Hafizan & Hafizah


Buat pasangan mempelai

Hafizan & Hafizah

Tahniah di atas perkahwinan kamu berdua~
Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat serta dilimpahi sakinah mawaddah wa rahmah, InsyaAllah~

Allahumma Ya Allah, Engkau saksikan detik ini, dua hamba-Mu mengikat janji. Menunaikan sunnah Rasul-Mu. Yakni pernikahan untuk mencari ketenteraman, keturunan dan redhaa-Mu. Limpahkan rahmat dan berkah-Mu kepada keduanya. Jadikanlah penghidupannya senantiasa berada dalam ibadah dan bakti kepada-Mu.

Allahumma Ya Allah, jauhkanlah keduanya dari fitnah rumah tangga. Jadikanlah Qur’an dan Sunnah Nabi sebagai pedoman hidupnya. Doa dan petunjuk ayah bondanya sebagai lentera di perjalanan. Perilaku para sahabat nabi sebagai teladannya. Peristiwa khidmat dan kesaksian pada detik ini sebagai pengukuh rumah-tangganya.

Allahumma  Ya Allah, tanamkan kasih sayang antara mereka berdua, sebagaimana Engkau tanamkan kasih sayang antara Adam dan Hawa, dan sebagaimana Engkau tanamkan kasih sayang antara Rasulullah  dengan ibunya orang-orang Mu’min.

Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair
Semoga Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

[ Ar-Rum : 21 ]

…syukran pada insan disayangi yang memerah idea mengukir ucapan & doa ini…

4 comments so far

  1. hafizan on

    Jzkk atas special entry ni..

    p/s nahu arab tu salah yer
    sepatutnye antunna @ kamu berdua🙂

    • aMeL on

      oh? bukan ke antum maksudnya ‘kamu’ (jamak bg lelaki), antunna pun ‘kamu’ (jamak bg perempuan)?

      takpe lah. saya tukar ke bahasa melayu je, tak kompius dah.

  2. ummi on

    siapakah insan disayangi yg mengukir ucapan ni…. ^_^

    Fizan selamat pengantin Baru & Selamat menempuh alam baru….

    • aMeL on

      siapa yang sayang saya (& umat islam yg lain), maka dia lah orangnya ummi…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: