9 Siti Terbaik!!

Oleh kerana Ummi sangat bersemangat & panjang cerita mengenai “Ibu” atau mak, atau apa je lah korang panggil buat wanita yang telah melahirkan kita… aku pun nak cerita jugak, tetapi mengenai wanita-wanita yang bernama Siti.. dan antara mereka juga bergelar ibu…

  1. Siti Khadijah – Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik. Menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’. sengihnampakgigi
  2. Siti Aminah – Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia. [ini nama mak aku gak~]
  3. Siti Fatimah – Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Saidina Ali karamallahu wajhah. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kala berbantalkan lengan Saidina Ali. Rasulullah pernah berkata “aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu“.
  4. Siti A’ishah – Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi S.A.W minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
  5. Siti Hajar – Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah S.W.T. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail, pengorbanan seorang ibu mithali.
  6. Siti Mariam – Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengandungkan Nabi Isa.
  7. Siti Asiah – Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
  8. Siti Muti’ah – Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja (tidak macam sekarang, berhias bukan untuk suami sahaja bahkan untuk tatapan umum… heh!)
  9. Siti Zubaidah – Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T.
  10. Siti Nurhaliza – haha~ yang nih korang fikirlah sendiri…rindu mujurlah kat konsert maulidurrasul, dia reti pakai tudung… sejuk mata memandang… heheh!

Semoga Siti-Siti yang terbaik… dapat dijadikan contoh. Tak kira la aku ke, korang ke, sesiapa je… jangan nama je elok, gempak, maksud plak bukan main hebat… tapi perangai tak elok…takbole tak best la itu macam~ heheh!


Terima kasih pada saudara Aizuddin -budak tikus- untuk maklumat.


p/s: Mak, tinggal satu subjek je lagi! Tunggu~~

4 comments so far

  1. Ummi on

    amboi amboi melawan tokeh nama……….
    ala 9 siti tu sedap sikit baca …bila siti 10 tu terpaksa kita berheti jap..sebab tgh berdoa supaya Allah memberi rahmat padanya utk menutup aurat dgn lebih baik… Amin…
    jgn lupa siti sifir.. budak pintar yg nyayi satu kali dua……..duaaaaaaaaa

    • aMeL on

      lawan tokeh? kat sini, sayalah taukey. ada bantahan? heheh!

  2. KekTi on

    Siti Anipah tak de ke

    • aMeL on

      9 orang teratas tu contoh teladan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: