Pemergian Kali Ini

Dipendekkan kisah…

 
Rabu, 25 May 201: Baru tahu & bantu memberitahu.

– SMS dengan A –
“Kamel, dia sakit. Masuk ICU, dah seminggu. Masih belum sedar.”
“Ye ke?  Dah pegi melawat? Terima kasih beritau. Saya balik minggu ni, nanti pergi melawat.”

– SMS dengan B –
“Bro, dia sakit. Jom pegi melawat Sabtu.”
“Keje la Mel. Ahad ada rewang, tapi ok je. Ko beritau nanti pukul berapa.”

 
Sabtu, 28 May 2011: Merancang waktu, kenapa sangat susah nak pilih masa ni?

– SMS dengan C –
“Ko pegi dengan sapa? Pukul berapa?”
“Aku pergi dengan D. Pukul 11.00 pagi. Nak pergi sekali?”
“Alamak. Takpe la… tak sempat.”

 – SMS dengan  B –
“Bro, nak pergi pagi ke petang? Ko senang yang mana?”
“Petang la.”
“Tapi kalau pergi pagi, sebelum rewang, lagi baik. Tak payah mintak balik awal masa rewang.”
“Betul jugak. Ok.”

 
Ahad, 29 May 2011: Dia pergi dulu…

 – SMS dari E –
“Kamel, dia dah takde…”

– Telefon E –
“Wei! Ape maksud ko dia dah takde?”
“Dia dah meninggal.”
“Betul ke ni????”

– Telefon dari C –
“Salam. Kamel, dia dah meninggal pagi tadi. Keluarga dia tengah uruskan jenazah.”
“Innalillah… (habiskan sendiri. Dan cerita terus bersambung)”

 
Dia ialah sahabat yang aku kenal di SMKDM.
Dia ialah sahabat yang ceria & gigih mempertahankan kawannya.
Dia ialah sahabat yang sama-sama naik bas awam pergi kelas tambahan di BP.
Dia ialah sahabat yang memberi ruang kepada aku untuk menyebuk di dalam Kelab Tunas Bestari.
Dia ialah sahabat aku. Mohd Shafiq bin Ibrahim.

 
Dia pergi menghadap Allah SWT, sebelum sempat aku menjenguknya sewaktu hidup.
Dia pergi meninggalkan semua yang di dunia, semasa aku masih lalai dengan hidup yang penuh dosa.
Aku hanya sempat menghadiri & solatkan jenazahnya.
Semoga arwah sahabatku ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman & bertaqwa.

Kepada yang susah payah untuk menghubungi aku memaklumkan perkara ini, merancang untuk melawat, bergegas bersama untuk mengejar waktu solat jenazah, kepada yang tidak berkesempatan untuk berbuat apa-apa selain membalas SMS & telefon.

Terima kasih semuanya. Doakan untuk pemergian ini, yang pasti akan mencuit pada kita juga. Bak kata B,

Kita BILA-BILA MASA je Mel…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: