Satu Peratus v1

Assalamualaikum…

Pra-Ogos

Waktu perantauan paling panjang & berterusan yang pernah aku lalui. Balik ke rumah asal, macam singgah di 7E… jejak sehari dan esoknya musafir lagi. Buat FYP, program sana-sini, kursus atas keinginan sendiri, konvokasi, dan bekerja hingga kini. Menghabiskan masa bukan di negeri sendiri.


Ogos Minggu 1

Mulakan hijrah ke alam kerjaya di TMTC, cuma sehari. Giliran kami tiada lagi latihan semasa bekerja. Dalam ramai-ramai, hanya dua orang saja termasuk aku, yang dilarikan jauh dari Ibu Pejabat Utama & bangunan jirannya. Luar biasa rasanya, asyik berada jauh dari tempat yang biasa & sentiasa perlu menghadapi sesuatu yang baru dengan berdikari. Semasa lapor diri di tempat kerja, sudah diujibakat. Tuan baru pulak awal-awal lagi dah beri galakan, cadangan dan cabaran! Mana tidaknya… kerja yang dipertanggungjawabkan hanya 1% dari yang dipelajari.

Eh? Kat sini ramai pekerja muda-mudi… senior & super senior MMU pun ada! Lepak je diorang semua~


Ogos Minggu 2

Borak-borak la dulu… sambil-sambil tu ambil tahu apa yang ada kitorang buat kat sini. Very interesting!”

Ya, memang menarik pun. Bahagian yang aku sertai ni merupakan tunggak perjalanan sistem syarikat. Kami ialah pusat segala operasi. Ini bermakna, aku perlu berhati-hati & dengan pantas menghadam segala yang ada dalam bahagian ni. Tugas untuk aku yang sebenarnya ialah 24 jam, bukan 8 jam seperti yang diketahui umum kebiasaannya. Lambat tangkap, silap langkah… habislah segalanya. Oh ya! Waktu ni aku dah pun menjalani beberapa tugas penting yang perlu aku tahu. Kerap jumpa dengan Tuan pula boleh kata; “biasalah…


Ogos Minggu 3

Cuba teka apa pembaharuan minggu ini? Perjumpaan khas dengan Tuan lagi besar yang ada di tempat kerja, macam dah lama kerja. Mesyuarat pulak entah dah yang ke berapa… balik lambat selalu la jugak. Ada sebab kerja, ada sebab saja-saja… dan yang aku sendiri baru sedar, rupanya dah ada 5 fail besar dan tebal atas meja aku ni!! Percaya tak? 4 dah penuh, satu baru lagi & tebal satu fail bersamaan 3 kali ganda tebal fail untuk simpan sijil-sijil. Ala… yang orang selalu guna bawak pergi temuduga tu~ Korang bayangkan la sendiri ye, banyak mana yang aku dah lalui kerjanya… dan tentu sekali ada lagi banyak aku kena belajar. Baru 3 minggu masuk kerja… Heheh! Emel? Bertimbun! Alhamdulillah semuanya habis dibaca. Ye lah.. emel kerja kot~!

Aku sebenarnya nak berkongsi peringatan kat korang. Tapi tak sedap badan nak buat dalam entri ni… Ganas la jugak perkongsian aku tu. Takut rosak pulak kalau sekali kan dalam entri ni. Lain kali lah ye… (^.^)

p/s:
Aku tak puas hati sangat, tapi tengah puasa. Dosa yang ada pun dah
banyak... jadi tahan lah dulu amarah ni.

p/s 2:
Kat K.L. ni, aku dah rasa berbuka kat banyak tempat menarik... dalam
LRT, tempat letak motor, pejabat, bawah jejantas (kerana hujan masih
turun..😀 ) R&R lebuh raya & atas jalan raya.

p/s 3:
Sejak kerja ni, belum ada rezeki lagi yang buat perkara yang aku
letak kat kolum bahagian kanan blog ni (gambar bawah sekali).

p/s 4:
Kuala Lumpur mungkin sekali lokasi Aidilfitri tahun ni? Sesuailah
dengan lagu Allahyarham Sudirman... “Dari Jauh Ku Pohon Maaf”.

01:01, 9 Ramadhan 1431H, bilikku hijau



4 comments so far

  1. kak ima on

    bile awk cite psl pengalaman mule2 kerja..1st, 2nd, 3rd..week keje..teringat masa zaman mule bkerja dulu. naik bas, kejar bas, beratur kat lrt, kejar lrt (kejar masa yg tepat sbenarnyer sbb x nak berebut2 dgn org lain), berhimpit dlm lrt (masa tu blom ade lg gerabak tambahan..x tau la skrg cane sbb dah tambah gerabak kaan~)

    but anyway….it brings back memories~

    • aMeL on

      tapi… xde crite pun pasal kejar-mengejar dengan bas…😛

  2. KekTi on

    Keciannya adik kakak, itu cabaran namanya. Bersabarlah ye.

    • aMeL on

      Sakit dada dah ni duk selalu menahan. Tunngu masa nak masuk hospital je.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: