die pun ikut naik. Tido atas badan aku. Mula-mula okeh la… die baring manja kat sebelah, sambil kepala dengan kaki depan die dok atas perut aku. Pastu tah cemane, lepas lama sket die pindah ke bawah kaki aku plak. Aku fikir mungkin aku terhimpit die kot~ tu yang die tukar tempat. Masalahnye… hadoo~~ die sedapp jek tido kat celah kaki, mengambil ruang yang besar lagi selesa. Aku gerak kaki sket je, die respon. Mengiau, mengeliat la, tukar posisi macam-macam. Sampai la ke pagi! Dah…. akhirnye kaki aku yang sengal-sengal sebab tak boleh bebas bergerak… ai~

tengah mimpi kuntau la tu... wachaa!!

 

Arba’a: Tepi jalan

Dalam perjalanan pulang dari perbincangan ilmu. Berbual sekejap dengan Encik N & rakan-rakan.

Encik N: “Sape tau baca bahasa Cina?”. Aku angkat tangan separuh. “haa.. nah! hadiah…”

A: “Allah~! Err… terima kasih”.

hadiah perlu hargai..

Monolog kalbu: Aiyoo~ aku pandai cakap-cakap harian je. Ni tahap advance dah nih!

Syukur Alhamdulillah la… mungkin ade hikmahnye tu. Nak suruh amik Advance Learning Mandarin kot? InsyaAllah kalau ader niat di hati ni…

Coming Soon…

Assalamualaikum~

Ada satu berita gembira yang ingin dikongsi bersama, terutamanya untuk orang Kluang dan kawasan berdekatan dengannya.

Tapi sebelum tu, buka dulu laman hadapan (homepage) Yahoo! dan klik pada logo “tanda seru”nya ( ! ), dengar dan sebut bersama-sama..!

klik dan dengar

Baik! Beritanya ialah, sebuah syarikat pengeluar makanan berasaskan herba yang terkenal di Malaysia, HPA Industries Sdn. Bhd, bakal meluaskan lagi pengaruhnya di Kluang (Johor). Pada asalnya, syarikat ini telah mempunyai dua cawangan di Kluang Business Centre dan Taman Idaman. Kedua-duanya menawarkan pelbagai produk keluaran syarikat.

Baru-baru ini (kelmarin je pun…), terlihat satu perkara gembira. InsyaAllah HPA Industries Sdn. Bhd akan membuka dua lagi anak syarikat yang memberi produk istimewa iaitu… RADIX FRIED CHICKEN (RFC) dan RADIX CHICKEN HOUSE!!!

Banting kedua-duanya telah pun digantung di bangunan masing-masing, malah kerja penyelenggaraan RFC telah pun dijalankan. Bagi orang jakun & belum pernah cuba macam saya ni, tak sabar rasanya menunggu ianya siap, bila agaknya ye?? Tak payahlah melancong ke Kedah untuk merasa… heh!

Sekali lagi, klik logo tanda seru Yahoo! dan sebut “Yahooooooooo!”

%d bloggers like this: