Pertandingan di Yahoo! Messenger…

Assalamualaikum~

Baru-baru ni asyik bercakap tentang hadiah je kan?? Bulan lepas dapat hadiah (Alhamdulillah~), minggu lepas lihat orang lain memberi hadiah, semalam pulak ajak orang merebut peluang dapatkan hadiah.

Haaa~ kali ni saya sendiri pulak nak beri hadiah! Yelah, petang ni insyaAllah akan balik ke kampung halaman (bestnye!!😀 ) untuk sambut Aidiladha…  Bila kat kampung, selain berkebun rasa-rasa ape yang kita selalu buat? Tido? Makan? Jalan-jalan?? Betul! Tak nafikan semua tu.

Jadi sementara menunggu kedatangan Aidiladha… saya nak buat satu pertandingan. Jeng jeng!!!

“PERTANDINGAN STATUS Y! MESSENGER TERBAIK”

Pertandingan ni terbuka untuk semua sahabat-sahabiah, adik-adik, abang, kakak, saudara & saudari yang berada dalam senarai Yahoo! Messenger saya. Dengan itu, ia bermaksud pertandingan ini dijalankan melalui YM!!

Hanya ada 2 kategori iaitu:

Kategori TAZKIRAH @ MUHASABAH

Kategori KREATIF


– 2 pemenang akan dipilih untuk setiap kategori –

Bagaimana caranya?? Mudah saja. TAK PERLU pendaftaran, maka TIADA yuran dikenakan. Anda hanya perlu online di Y! Messenger & paparkan di status masing-masing bersesuaian mengikut salah satu kategori di atas. Gambar di status boleh juga digunakan untuk membantu anda.

Pertandingan bermula dari hari RABU, 25 NOV 2009 hingga JUMAAT, 27 NOV 2009 KHAMIS, 26 NOV 2009 . Saya tahu & sedar, ramai dikalangan sahabat-sahabiah saya yang sibuk di siang hari & di awal waktu malam. Ada yang keluar mencari rezeki, menuntut ilmu, beriadah & bersukan, berjalan-jalan (?), berprogram, bermesyuarat dan sebagainya. Maka waktu pertandingan adalah dari 7.00 malam sehingga 2.00 pagi.

Saya akan melihat & memeriksa status anda semua. Tak perlu ditunggu untuk saya ONLINE. Saya mungkin memerhati secara INVISIBLE. Ikut saja waktu yang telah ditetapkan! Para pemenang setiap hari akan dipaparkan keesokan harinya di weblog ini. hadiahnye ada~ insyaAllah. Jadi, tunjukkan bakat anda semua!

PERTANDINGAN DIMULAKAN!!!!


p/s: kepada sesiapa yang ingin menyertai tapi tiada dalam senarai Y! Messenger saya, bolehlah tambahkan saya, ID: amel036yippee


10 comments so far

  1. kucing kelabu on

    miawww..saya pun nak join,tapi saya xdak laptop

    • amel036yippee on

      en/cik kucing kelabu…

      xdak laptop bukan masalah. Desktop pun boleh… malah apa2 saje medium/alat spt hp, iPhone, PSP boleh diguna asalkan anda boleh Online di Y! Messenger. Termasuklah Cyber Cafe.
      Masa pertandingan ialah 7 jam. Lama kan? Dapat Online 2 jam pun jadi.. asalkan saya dapat lihat status anda.🙂

      p/s: tp anda siape??😛

  2. Zinnirah Al Jannah on

    Wah! Menariknya~ Hadiah boleh demand ek?😛 esok malam je peluang untuk saya. Da balik ganu, xde intenet. Tapi, kene kasi pecah kepala fikir yg kritis & kreatif. huh!😀

    • amel036yippee on

      tak mencuba pun malam tadi?
      sibuk berkemas nak balik yer~?

  3. Meow on

    wahh..kamel..menarik pertandingan ni..ehehe..

    • amel036yippee on

      meow!😛

  4. aNfaLafNa on

    menarik2!tp anfal x rase anfal cukup kreatif tuk j0in :p

    • amel036yippee on

      belum cuba/try/test belum tau~
      tak yakin kreatif, untuk kategori Tazkirah pun ade…

  5. s.g on

    saya menang pawar rut.mane adiah saya.haha

    • amel036yippee on

      aku nak bg dalam kelas semalam… tp ade sesuatu tertingal. Ari khamis insyaAllah dapat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: