Di mana “Shababah”?

Assalamualaikum…

Sudah terlalu banyak gerakan Islam yang muncul masa ini. Masing-masing membawa visi & misi tersendiri, mempunyai manhaj yang berlainan, tetapi jika dilihat dari objektif mereka… sama saja walaupun susunan ayat berbeza, berkias dan berbunga.

Lihat saja contoh di negara ini:

JIM
PAS
GAMIS
TABLIGH
PKPIM
ABIM
HALUAN
RUFAQA’
ISMA

Dukacita, hanya kerana sedikit perbezaan lalu timbullah perpecahan. Berbeza cara pergerakan dalam solat, berbeza cara menyambut Aidilfitri & Aidiladha, berlainan gaya memberi salam, pakaian, taraf pendidikan, maka muncul dan terbinalah jurang pemisah yang jelas di kalangan pengikutnya. Saya ulangi, masalah tidak timbul dari apa dia gerakan Islam itu, tapi datang DARI KALANGAN PENGIKUTNYA!

Di mana “Shababah“, cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhuwwah Islamiah? Di mana cinta tahap ke-4 ini yang meminta sebuah kesabaran untuk menerima perbezaan dan melihatnya sebagai satu hikmah berharga?? Tidak perlu dipaksa untuk menyamakan perbezaan, yang perlu cuma pengertian & pemahaman. InsyaAllah dengan adanya “Shababah“, segala perbezaan dapat diterbalikkan menjadi kekuatan bagi ummah. Perlunya cinta ini, sebagai satu usaha untuk mencipta ketenangan hubungan dalam tubuh umat Islam yang satu!

Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Perumpamaan orang-orang beriman dalam erti kasih sayang, belas kasihan dan bertimbang rasa sesama mereka seperti tubuh yang satu iaitu apabila mana-mana anggota badan berasa sakit maka seluruh tubuh yang lain turut berjaga malam dan menanggung kesakitan.

(Hadis riwayat Muslim)

Akhirnya, kita semua sujud ke arah satu kiblat yang sama…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: