Bazir Masa Jemaah Terawikh!

Masih ingat entri berkenaan “Tazkirah di Bulan Ramadhan“?

Malam ni, masa yang diperuntukkan itu telah disalah gunakan!

Kenapa? Begini kisahnya… Seperti biasa, surau kat tempat aku menetap ni memulakan solat terawikh seusai Isyak berjemaah. Selesai 4 rakaat pertama, tiba-tiba seorang di saf hadapan bangun dan menuju ke belakang. Tujuannya untuk menyambut seorang tetamu. Aku fikir positif, malam ni ada tazkirah khas agaknya yang akan disampaikan oleh tetamu tadi. Sebab aku tengok kat papan kenyataan takde tulis pun malam ni ada tazkirah. Ok… maka aku pun duduklah bersila dan pasang telinga untuk dengar apa yang disampaikan.

Pakcik yang sambut tadi bertindak sebagai pengaraca majlis & memperkenal tetamu tadi. Oh~ dia seorang yang berjawatan besar! Ketua UMNO bahagian kat kawasan aku menetap. Tapi…………………………….. muqaddimah pakcik pengerusi majlis memunculkan rasa tak sedap hati. Isinya lebih banyak memuji tetamu tadi daripada memperkenalkan biodatanya, pujian-pujian  yang tak pernah diberikan pada ustaz-ustaz & imam-imam jemputan sebelum ni. Panjang plak tu, sampai dekat 10 minit!

Kemudian, mikrofon diberi pada tetamu tadi. Ok… dimulakan dengan rasa bersyukur pada Tuhan sebab beri peluang hadir berjemaah si surau tu, dan mengingatkan pada jemaah pentingnya perpaduan sesama umat (ini ayat yang diulang beberapa kali). Sekejap je…. lepas tu, inilah isi utama/cerita dalam “ucapan” dia (ingatkan nak beri tazkirah):

  1. Usaha yang dia tengah buat; berjemaah di berlainan surau setiap malam, dengan sebab nak bersama rakyat.
  2. Cerita perpaduan umat Islam di India dahulu & perpecahan yang berlaku sekarang, sebab dia pernah pergi ke sana (rasanya dia nak kaitkan dengan situasi di Malaysia. Yang aku pelik, tarikh yang diberikan tu tak relevan).
  3. Lagi cerita untuk sesiapa yang nak beli rumah tetapi buat urusan dengan pihak bank. Dia cadang agar teruskan buat, walaupun pihak bank kata tak layak la… banyak risiko la…. bla.. bla… bla… Sebab dia nak tegaskan yang dia (kerajaan pusat) akan bantu setiap pemohon supaya diluluskan. hmmm…
  4. Paling tak boleh terima, cerita nama Lim Guan Eng tak patut disebut dalam khutbah pun ada~ dalam pada tu sempat beri komen pada pemerintah kerajaan negeri Selangor. Ape ni? Cerita politik yang tidak beri faedah dalam surau??? Sebelum ni bukan main berdentum buat cerita pasal pembangkang! Sekarang dia sendiri yang buat lebih-lebih… depan mata aku bukti dapat beb~!

Ada la lagi sambungannya yang aku tak larat nak dengar. Daripada mata segar, jadi bosan & mengantuk. Tau tak berapa lama “ucapan” dia? LEBIH DARI SETENGAH JAM!! Lagi sekali, lebih lama dari masa ustaz & imam beri tazkirah. Untuk menjaga hati penduduk, aku buat-buat ade orang telefon… dengan lajunye (takde toleh-toleh belakang dah) aku keluar dari surau, balik ke bilik dan sambung solat witir…

Camtulah kisah untuk tajuk entri kali ni… aku doakan mana-mana pemimpin lain tak buat macam yang dia buat malam ni.

Kesimpulannya: DIA MEMANG MEMBAZIR MASA AKU!!

2 comments so far

  1. ummi on

    Doakan yang terbaik. Org yg baik bila org yang di doa itu tak tahu kita mendoakannya. Jangan kutuk jgn buruk sangka nanti amalan jadi sia sia.

    Sabar itu indah mel🙂

    • aMeL on

      saya tak sangka buruk kak…

      cuma saya rasa masa untuk dia beritahu info-info tu tak kena… banyak masa lain. Selepas terawikh ke… masa berbuka puasa ke… masa kat bazar Ramadhan pun boleh, ada meja urusetia & mikrofon kat situ, lagi ramai pendengar.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: