Ampunkan Kami


Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi:

Aishah berkata: “Ya Rasulullah, jika aku mengetahui yang mana malam  Lailatul Qadr, apakah yang harus aku ucapkan?” Rasulullah menjawab: “Ucaplah: Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah.

Berdoa untuk seorang diri:

Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini

Berdoa untuk lebih dari seorang:

Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anna
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah kami ini

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia.

Ibnu Abbas berkata:

“Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim”.

baca artikel penuh di sini.

p/s:
Semalam dapat SMS ni:

“Cik amel, cuti 2 minggu ni tak balik kampung ke?”

Bertuah punye anak buah! Boleh plak dia samakan cuti cikgu sekolah dgn cuti kerja orang… tak bagi duit raya kang baru tau~

5 comments so far

  1. ummi on

    duit raya utk akak ada tak?

    • aMeL on

      kalau datang umah (johor) insyaAllah ada… tp utk budak berdua tu je la~

  2. ~mIsS_p00h~ on

    “Ms. amel, this is only 2 weeks vacation back to the village?”

    Ms. amel?😀

    (Cuba pakai google translate & translate blog ni! Cumil~ :P)

    • aMeL on

      huh? yg g terjemah watpe?
      tak paham bahase Melayu ke?

  3. ~mIsS_p00h~ on

    Aigo0o0o0o0o0o0o~~~

    Terjumpa polis trafik rupa-rupanya!

    Maaf t0k, terjumpa cik translat0r tadi jalan-jalan kat alam maya~😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: