Selangkah Ke Alam Universiti

Assalamualaikum

Pada MISS’10, Ustaz Hasrizal telah membawa sesuatu yang amat bermakna buat para pelajar yang baru mendaftar diri mereka menjadi sebahagian daripada warga MMU Melaka. Pembawakan yang santai pada waktu malam itu menarik perhatian setiap individu yang mendengar. Kami, terutama adik-adik baru memasang telinga dan tidak mahu tutup mata dari awal hingga tamat sesinya.

Saya akan letakkan sedikit di bawah apa yang berjaya saya salin mengenai input yang ustaz sampaikan. Ada yang berbentuk petikan, dan ada bentuk isi penting.

Selangkah Ke Alam Universiti – OFF TO COLLEGE: A MILESONE IN LIFE
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Mula: 9.12 malam

Seperti biasa, sesi dimulakan dengan peringatan ringkas kepada para pendengar untuk mempelawa diri masing-masing selesakan diri. Bermaksud, kalau ada yang mengantuk, boleh tidur. Sebab ustaz tak kisah kalau ada yang tertidur ketika mendengar ceramah.

Path To Certainty

Bermula dengan perjalanan baru di MMU, inilah jalan yang bakal ditempuhi oleh setiap pelajar:

rancangan perjalanan hidup

Universiti – Ijazah – Kerja – kahwin -Zuriat – Tua

Diingatkan, perancangan setiap manusia itu sama ada pasti atau tidak pasti masih dalam perjalanan. Tetapi ada satu perkara yang pasti, sama ada dirancang atau tidak, mahu atau tak, ia tetap akan terjadi… iaitu KEMATIAN! Islam tidak mengajar penganutnya supaya takut dengan mati, tapi mengajar kita supaya bersedia dengan MENGHARGAI KEHIDUPAN KITA.

jangan bazir usia

Talking About Islam

Seorang sarjana Islam pada tahun 90-an, Muhammad Abduh, pernah berkata:

“I went to Paris and I found Islam with no Muslim. I returned to Cairo and I found Muslim with no Islam.”

Dalam usaha untuk kembali kepada Islam, kita perlu mengubah cara kita melihat.  Manusia boleh melihat melalui empat medium:

empat sudut penglihatan

Naked Eyes (Mata) – apa yang dilihat hanyalah sifat fizikal luaran.
Mind (Aqal) – minda menganalisis setiap perkara yang dilihat.
Heart (Hati) – hati mampu melihat apa yang tersirat.
Lust (Nafsu) – Jika tidak lihat dengan yang diatas, inilah yang tinggal.

Contoh yang diberikan… seorang ibu menghantar bekalan kuih bahulu kepada anak (kita) yang sedang belajar di perantauan. Lihat dengan mata sahaja, kita dapat lihat kuih itu mungkin bulat, berbentuk ikan , coraknya cantik, warnanya kekuningan. Aqal kita pula melihat dengan berfikir mungkin kuih itu teksturnya lembut & sangat sedap jika dimakan. Lihat dengan nafsu menyebabkan kita tak sempat untuk berbuat apa-apa, terus saja masuk mulut & telan sampai ke perut! Tapi jika lihat dengan hati, kita akan dapat lihat si pembuat kuih bahulu… iaitu ibu kita.Walaupun jauh, tetapi wajahnya dapat kita lihat, jauh di dalam isi hati!

Ustaz juga menegaskan, jangan jadikan Islam kita ini Islam warisan… tapi jadikan ia sebagai ISLAM PILIHAN. Untuk mencapai Islam pilihan, ilmu perlu dipertingkatkan, upgrade! Tambah ilmu adalah penting untuk mengelakkan masalah, perselisihan faham dan pertelingkahan yang sia-sia. Perumpamaan yang diberikan ialah ilmu itu bagaikan Operating System (OS) pada komputer. Bayangkan, pada masa ini yang trend terbarunya ialah untuk memiliki sistem komputer yang lebih kecil dengan kapasiti muatan yang besar & lebih laju… sedangkan kita masih lagi menggunakan OS Windows 95! Apa akan jadi? Cucuklah apa jenis pendrive, hard disc atau CD/DVD drive sekalipun, pasti computer tu tak dapat baca.

Back To Basic

Apabila melihat dengan mata hati juga, akan muncul tiga soalan:

Dari mana kita datang?
Kenapa kita di sini (dunia)?

Ke mana kita selepas ini?

Ketiga-tiganya dijawab dalam tajuk seterusnya.

Map of Life
[Dari mana kita datang? & Ke mana kita selepas ini?]

perjalanan yang sebenar

  1. Alam Ruh (perjanjian)
    • Alam di mana kita berada dekat dengan Allah dalam cara Allah menyoal kita secara terus, kita juga menjawab secara terus. Allah tanya, “Adakah kamu mengaku Aku sebagai Tuhanmu?” dan kita jawab, “Ya, aku mengaku”.
    • Bila kita jumpa dengan orang yang dekat dengan asal kita, kita akan rasa tenang. Bila fikirkan Tuhan, kita tenang… bila fikir dunia, kita akan serabut! Pernah tak kita tengok orang yang gilakan musik rock a.k.a. Mat Rock? Diorang ni kalau berlaku kematian contohnya dikalangan ahli keluarga, takkan datang ziarah peluk gitar elektrik.. Mesti bukak almari, cari surah Yasiin, duduk  baca sebelah mayat jugak!
    • Jadi, bila rasa serabut kembalilah kepada asal kita iaitu Allah.
  2. Alam Rahim (menuju kelahiran)
    • Rahim bermaksud kasih sayang. Inilah kekuatan yang diperlukan ada pada kaum perempuan.
    • Soalan: kenapa perempuan je boleh mengandung? Jawapannya berbalik kepada fitrah kejadian manusia yang dijadikan oleh Tuhan.
    • Kata Imam Ghazali,

      “Lelaki dijadikan dengan 9 aqal (rasional), 1 nafsu (emosional ). Perempuan dijadikan dengan 1 aqal, 9 nafsu.”

    • Perasaan kasih sayang itu termasuk dalam emosional. Sebab itulah Allah jadikan perempuan saja yang boleh mengandung. Kalau lelaki, bayangkan dengan berat badan bertambah yang perlu diusung ke sana-sini…. belum sempat lahir bayi dalam kandungan dah mati.
  3. Alam Dunia
    • Alam selepas kita dilahirkan ini adalah tempat persinggahan sementara untuk kita diuji keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, Tuhan  yang menciptakan sekalian makhluk.
    • Pahala dan dosa menjadi penentu kepada pengakhiran kita di alam yang seterusnya.
  4. Alam Barzakh
    • Alam selepas kita mati, sebelum kita dibangkitkan semula di padang mahsyar.
  5. Mahsyar
    • Tempat manusia seluruhnya dihidupkan kembali untuk dihisab (ditimbang) amalan semasa si dunia.
  6. Syurga & Neraka
    • Syurga adalah tempat untuk orang-orang yang hebat seperti para Nabi & Rasul, Khulafa Ar-Rasyidin dan sahabat Rasulullah S.A.W yang lain.
    • Neraka adalah satu-satunya tempat jika kita tidak ke syurga, tiada lagi pilihan lain.

Untuk berada didalam syurga, kita perlu menjadi manusia biasa yang luarbiasa. Kita perlu jadi hebat! ADAKAH KITA HEBAT??? Nak jadi hebat, sudah tentunya kita perlukan perubahan dalam diri. Paksakan diri untuk berubah.

  • Orang yang berubah kerana terpaksa adalah MANGSA.
  • Orang yang memaksa diri untuk berubah di akhirnya BERJAYA.

Ustaz melontarkan satu soalan kepada para hadirin: Adakah kita percaya pada semua alam ini?

Seorang pemandu kereta sedang memandu dengan sangat laju di jalan raya. Kemudian lalu di seberang jalan arah bertentangan sebuah kereta dan menyalakan lampu tinggi pada pemandu tadi. Pemandu itu hanya diam… Datang pula sebuah lori, juga menyalakan lampu tinggi pada pemandu tadi. Pemandu masih lagi memandu laju. Kemudian datang lagi kereta, juga melakukan perkara yang sama. Barulah pemandu tadi memperlahankan kenderaan… apa yang difikirkan oleh pemandu itu agaknya? Kenapa dia perlahankan kenderaan sedangkan yang memberi petunjuk itu kenderaan di jalan yang lain? Dihadapan ada sekatan jalan raya? Polis ke? JPJ ke?

“To believe in something, we did not have to wait and see the thing…. Only signal is enough.”

Why here?

satu soalan, satu tujuan!

Segalanya kembali kepada tujuan kita hidup di dunia ini, Purpose of Life! Boleh kita bayangkan…

Apa terjadi kepada perlawanan (dan pemain) bola sepak tanpa gol?
Apa cerita dengan  permainan (dan pemain) golf tanpa lubangnya?
Apa kes kalau ada pen tapi rosak & tinggal untuk dibuang dalam tong sampah?

Jawapan “kenapa kita di sini” telahpun Tuhan jawab dalam surah Adz-Dzariyat, ayat 56:

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaku.”

Tidak kira bagaimana asal-usul, perangai dan keturunan manusia itu, tiada siapa akan marah, melenting dan berang kalau kita gelar dan panggil diri mereka hamba Allah. Secara tidak sedar…. mereka telahpun menerimanya.

Sebelum sesi berakhir, ustaz mencadangkan satu cerita di Astro Oasis untuk ditonton, iaitu ~Cinta Sempurna~. Rancangan itu diadaptasi daripada kisah benar salah satu pengalaman hidup ustaz. Ustaz akhiri sesi dengan pantun yang berbunyi:

Di akhir pertemuan
jangan ucap selamat tinggal
ucaplah hingga bertemu lagi
jika tidak di dunia ini
di syurga menanti…

di akhir sesi


Tamat: 10.50 malam

Untuk melihat lebih banyak gambar, boleh lawati blog-blog lain seperti:
To Share To Give
Travelog Mujahadah

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: