Archive for the ‘kerja’ Category

Kadtun

Ketika sedang mencari idea dan mencuri masa rehat sendiri untuk rekaan kad, terpandang hasil aktiviti saja-saja masa tahun terakhir di universiti dulu:

Kreatif - tak semestinya seni, boleh jadi fantasi

Tazkirah & Muhasabah - dari sendiri @ orang lain

Syarat penyertaan mudah je, mesti tersenarai dalam list Y!M saya. Itu saja. Walaupun “orang” itu tak sedar tentang pertandingan yang aku buat, dia tetap dikira sebagai peserta secara automatik.

Seronok buat mende alah ni, sambil menghilangkan pening buat programming projek tahun akhir, sambil naik kapal selam baca macam-macam status menarik “peserta” Yuhuuuuuu!! Tahniah buat pemenang-pemenang masa itu.

p/s: Cik Tunang, reka grafik kad tema kartun boleh tak? Heheh!

Advertisements

Obbat tamo!

Kronologi ringkas:

minggu lepas dan lepas dan lepasnya

  • nak duduk kat meja kerja sendiri seminit pun tak sempat.
  • nak susun keutamaan kerja pun tak dapat.
  • nak balik awal? tak berjaya…

 

semalam

  • dapat siapkan kerja dgn yang diingini.
  • masih duduk dalam mesyuarat sampai tak makan tengah hari.

 

hari ini

  • pagi-pagi dah kejar BOS unit kewangan sendiri di Rebung. TK~
  • buat kerja proses data sambil bergegas buat kerja yang lain-lain (kontrak perjanjian, laporan 3 projek, dll)
  • tengah hari, kepala berdenyut-denyut.
  • balik pukul 5.45 ptg, agak awal dari biasa (malam).
  • sampai rumah…. saya pening. Rasam macam dah demam.
  • tadi buat kerja lagi sikit, pastu tak larat dah nak fikir.

Apa-apa pun, ALHAMDULILLAH…

 

takmo telan obbat!

 

Kerana Dia…

“Eh, dah masuk waktu…”

Jelas dinyatakan di dalam Surah Adz-Dzaariyaat, ayat 56-58 tafsirnya :

“Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-Ku, Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya dan Dialah sahaja yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh Kekuasaan-Nya”.

 

“Aku tengah keje ni.”

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Jumu’ah, ayat 10 tafsirnya :

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat”.

 

Kerana Dia…

Suatu hari ketika baginda Rasulullah S.A.W duduk-duduk dengan para sahabat, mereka terlihat seorang anak muda sedang bekerja dengan penuh bersemangat. Seorang sahabat lalu berkata,

“Kasihan anak muda itu. Alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya digunakan untuk fisabilillah.”

Mendengar ucapan itu, lalu Rasulullah bersabda,

“Jangan kamu semua berkata demikian, sebab orang itu kalau keluarnya dari rumah untuk bekerja bagi mengusahakan kehidupan anaknya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah. Jika dia berusaha untuk dirinya sendiri, tidak sampai meminta-minta kepada orang lain, itu pun fisabilillah. Tetapi kalau dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang dimilikinya atau untuk bermegah-megah maka itulah fisabilis syaitan atau kerana mengikut jalan syaitan.

(Riwayat At-Tabrani)

Semoga rezeki yang kita perolehi mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Amin Ya Rabbal’alamin.

Jawatan Kosong

Bismillahirrahmanirrahim~

[meluahkan perasaan]

Baru masuk, dah dipastikan pegang Operation & kerja baru (tak tahu apa mulanya) banyak kena buat… sebab orang lama nak pindah. (rujuk entri ini)

Belum sampai sebulan, sesi penyerahan Operation pun belum lagi… dah diajukan untuk pegang satu lagi – Project Manager – pun dalam sebulan budak tu nak pindah!

Ya Allah!!! Sebulan dapat satu jawatan.

Ada sape-sape nak kerja bahagian Geomatics tak?? Tempat kat Brickfield, Dijamin MENARIK!

mai tolong den!

Satu Peratus v1

Assalamualaikum…

Pra-Ogos

Waktu perantauan paling panjang & berterusan yang pernah aku lalui. Balik ke rumah asal, macam singgah di 7E… jejak sehari dan esoknya musafir lagi. Buat FYP, program sana-sini, kursus atas keinginan sendiri, konvokasi, dan bekerja hingga kini. Menghabiskan masa bukan di negeri sendiri.


Ogos Minggu 1

Mulakan hijrah ke alam kerjaya di TMTC, cuma sehari. Giliran kami tiada lagi latihan semasa bekerja. Dalam ramai-ramai, hanya dua orang saja termasuk aku, yang dilarikan jauh dari Ibu Pejabat Utama & bangunan jirannya. Luar biasa rasanya, asyik berada jauh dari tempat yang biasa & sentiasa perlu menghadapi sesuatu yang baru dengan berdikari. Semasa lapor diri di tempat kerja, sudah diujibakat. Tuan baru pulak awal-awal lagi dah beri galakan, cadangan dan cabaran! Mana tidaknya… kerja yang dipertanggungjawabkan hanya 1% dari yang dipelajari.

Eh? Kat sini ramai pekerja muda-mudi… senior & super senior MMU pun ada! Lepak je diorang semua~


Ogos Minggu 2

β€œBorak-borak la dulu… sambil-sambil tu ambil tahu apa yang ada kitorang buat kat sini. Very interesting!”

Ya, memang menarik pun. Bahagian yang aku sertai ni merupakan tunggak perjalanan sistem syarikat. Kami ialah pusat segala operasi. Ini bermakna, aku perlu berhati-hati & dengan pantas menghadam segala yang ada dalam bahagian ni. Tugas untuk aku yang sebenarnya ialah 24 jam, bukan 8 jam seperti yang diketahui umum kebiasaannya. Lambat tangkap, silap langkah… habislah segalanya. Oh ya! Waktu ni aku dah pun menjalani beberapa tugas penting yang perlu aku tahu. Kerap jumpa dengan Tuan pula boleh kata; β€œbiasalah…”


Ogos Minggu 3

Cuba teka apa pembaharuan minggu ini? Perjumpaan khas dengan Tuan lagi besar yang ada di tempat kerja, macam dah lama kerja. Mesyuarat pulak entah dah yang ke berapa… balik lambat selalu la jugak. Ada sebab kerja, ada sebab saja-saja… dan yang aku sendiri baru sedar, rupanya dah ada 5 fail besar dan tebal atas meja aku ni!! Percaya tak? 4 dah penuh, satu baru lagi & tebal satu fail bersamaan 3 kali ganda tebal fail untuk simpan sijil-sijil. Ala… yang orang selalu guna bawak pergi temuduga tu~ Korang bayangkan la sendiri ye, banyak mana yang aku dah lalui kerjanya… dan tentu sekali ada lagi banyak aku kena belajar. Baru 3 minggu masuk kerja… Heheh! Emel? Bertimbun! Alhamdulillah semuanya habis dibaca. Ye lah.. emel kerja kot~!

Aku sebenarnya nak berkongsi peringatan kat korang. Tapi tak sedap badan nak buat dalam entri ni… Ganas la jugak perkongsian aku tu. Takut rosak pulak kalau sekali kan dalam entri ni. Lain kali lah ye… (^.^)

p/s:
Aku tak puas hati sangat, tapi tengah puasa. Dosa yang ada pun dah
banyak... jadi tahan lah dulu amarah ni.

p/s 2:
Kat K.L. ni, aku dah rasa berbuka kat banyak tempat menarik... dalam
LRT, tempat letak motor, pejabat, bawah jejantas (kerana hujan masih
turun.. πŸ˜€ ) R&R lebuh raya & atas jalan raya.

p/s 3:
Sejak kerja ni, belum ada rezeki lagi yang buat perkara yang aku
letak kat kolum bahagian kanan blog ni (gambar bawah sekali).

p/s 4:
Kuala Lumpur mungkin sekali lokasi Aidilfitri tahun ni? Sesuailah
dengan lagu Allahyarham Sudirman... β€œDari Jauh Ku Pohon Maaf”.

01:01, 9 Ramadhan 1431H, bilikku hijau

ο»Ώ

MDeC + Huawei Job Camp

Assalamualaikum.

Ini jadual saya untuk tempoh sebulan, dari 0900 hingga 1700.
Itu pun jika TM tidak panggil untuk laporkan diri.

5 hari penuh!

Penat? Memanglah! Ada ke duduk-duduk je semua benda datang?
Memang jauh berjalan tapi inilah kehidupan, kalau nak, usaha!
Cakap panjang je tak guna, rasa sendiri baru orang percaya.
Tapi ada juga yangΒ  buat selama badak keras kepala…

Tak Terhingga

Asalnya entri lain, tajuk lain dengan isi yang lain. Tapi lepas berfikir 9 akal, entri yang sepatutnya untuk lepas geram & sakit hati itu ditukar, kerana aku tak mahu orang lain yang membacanya juga terjangkit. Walaupun berlainan sudah gaya bahasa, maksudnya tetap sama!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dilahirkan dalam keluarga yang sederhana,
mengajar aku untuk BERDIKARI mendapatkan apa yang aku mahu!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dilahirkan dari perut ibu yang penyayang,
mengingatkan aku untuk menjadi seorang anak yang TAAT!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
mempunyai abah yang tegas dalam hal-hal agama,
mendidik aku agar sentiasa ingat siapa TUHAN patut aku sembah!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dapat belajar di sekolah harian biasa sejak tadika,
memberi pengalaman berharga untuk menjadi yang pelajar BERDISIPLIN!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dapat belajar daripada guru-guru yang garang,
menunjukkan TANGGUNGJAWAB itu penting untuk dilaksanakan dengan AMANAH!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana diberi rasa susah dengan ujian dalam perjuangan,
tarbiyyah itu sangat penting untuk aku terus CEKAL, KUKUH, TETAP PENDIRIAN, BERANI dalam melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana diberi nikmat-nikmat yang bernilai di atas,
TIDAK ADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH SELAIN ALLAH!


Sakit hati aku bila tengok orang yang begini:

tahu benar tapi tak mahu yang benar,
tahu penting tapi tak dahulukan,
tahu perlu tapi tak lakukan,
bukannya mereka tak mampu, tapi MALAS!
banyak ilmu tapi semuanya disimpan, langsung tak buat macam ilmu yang dah diberi oleh Tuhan!
ada diantara yang hafal banyak dalil Al-Quran & hadis, tapi antara PERLU lwn TANGGUNGJAWAB pun tak tahu, buat MAIN-MAIN!


izinkan aku pergi ke bilik air... nak hambur kata-kata kesat!

I’m Not That Caring


Wah~~! Penatnye… nasib baik dah biasa buat kerja berat. Hari ni mula kerja sambilan kat M…. M….. You! Hehe~ selama seminggu ni bos aku ialah Kak Ngah. Big Boss? Makcik Shimah la, sape lagi. Paling mencabar ialah nak angkat air yang cuma 1/4 tong je, tapi…. ha~ nak tau macam mana susahnya nak angkat air tu boleh datang tolong, tengok je!

Lepas maghrib tadi, nak pergi ke Talk Bro. Lim bersama adik-adik baru. Oleh sebab jejak kaki ke kampus dah masuk Isyak, solat la dulu di Al-Irsyad… Habis solat je, “ter”sapa rakan Somalia, En. Hassan. Sejak dah habis ni, lama tak borak dengan dia, aku duduk la kejap ber”usrah”. Memang kegemaran berdua dengan dia berkongsi cerita, bertukar pendapat, mendengar luahan, mengenakan masing-masing dengan jenaka. Cerita yang dikongsi tak kira apa, asalkan terlintas & bermanfaat untuk dikongsi, termasuk politik. Percaya tak? Hassan pernah bertanya apakah kisah di sebalik kes Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir & Saiful Bukhari!

Hassan paling banyak cerita malam ni. Sebab dia baru balik dari USM Penang, ikut program pelajaran mengenai hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim – hadith Muttafaquna’laih, hadith yang paling tinggi martabat dan kesahihannya – tentang solat. Banyak yang kami kongsikan dan itu hanyalah muqaddimah kepada perkongsian lain. Sedar tak sedar, dah terlajak masa untuk ke program Bro. Lim…

Sampai kat Dewan Peperiksaan yang kali terakhir aku jejak ialah pada kertas peperiksaan terakhir 3 minggu lalu, nasib baik… program masih rancak. Kesimpulan ringkas, apa yang disampaikan telah didengari sebelum ni. Jadi, perhatian lebih tertumpu pada soalan-soalan yang dilontarkan adik-adik. Hm~~ menarik juga kerjasama yang mereka beri & antara soalan mereka ialah mengenai isu-isu semasa. Bagus!

Selepas program, menikmati santapan bersama ahli rumah tumpangan & seorang adik baru. Kat kedai makan, lebih banyak bergurau. Ok la… sebab sesi perkongsian sebenar yang dirancang akan berlaku pada malam esok, selepas sesi bersama USTAZ HASRIZAL dalam program MISS’10. Jika malam esok aku masih hidup, ia akan jadi kali ke-2 aku berprogram bersama Ustaz.

saifulislam.com

Tunggu~~

Sama!


Tahun 2005. Waktu permulaan aku masuk MMU. Di semester ke-3 Alpha, adalah waktu aku melakukan pelbagai tugas menjelang waktu peperiksaan akhir. Multi-tasking. Kelam-kabut sedikit, maklumlah… baru dengan jenis tugas yang diberi. Tapi aku dapat bertahan & sempurnakan semua tugas. Hanya pada DIA saja tempat aku berehat & meminta. Keputusan peperiksaan selepas itu pun sangat menggalakkan. Alhamdulillah…

Tahun 2010. Sekali lagi aku berdepan dengan tugas yang pelbagai. Seminggu saja lagi sebelum peperiksaan akhir aku di MMU. Subjek semester akhir Epsilon memang mencabar, susah tu tentulah… mana ada yang senang. FYP & assignment alhamdulillah baru aku selesaikan. Dan tugas yang diterima dengan status pelajar tahun akhir ini juga… memerlukan semangat, komitmen & pendorong yang lebih kuat (siapa? / apa?) untuk melepasinya.

Mula & akhir, sama!

Mampukah aku ulang seperti pada tahun 2005?

sedangkan aku baru seri 1-1 dengan masalah siang tadi?

dan…

panjangkah lagi umur aku untuk tugas kali ni?

adakah malam terakhir bagi aku untuk segala yang lain?


Belum lagi

untuk adik-adikku:


kita harus tabah dan bersedia

cekal hadapi kemungkinan yang tiba

kadang-kala yang berlaku

di luar kemahuan kau dan aku

jangan lantaran kegagalan

kita bertentang saling bermusuhan

ungkit-mengungkiti

sakit-menyakiti

memusnahkan diri


p/s: 
bukan tak mahu beritahu yang nyata,
tapi itulah yang manusia biasa tak dapat terima.
%d bloggers like this: