Tak Terhingga

Asalnya entri lain, tajuk lain dengan isi yang lain. Tapi lepas berfikir 9 akal, entri yang sepatutnya untuk lepas geram & sakit hati itu ditukar, kerana aku tak mahu orang lain yang membacanya juga terjangkit. Walaupun berlainan sudah gaya bahasa, maksudnya tetap sama!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dilahirkan dalam keluarga yang sederhana,
mengajar aku untuk BERDIKARI mendapatkan apa yang aku mahu!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dilahirkan dari perut ibu yang penyayang,
mengingatkan aku untuk menjadi seorang anak yang TAAT!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
mempunyai abah yang tegas dalam hal-hal agama,
mendidik aku agar sentiasa ingat siapa TUHAN patut aku sembah!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dapat belajar di sekolah harian biasa sejak tadika,
memberi pengalaman berharga untuk menjadi yang pelajar BERDISIPLIN!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana dapat belajar daripada guru-guru yang garang,
menunjukkan TANGGUNGJAWAB itu penting untuk dilaksanakan dengan AMANAH!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana diberi rasa susah dengan ujian dalam perjuangan,
tarbiyyah itu sangat penting untuk aku terus CEKAL, KUKUH, TETAP PENDIRIAN, BERANI dalam melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan!

Aku bersyukur tak terhingga kepada Allah,
kerana diberi nikmat-nikmat yang bernilai di atas,
TIDAK ADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH SELAIN ALLAH!


Sakit hati aku bila tengok orang yang begini:

tahu benar tapi tak mahu yang benar,
tahu penting tapi tak dahulukan,
tahu perlu tapi tak lakukan,
bukannya mereka tak mampu, tapi MALAS!
banyak ilmu tapi semuanya disimpan, langsung tak buat macam ilmu yang dah diberi oleh Tuhan!
ada diantara yang hafal banyak dalil Al-Quran & hadis, tapi antara PERLU lwn TANGGUNGJAWAB pun tak tahu, buat MAIN-MAIN!


izinkan aku pergi ke bilik air... nak hambur kata-kata kesat!

5 comments so far

  1. KekTi on

    Hai, utk kakak yg penyayang ni tak de ke. teringat dulu kecik-kecik jatuh basikal, begolek-golek dgn bang rahim, jadi org juga adik bongsu kakak ni.

    • aMeL on

      dulu bukan orang ke? bile masa plak la orang bergolek-golek bak tenggiling nie??

  2. hananhamzah on

    Walau apa pun hari2 yang dilalui, Sabar, Tabah dan muhasabah… Tak terjagkau nikmat dan rahmat Allah bila kita berfikir dan terus berfikir hikmah ujian penebus dosa..
    Teruskan perjuang anakanda!

    • aMeL on

      ye, baik cikgu~ (^^)
      terima kasih…
      keluarga sihat ye?

  3. KekTi on

    aiyooo,,, tingginyeer bahasa x paham lah – aisyah
    hehe…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: