Ibu Pejabat Bumiputera Terbesar

HIC


Assalamualaikum…

Di Seksyen 13 Shah Alam (pernah sesat di sini), HPA Industries Sdn. Bhd. telah membeli sebuah bangunan 12 tingkat sebagai HPA International Center (HIC). Bangunan tersebut sekaligus menjadi ibu pejabat  milik penuh Bumiputera terbesar di Malaysia.

Menurut pengarah urusannya, Ismail Ahmad, perasmian ibu pejabat baru itu hanya akan diadakan dengan doa selamat dan kunjungan ahli untuk melihat bangunan yang dibeli hasil usaha mereka mengedarkan produk keluaran HPA.
– kan bagus macam ni… boleh elak pembaziran –

Mengikut perancangan, bangunan berkenaan turut akan menempatkan premis perniagaan seperti HPA Halal Mart, Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Pizza House (RPH), Radix Bakery House (RBH) dan Radix Oriental Cuisine (ROC).   
– segalanya dalam satu bangunan, hebat! –

HPA mempunyai Panel  Syariah sendiri dan di Malaysia saja, bilangan ahlinya sudah melebihi 600,000 orang. Kini HPA mengeluarkan lebih 300 produk makanan tambahan, ubatan herba dan kegunaan harian yang dijual lebih 170 cawangan HPA di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk HPA & pendaftaran sebagai ahli, pembaca bolehlah menghubungi pengedarnya, saudara Zul Fazlizan Saidin di blognya. Sekian.
– promosi ini tak bermakna aku “sudah mahu” ye Zul…  heheh! –


p/s: tanda umur berkurang semakin jelas hari ni...

7 comments so far

  1. zul on

    kan ku tunggu sampai kau mahu….jom perjuang ekonomi ummah

    • aMeL on

      tunggu lah~

  2. Ummi on

    kita mulai dari 12 tingkat ye….
    boikot dan terus boikot…kalau bukan dari org bumi ye….
    kafir & islam ibarat air dan minyak ……..tak boleh bercampur…. belilah barangan org kita…………

    • aMeL on

      ape? tak paham…. ummi nak cakap pe sebenonye ni?

  3. ummi on

    tak paham…g sekolah..nanti leh paham

  4. KekTi on

    Mel, nak order teh HPA yg boleh kuruskan badan tu

    • aMeL on

      orait~! badan dah gemuk la katekan…😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: