Salam World!

Nothing much to say just to let YOU know, this is my new Weblog… Keep in touch!
Friendly Reminder
About 10 years ago, my little friends once asked me a strange question, “How do you know that?”. I replied, “Know what?”. Then they explained… but I couldn’t get what were they talking about. Even the teachers said I am different at certain time. Since I don’t remember anything different at all, we just let it go.
Five years after that, it happened again. Random, but often and longer. Only at that time, I realized… something was different. Even when the counselor wanted me to tell what was it… I can’t because I also didn’t know. Until one day, when someone got hurt!
I checked, I searched every possible cause. It turns out that it was really me. Not even think that I have MPD (or DID). The above two incidents was the first two, but ‘they’ were not the same . Why “first two”? Because they said, I might (they were not sure) have another one, it means I have three other ‘me’ resting inside. They predicted the last ‘me’ would likely calm as normal, but cannot control what ‘he’ will do.
Immediate precautions had been taken. It took about two months for me to seal ‘them’ from going out. It worked, with no guarantee how long it could hold.
Now another five years had past. I know, soon enough, ‘he’ will come out once more. I don’t know when, I don’t know where, I don’t even know who it will be. I just don’t want anything bad happen. So please… if you see ‘me’ acting not like me at all, get away very very very far from my side!
Selamat Menyambut Aidil Adha 1430H
Alhamdulillah… bersyukurlah kita kerana masih diberikan roh (nyawa) untuk terus hidup sebagai hambaNya hari ini. Pertandingan Status YM Terbaik pun telah berjaya dijalankan semalam, walaupun dugaan capaian gelombang tanpa wayar (wireless broadband) yang kejap ade kejap takde terpaksa dihadapi.
Sebelum mengumumkan nama pemenang, sedikit perubahan akan dilakukan kepada tarikh pertandingan. Tempoh pertandingan terpaksa dipendekkan sehingga esok, Khamis (26 NOV 2009) sahaja. Alasannya kerana kekangan masa pada Jumaat malam itu nanti, dikhuatiri akibat sibuk dengan keluarga saya tidak dapat memberikan perhatian yang cukup pada laptop saya ni….
Baiklah, pemenang untuk kategori TAZKIRAH @ MUHASABAH ialah…
Marah sungguh nampaknya Izzah malam tadi. Semoga hatinya telah kambali sejuk dengan air wuduk tersebut…
Mati! Pernahkan anda memikirkan tentangnya? Sudah cukupkah amalan kita semua? Pesan Imam Ghazali, “Perkara yang paling dekat dengan diri manusia itu adalah kematian.”
Untuk kategori KREATIF pula, yang berjaya ialah…
Ya~ hebat saudara Fakhru boleh berbaring di dinding. Terlalu penat berpuasa agaknya tu… Tapi, mengingatkan saya untuk berpuasa hari ni.. terima kasih!
Yang ni paham-paham sendirilah… sampai jari tertusuk hidung nak tunjuk diri sendiri tuh~
Tahniah untuk semua pemenang!!! Hadiah akan diagihkan pada minggu depan. Pemenang yang berada di luar MMU Melaka, sila tinggalkan alamat pos di ruangan komen untuk proses penghantaran.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan…
~(^.^)~ Salam Aidil Adha ~(^.^)~
kepada semua pembaca & kawan-kawan sama ada yang dapat balik ke kampung ataupun tidak… terutamanya member serumah kat Melaka nun. Jaga kucing hamba baik-baik yer~~ heh!
Pertandingan di Yahoo! Messenger…
Assalamualaikum~
Baru-baru ni asyik bercakap tentang hadiah je kan?? Bulan lepas dapat hadiah (Alhamdulillah~), minggu lepas lihat orang lain memberi hadiah, semalam pulak ajak orang merebut peluang dapatkan hadiah.
Haaa~ kali ni saya sendiri pulak nak beri hadiah! Yelah, petang ni insyaAllah akan balik ke kampung halaman (bestnye!!
) untuk sambut Aidiladha… Bila kat kampung, selain berkebun rasa-rasa ape yang kita selalu buat? Tido? Makan? Jalan-jalan?? Betul! Tak nafikan semua tu.
Jadi sementara menunggu kedatangan Aidiladha… saya nak buat satu pertandingan. Jeng jeng!!!
“PERTANDINGAN STATUS Y! MESSENGER TERBAIK”
Pertandingan ni terbuka untuk semua sahabat-sahabiah, adik-adik, abang, kakak, saudara & saudari yang berada dalam senarai Yahoo! Messenger saya. Dengan itu, ia bermaksud pertandingan ini dijalankan melalui YM!!
Hanya ada 2 kategori iaitu:
Kategori TAZKIRAH @ MUHASABAH
Kategori KREATIF
– 2 pemenang akan dipilih untuk setiap kategori -
Bagaimana caranya?? Mudah saja. TAK PERLU pendaftaran, maka TIADA yuran dikenakan. Anda hanya perlu online di Y! Messenger & paparkan di status masing-masing bersesuaian mengikut salah satu kategori di atas. Gambar di status boleh juga digunakan untuk membantu anda.
Pertandingan bermula dari hari RABU, 25 NOV 2009 hingga JUMAAT, 27 NOV 2009 KHAMIS, 26 NOV 2009 . Saya tahu & sedar, ramai dikalangan sahabat-sahabiah saya yang sibuk di siang hari & di awal waktu malam. Ada yang keluar mencari rezeki, menuntut ilmu, beriadah & bersukan, berjalan-jalan (?), berprogram, bermesyuarat dan sebagainya. Maka waktu pertandingan adalah dari 7.00 malam sehingga 2.00 pagi.
Saya akan melihat & memeriksa status anda semua. Tak perlu ditunggu untuk saya ONLINE. Saya mungkin memerhati secara INVISIBLE. Ikut saja waktu yang telah ditetapkan! Para pemenang setiap hari akan dipaparkan keesokan harinya di weblog ini. hadiahnye ada~ insyaAllah. Jadi, tunjukkan bakat anda semua!
PERTANDINGAN DIMULAKAN!!!!
p/s: kepada sesiapa yang ingin menyertai tapi tiada dalam senarai Y! Messenger saya, bolehlah tambahkan saya, ID: amel036yippee
Siapa nak HADIAH? CEPAT!!
Assalamualaikum~
Dah seminggu batuk-batuk, tak sembuh-sembuh lagi… sakit dada ni menahan tiap kali. Allahuakbar~!
Baru aje buka blog ~Kak p00h~. Ada satu pertandingan BEST yang dianjurkan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ape PTS? Siapa PTS? Boleh klik SINI.
Saya pasti peraduan ini menarik minat ramai golongan terutama yang minat membaca. Apa yang menariknya??? Haaa~ begini kawan-kawan & pembaca…
Sempena “KEMPEN MEMBACA MUSIM CUTI SEKOLAH”, PTS menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik melalui peraduan yang akan bermula dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010… lama tu!! Antara informasi tentangnya:
“Peraduan ini disasarkan kepada golongan pelajar sekolah dan remaja sempena musim cuti sekolah. Ia juga terbuka kepada semua individu yang berusia 7 tahun ke atas. Ini bermaknanya, golongan dewasa, ibubapa, warga emas juga berpeluang menyertai peraduan ini.
Banyak hadiah menarik disediakan untuk para pemenang. Saya pasti golongan sasar iaitu pelajar dan remaja menyukainya. Antara hadiah yang menanti mereka ialah telefon bimbit jenama Nokia dan Sony Ericson, PSP, PS2, iPod, Nintendo, kamera digital, netbook, dan lain-lain. Selain itu, setiap pemenang hadiah mingguan turut akan menerima buku-buku terbitan PTS bernilai RM100 setiap seorang.”
Nak tahu lebih lanjut? Klik imej di bawah.
Tunggu ape lagi? Jom cepat!! Saya pun kena cepat juga~ heheh!
Mabruk Ya Akhi!
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Hari ini aku menyaksikan satu peristiwa yang hebat pertama kali secara langsung di depan mata
menjadi PENGAJARAN buat diriku, agar sentiasa WASPADA
menjadi PERINGATAN buat diriku, agar sentiasa SEDAR
menjadi PEMANGKIN buat diriku, agar sentiasa BERANI
kerana PERKARA YANG BENAR
kerana ISLAM YANG SUCI & SEMPURNA
TAHNIAH SAHABATKU!
SYABAS ABANGKU!!!
kerana engkau bukan sahaja MENYERU kepada yang MA’ARUF
malah MENCEGAH dari yang MUNGKAR!!!
MABRUK YA AKHI!!!
kerana berjaya menghalang kemungkaran di depan matamu.
Memang tidak cukup ruang ini untuk aku mengagumimu,
Memang tidak dapat aku tandingi kemampuanmu sekarang,
Moga usahamu itu menjadi pembuka hati bagi mereka yang mendengar & menyaksikan…
Moga semangat berani kerana benarmu itu dapat aku contohi sedikit masa lagi…
ALHAMDULILLAH
Tersenyum sendirian… (^.^)
Wahid: Plaza Siswa
Makan, makan, makan, makan, makan, bual, cakap, minum, sembang, rehat…
A: “ok, jom! Ko ade kelas eh? Kitorang balik dulu arr…”
N: “ok. Chow!”
A: “Eh? jap, W… jap!!” chi-chiutt! (bunyi kamera). “okeh, jom! Haha!!”
N: “ko watpe?”
A: “nah, tengok ni… sedappp je berpeluk. Nenyak tol adik-beradik neh.”
W: “haha!!”
Isnain: Rumah
Z bawak balik sekor kure-kure yang hampir dilanggar ‘kotak besi bergerak’ atas jalan. Pastu memasang impian nak bela… ok la tu. Rumah die Z bagi sangkar yang diisi air. Cuma satu je masalahnye, die dah besar & membesar di habitat semula jadi. Apa yang terjadi? Kure-kure tu merajuk tanak makan~, tanak jalan~, tanak kuar kepala langsung! Bila di letak kat luar sangkar, aktif! Laju jek die jalan… cari pintu. Tapi dek kerana pintu ade grill, kure-kure tu takleh keluar. Pernah tersangkut kat celah grill. Kesian die… lalu die duk termenung je kat depan pintu. Tapi akhirnya, Z mengalah gak… lalu semalam kure-kure itu mendapat kebebasan di sebuah taman yang indah…
Selamat tinggal kure-kure~
Salasa: Rumah
Awal bulan, sekor kucing comel menjadi ahli keluarga baru. Manjaaaa~ sangat! Pegang ekor, gengggam kaki kuat-kuat, tarik-tarik misai die pun tak pernahnye nak gigit balik. Malam kelmarin, lepas bagi die makan aku tido (dah pukul 2.00 pagi masa tu..).
Aku tido atas sofa jek sebab atas katil ade kain baju tak berlipat lagi. Pastu die pun ikut naik. Tido atas badan aku. Mula-mula okeh la… die baring manja kat sebelah, sambil kepala dengan kaki depan die dok atas perut aku. Pastu tah cemane, lepas lama sket die pindah ke bawah kaki aku plak. Aku fikir mungkin aku terhimpit die kot~ tu yang die tukar tempat. Masalahnye… hadoo~~ die sedapp jek tido kat celah kaki, mengambil ruang yang besar lagi selesa. Aku gerak kaki sket je, die respon. Mengiau, mengeliat la, tukar posisi macam-macam. Sampai la ke pagi! Dah…. akhirnye kaki aku yang sengal-sengal sebab tak boleh bebas bergerak… ai~
Arba’a: Tepi jalan
Dalam perjalanan pulang dari perbincangan ilmu. Berbual sekejap dengan Encik N & rakan-rakan.
Encik N: “Sape tau baca bahasa Cina?”. Aku angkat tangan separuh. “haa.. nah! hadiah…”
A: “Allah~! Err… terima kasih”.
Monolog kalbu: Aiyoo~ aku pandai cakap-cakap harian je. Ni tahap advance dah nih!
Syukur Alhamdulillah la… mungkin ade hikmahnye tu. Nak suruh amik Advance Learning Mandarin kot? InsyaAllah kalau ader niat di hati ni…
Mintalah “dibesarkan”…
“Haih~ lepas satu, satu masalah datang. Tak tau dah macam mana nak buat…………………” panjang keluh seorang sahabat yang juga adik. Sengaja tak ditulis.
Dia seorang yang tabah, rajin, berkomitmen tinggi, sanggup berkorban untuk yang hak, ilmunya juga tinggi, ada prinsip dan berpegang kuat pada prinsip itu. Dia juga tegas sedikit, tetapi bukan keras. Tetapi ujian yang menimpa terlalu banyak baginya. Malah dirasakan sangat berat untuk dipikul seorang diri. Akhirnya ujian-ujian itu menggoyah prinsip diri yang selama ini kukuh dipertahankan.
Sedih juga, melihat keadaannya yang sebegitu. Risau juga, kalau-kalau dirinya semakin jauh tenggelam ke lembah hampa, semakin jatuh terduduk di dasar putus asa. Sudah acap kali juga aku dan sahabat-sahabat lain cuba membantu. Tapi mungkin solusi yang ditemui belum cukup untuk mengurangkan resah dan beban yang ditanggung.
Aku sebenarnya malu. Cukup malu setiap kali dia meluahkan rasa tidak senang hatinya. Kerana di antara sahabat-sahabat yang membantu, akulah yang paling sedikit. Akulah yang paling kurang memberi. Akulah yang paling tidak memahami masalah serta keadaan dia yang sepatutnya diketahui sebagai seorang abang kepadanya.
Duhai adik,
Sesungguhnya kamu seorang yang bertuah. Jangan dipinta kecilkan ujian yang menimpa, tapi pintalah “dibesarkan” iman untuk menghadapinya! Di sisi Allah, kehebatan seseorang diukur oleh kebesaran ujian yang dihadapinya. Semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang.
Masih ingat lagi di akhir Surah Al-Hajj, ayat 77 & 78? Nah, aku ingatkan kembali untuk diriku sendiri, untuk kamu wahai adik, untuk sahabat-sahabat kita dan seluruh umat Islam:
“Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.”
[Ayat : 77]
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dia telah memilih kamu dan Ia tidak menjadikan atas kamu menanggung susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu orang Islam semenjak dahulu, dan di dalam Al-Qur’an ini, supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu dirikanlah salat, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.”
[Ayat : 78]
Niat + Ikhlas
Terjemahan:
Dari Amir al- Mu’minin Abu Hafs Umar Ibn Khattab radiallahu ‘anh, katanya: Aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.
Hadis ini diriwayatkan oleh dua Imam hadis iaitu Abu ‘Abdullah Muhammad Ibn Ismai’l Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (Imam Bukhari) dan Abu al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi (Imam Muslim) dalam kitab sahih keduanya, iaitu kitab yang amat sahih di antara segala kitab yang pernah disusunkan.
Niat
Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW bersabda bahwa “Hanya segala amal adalah dengan niat.” Niat merupakan perkara pertama untuk kita bertindak melakukan sesuatu. Niat dari segi bahasa bermaksud qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati). Menurut istilah syara’, niat bermaksud tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahNya. Dengan adanya tujuan yang lahir dari hati barulah kita mempunyai kehendak untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal.
Niat seseorang juga boleh terbahagi kepada dua sama ada baik atau jahat bergantung kepada arah tujuan dan ketentuan maksudnya. Setiap apa yang diniatkan oleh seseorang itu tidak kira baik atau jahat, akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah diniatkan. Menurut pendapat para ulama’, terdapat perbezaan amal ibadat dengan adat atau rutin yang dilakukan setiap hari:
- Duduk di dalam masjid kerana beriktikaf dengan berehat atau mandi kerana kewajipan syara’ dengan mandi kerana kebiasaan adalah sama keadaannya. Tetapi yang menbezakan adalah niat.
- Solat dan puasa yang wajib adalah sama keadaannya dengan solat dan puasa sunat, kerana semuanya merupakan ibadah. Apa yang membezakan antara jenis & martabatnya ialah niat atau qasad orang yang melakukannya.
Ikhlas
Solat yang wajib yang didirikan dengan niat hanya kerana Allah dianggap sah, diterima serta akan diberikan ganjaran baik yang setimpal dengannya. Inilah contoh yang dinamakan ikhlas dalam mengerjakan sesuatu amalan. Keikhlasan dalam melakukan apa jua perkara memang diakui amat sukar untuk dicapai. Namun amalan yang ikhlas inilah yang diperintahkan Allah dalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud:
“Dan tidak diperintahkan mereka melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama keranaNya, dengan menjauhi kesesatan, dan (supaya) mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat, kerana yang demikian itulah agama yang lurus.”
Amal juga tebahagi dua iaitu amal yang ikhlas dan amal yang tidak ikhlas. Imam Nawawi memberi keterangannya mengenai amal disertai dengan niat yang baik, telah berkata bahawa amal ini ada tiga bahagian:
- Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.
- Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.
- Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seseorang yang masih dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.
Kesemua bahagian amal di atas merupakan amal ibadat yang ikhlas, hanya berlainan kerana terletak pada bahagian-bahagian yang berbeza. Saya percaya, di dunia ini terdapat ramai manusia yang melakukan amal dengan ikhlas tergolong dalam bahagian yang ketiga. Amat sedikit sekali yang beramal tergolong dalam bahagian yang pertama.
Kesimpulannya, niat yang terselit dalam hati itulah punca yang menentukan balasan atau akibat sesuatu amal atau perkerjaan. Akan baik amal seseorang itu jika baik niatnya, jahat dan buruklah amal itu jika niatnya jahat sekalipun pada zahirnya amal itu baik. Ketahuilah, amal ibadat yang baik dan ikhlas merupakan satu jalan yang membolehkan sekiranya kita berdoa memohon hajat, insyaAllah hajat tersebut akan dikabulkan seperti mana yang kita hajatkan, malah mungkin lebih dari itu.
7 tanda keikhlasan
Niat
Hanya kerana Allah
Mengharapkan rahmat dan belas kasihan Allah
Dengan kerelaan sendiri
Untuk kebaikan
Dilakukan dengan bersungguh-sungguh
Rasa tanggungjawab
Ape? Salah ke??
Yang di udara
Yang di darat
Berbahasa watak seorang jaga Benggali dalam Seniman Bujang Lapok, Mr. Singh:
“Lu punye nasib (rezeki) lu makan, dia punya nasib dia makan. Apa salah ke makan sama-sama?”
Masing-masing punya kelebihan. Pilihan anda?
p/s: nak gelak pun boleh…
Comments (15)
Comments (4)
Leave a Comment














