Sori pakcik!

Pada suatu petang yang menarik (sebab cuaca cerah), aku menunggang motor berjalan-jalan menuju ke sawah. Tentulah berseorangan… dah tak ada kucing nak bawak sama.

Hijau pemandangan, fuh~~~ aman! Besar & jambunya bunga teratai, sungguh banyak dan damai! Sungai yang penuh ikan, tapi tak bawak batang pancing sebab nak jalan-jalan aje. Air parit di tepi sawah yang jernih… memanglah sebab dah tak ada kami-kami ni yang suka berkubang!

Puas pusing kawasan sawah padi, aku pun balik ikut jalan keluar yang bersambung dengan kebun bapak aku & sebuah taman perumahan. Teringin nak singgah kedai kejap, beli air minuman & jajan.

Sampai kat satu simpang, ternampak seorang pakcik, bersongkok agak lusuh, melambai-lambai ke arah aku minta berhenti. Aku tak kenal pakcik ni, tapi selalu nampak dia naik basikal. Tapi hari ni basikal dia takde bersama…

Rider motor: “Nak g mane pakcik?”

Pakcik: “Nak ke kedai depan.” Pakcik tu jawab dengan nada yang hampir-hampir tak keluar suaranya. Kedai depan ialah kedai yang aku nak pergi jugak kat kawasan taman perumahan tu.

Rider motor: “Ok, jom.” Aku pun memecut motor dengan perlahan & sopan.

Sampai kat kawasan kedai, aku turunkan dia. Aku pun turun sekali la… tapi pakcik tu tak masuk kedai yang sama aku nak pergi. Mana dia pergi, aku tak kisah. Janji aku dah tumpangkan dia ke destinasi. Dipendekkan cerita, lepas keluar kedai & hidupkan motor je, aku ternampak sesuatu yang melonjak-lonjakkan aku punya rasa tak puas hati, menyesal gile, rasa nak sebut “CILAKE” kuat-kuat je. Nasib baik aku tengah pegang motor. Kalau tengah pegang bola golf, mau je aku baling kat sasaran!!

Rider motor bermonolog dalaman: “HAMPEH ko pakcik, aku kasi ko tumpang sebab kesian kan ko nak jalan kaki jauh-jauh ke kedai, boleh plak ko masuk kedai 4D beli nombor ekor?! Pakai songkok pulak tu!

Lepas tu aku nampak pakcik tu melambai-lambai kat aku lagi. Aku pun sengaja lalu depan dia cakap (dalam hati): “SORI PAKCIK! TAK SENANG!

Dan sampai ke hari ni, kalau aku nampak pakcik tu nak tumpang lagi je, aku akan buat-buat tak nampak @ memecut dengan lebih laju dari sebelum ini. Huh!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: