Ku Penatan

Malam semalam rakan rumah kemalangan, tergelincir motor di selekoh “jambatan pulau pinang”… Ku bergegas ke sana, tak jumpa… rupanya dah di PPUM. Ku bergegas lagi ke PPUM, huuuu sejuk betul penghawa dingin PPUM ni. Dia OK, luka terseret di kaki. Aku pun tunggu la dia buat rawatan. Dan aku pelik, pehal pesakit disuruh masuk ke bilik rawatan pastu tak sampai seminit dah keluar, pastu suruh masuk balik, kejap je, keluar dah, pastu masuk-keluar, masuk-keluar. APEHAL??

Tunggu lama, masuk sekejap je. Kalau kena makcik/pakcik tua macam mana? (ada seorang makcik malam tu). Tak pasal-pasal bertambah sakit pinggang & kaki pulak asyik bangun-duduk-jalan, kan kasihan…

Lagi best, masa masuk lama tak keluar-keluar ingatkan tengah berjalan rawatan, rupanya… “Doktor tak sampai lagi“. Cessss! Ku tertipu. Baik orang lori sewa datang… ada aktiviti sikit, zroommmm bergegas angkut motor di tempat kemalangan balik ke rumah. Yang bawak lori tu pulak memang seorang drebar yang baik hati & bertimbang rasa. Sebab dia lah BOSS syarikat lori tu, lulusan universiti di Jerman lagi~ (ada bukti ye….)

Pastu balik PPUM, tak siap lagi. Tak taulah doktor dah sampai ke belum. Sambung menunggu… dalam kelaparan. Lebih kurang pukul 3.25 pagi,  member sakit telefon;

Aku:Dah siap ke?”

Member:Belum, ko balik lah dulu.. sebab dia cakap lama lagi ni (apa yang lama aku pun tak tau). Dalam pukul 7.00 pagi besok baru siap

Aku:Haaaahhhh??!!! Laa…

…dan aku pun takde pilihan lain, PPUM tak sediakan bilik menunggu untuk tetamu berehat, jadi aku pun balik la rumah. Penat.. Ku sangat penat akibat menunggu sesi rawatan yang ajaib kaedahnya malam itu. Sampai rumah dah pukul 4.00 pagi, sistem penggera telefon bimbit pun dah berbunyi… (tak bangun malam la nampaknya).

~ berhati-hati di jalan raya, melainkan sedang berlumba di litar lumba ~

p/s: saya dah biasa merempit, takpe.😛

3 comments so far

  1. mutiara on

    “p/s: saya dah biasa merempit, takpe.” – berhati2 di jalan raya..igtlah org yg tersyg😛

  2. KekTi on

    ooo…….. ,merempit ya…….

    • aMeL on

      takkan baru tahu? Sejak sekolah lagi…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: