Dan sabar lagi…

…Assalamualaikum…

SEHARI SELEPAS BALIK KAMPUNG

Uh… huh? Hujung minggu kali ni tak pergi bersenam dengan buah-buah sawit. Sudah diselamatkan minggu lepas katanya, sebab minggu ni tauke beraya~. Patutlah Boss senyap jek. Gong Xi Fa Cai~ untuk semua teman-teman Cina di KEMAS, SKAH, SMKDM & MMU. Kat rumah ada 2 buah lain… Macam biasalah raya cina, limau mandarin dan satu lagi hasil tanam sendiri belakang rumah di bawah ini. BESARNYA~!! SEDAPNYA!!! (^.^) Heheh!

buat air sedap!

Pelan cuti kali ni agak lancar, kecuali 2 perkara. Satu cuma perkara kecil yang boleh ditangguh ke masa lain… satu lagi ni aduihhhh!! Kena pakai thruster kapal perang angkasa lepas la jawabnye…

SEHARI SEBELUM BALIK MELAKA

Kadang-kala karenah anak-anak buah memeningkan kepala tapi memang mencuit hati… (walaupun diri ini sebenarnya pak cik yang tegas, ditakuti lagi susah nak senyum!).

aLiFF cHuMeL~

Sedang asyik duduk di luar rumah, datang abang bercerita. Cerita kali ini, mendedahkan keadaan Boss & seisi kerabatnya yang pernah & tidak aku ketahui. Dalam cerita, ada yang terang & ada yang rahsia. Dalam cerita juga, sebenarnya ada perancangan masa hadapan untuk semua kerabat dan ia sedang digerakkan. Di akhir cerita, terselit pertanyaan yang khusus untuk aku fikir & buat keputusan. Abang hanya tunggu keputusan…

Aku sebenarnya tak kisah apa pun perancangan tu asalkan ianya baik di sisiNya. Biarpun itu bukan cara yang aku mahu, asalkan baik untuk semua. Aku sedar, dari cerita ini terbuka lagi satu jalan yang perlu aku lalui, mengubah perjalanan seharian ke masa depan. Pengorbanan itu sentiasa perlu untuk dapat yang terbaik…

DAH LAMA DAH… (tapi baru nak taip)

This entry has been deleted by the author

This entry has been deleted by the author

If everyone cared and nobody cried,
If everyone loved and nobody lied,
If everyone shared and swallowed their pride,
Then we’d see the day when nobody died.


p/s: maaf pasal perenggan terakhir. buat masa ni aku akan bersabar dulu. tapi memang tak senang hati & tak sabar tunggu aku lepas dari peraturan tu!

p/s 2: sempat menikmati Zoo Malam. dengan beberapa kejadian bertuah, mungkin entri ini lebih enak dikongsikan lain kali.


2 comments so far

  1. ~mIsS_p00h~ on

    p/s 3?
    nGee~~~ 😀

    • aMeL on

      takde! nak beli sendiri. 😛


Leave a comment