Sekolah Yang Bercahaya

Maahad An Nuriah di persada ilmu…


Maahad An Nuriah Ad Diniah yang dahulunya dikenali sebagai Madrasah An Nuriah Ad Diniah atau lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai Madrasah Lebai Hj Wahid telah ditubuhkan pada tanggal 12 Ogos 1940 bersamaan 8 Rejab 1358H iaitu kira-kira 17 tahun sebelum kemerdekaan negara kita. Nama Maahad ini diambil sempena nama Nuruddin, seorang hartawan berbangsa India Muslim yang telah menginfaqkan wang sejumlah RM 20,000.00 bagi membiayai pembinaan bangunan baru untuk para pelajar. Maahad ini telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Hj Abdul Wahid b Othman dengan niat untuk membantu anak-anak yatim dan miskin untuk mendapatkan pendidikan agama yang secukupnya.

Atas inisiatif inilah beliau mendirikan sebuah sekolah pondok di atas tanah wakaf seluas 1 ekar di Kampung Paya Rumput (Paya Rumput Jaya). Pembinaan Maahad ini turut disokong oleh penduduk setempat yang turut bergotong-royong mendirikan pondok berkenaan. Dengan itu, tertegaklah sebuah asrama puteri dan 8 buah pondok bagi pelajar putera.

Pada tahun 1960, Maahad An Nuriah telah dipindahkan ke Kampung Sungai Udang. Walau bagaimanapun, perpindahan ini hanya melibatkan pelajar putera sahaja. Selepas berpindah, sebuah lagi bangunan 1 tingkat dan beberapa buah pondok dibina di Kampung Sungai Udang untuk para pelajar putera.

Pada tahun 1962, suatu kebakaran telah berlaku. Kejadian malang itu telah memusnahkan 5 buah asrama kediaman pelajar puteri di Kampung Paya Rumput. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Tanggal Oktober 1990 adalah tahun yang menyayat hati bagi warga An Nuriah khususnya dan seluruh ummat Islam amnya apabila perginya Tuan Guru Hj Abdul Wahid b Othman (80 tahun), seorang ulama’ yang juga seorang pelopor Darul Aitam dan pengasas Maahad ini.

Seterusnya pada tahun 1992, anakanda Tuan Guru Hj Abdul Wahid b Othman, Tuan Guru Hj Jaliluddin b Hj Abdul Wahid yang telah memulakan khidmatnya di sini pada tahun 1970 lagi sekembali daripada Timur Tengah membuat perubahan dan pembaharuan. Beliau bersama-sama Ahli Lembaga Pengurusan Madrasah An Nuriah Ad Diniah (LEPMAR) telah menggabungkan pengajian agama (syariah), pondok dan sukatan pelajaran kebangsaan KBSM untuk Maahad, KBSR untuk Sekolah Rendah Islam (SRI) bagi menjadikan An Nuriah sebagai sebuah institusi pengajian yang ulung sejajar dengan perkembangan semasa sehinggalah ke hari ini.

Selama ini, segala keperluan bagi perkembangan dan perjalanan Maahad dan SRI ini banyak dibantu oleh sumbangan orang ramai, sama ada dari segi kewangan, makanan bahkan bahan binaan dan juga moral.

Alhamdulillah, An Nuriah yang ada pada hari ini telah melahirkan ramai graduan baik daripada dalam mahupun luar negara. Bagi memenuhi keperluan semasa, pihak pengurusan yang ada sentiasa cuba berada sezaman dengan tuntutan keilmuan para pelajar di samping penekanan terhadap cara hidup Islam yang syumul.

Walaupun tanpa bantuan wang ringgit daripada pihak pemerintah, Maahad ini telah berusaha sedaya upaya menyediakan prasarana seoptima kepada para pelajar seperti makmal pertukangan, makmal Sains, makmal komputer, asrama, perpustakaan, skim pinjaman buku teks dan lain-lain prasarana bagi mewujudkan suasana yang kondusif di sini.

Di bawah kepimpinan Pengerusi LEPMAR sekarang Tuan Hj Hassan b Hj Mohd Dahan dan Mudir Tuan Hj Salleh b Yusof, An Nuriah akan terus mengorak langkah mendidik jiwa-jiwa para penuntutnya dan menagih ketulusan dan keikhlasan para pendidiknya menabur ilmu walaupun dengan hanya sekelumit habuan dunia.

Sebagai meneruskan usaha murni ini pihak Lembaga Pengurusan Madrasah An Nuriah Ad Diniah (LEPMAR) dengan rasa rendah diri mempersilakan para dermawan untuk bersama menghulurkan apa jua sumbangan terutama dalam berbentuk kewangan. Sumbangan boleh disalurkan samada datang ke Maahad atau melalui akaun Lembaga Pengurusan Madrasah AnNuriah AdDiniah :

CIMB 04024010017039 atau BSN 0410029879117234.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

Maahad An-Nuriah Ad-Diniah,
Km.17, Jalan Hj.Abdul Wahid,
Sungai Udang
76300 Melaka.

Tel/Fax: 06-3519807 (pejabat) atau
U_Mohd Noor: 0199753370

petikan asal: http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: