Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

sambungan dari laman IUFC – Doa Rabitah.

Intisari maksud doa rabitah:

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan):-

(Sifat-sifat Hati)

  • berkumpul kerana mengasihiMu,
  • bertemu kerana mematuhi perintahMu,
  • bersatu memikul beban dakwahMu,
  • hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;

(Didikan Hati)

  • maka eratkanlah ikatannya,
  • kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
  • tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar;

(Bekalan Hati)

  • penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
  • lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
  • dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;

(Amalan Hati)

  • suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
  • jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.

Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.


p/s:
amalkan setiap hari (pagi/petang) jika mampu,
usahakan yang termampu (pagi/petang) jika tidak setiap hari...

4 comments so far

  1. ~mIsS_p00h~ on

    Dulu, dalam 1 usrah, ada senior tanya, macam mana ustaz handle anak-anak? Ustaz selalu kuar, macam mana nak kekalkan hubungan dengan anak-anak?

    Jadinya, ustaz jawab, masa baca doa Rabitah, bahagian yang: Fawathiqillahumma rabitotaha, maksudnya; Maka eratkanlah ikatannya…

    Ustaz pesan, kita bayangkan wajah orang-orang yang ingin kita eratkan lagi ikatannya~

    Itulah yang ustaz amalkan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak walaupun berjauhan.

    • aMeL on

      terima kasih untuk perkongsian…

      • sobri on

        terima kasih..mohon copy

        • aMeL on

          silakan. 🙂


Leave a comment