Kembali, Antara Dunia & Akhirat

Al-Fatihah

Assalamualaikum

Perjalanan kali ni, adalah rentetan yang sangat panjang, peristiwa berangkai atas satu alasan yang hanya disedari lewat malam kelmarin. Buat manusia lain, terfikirnya “situasi” itu mungkin hanya khayalan & mainan minda. Tapi, bukan bagi saya yang telah banyak kali merasai kehadirannya.

17/3/2010, malam

Sedang menyelesaikan soalan-soalan tutorial. Berselang-seli dengan gelak ketawa bersama rakan serumah sewa & tetamu yang memenuhi rumah menyelesaikan projek tahun akhir. Sesuai dikatakan rumah telah menjadi “markas FYP”. Seronok bekerja, tidak tidur hingga ke Subuh.

esoknya… 18/3/10

9.22 pagi, datang berita En. Mohd  Nor dimasukkan ke hospital Kem Terendak atas serangan jantung. Tercari-cari kenderaan untuk pergi, rupanya telah ditinggalkan. Terus saja ambil keputusan mengulangkaji kerana malam 19/3/2010 ada ujian. Dengarnya juga malam 19hb tu ada kenduri di rumahnya, tak dapat pergi. Hanya mewakilkan kawan serumah mengirim salam. Sama juga esoknya, kenduri kahwin anak En. Mohd Nor, sekali lagi tak dapat pergi kerana menghadiri pertandingan bola sepak di kampus.

Hari yang berlalu, tidur seperti biasa…

5/4/10, malam

Merajinkan diri menyertai kelompok FYP di markas. Buat punya buat, fikir punya fikir, ada kecewa dan ada hasil yang menggembirakan. Leka mencuba hingga ke pagi.

esoknya… 6/4/10

Terima pesanan ringkas “Makcik Shimah masuk wad, ketumbuhan” pukul 11.25 pagi. Terus menempah kenderaan sahabat untuk pergi melawat bersama pukul 1.00 tghari, walaupun ada kelas dalam masa 1 jam kemudian. Lawat hanya sekejap & tak dapat berbual (sebab Kak Ina mendominasi situasi), tapi terima berita lain, rupanya Kak Salaiyah pun masuk wad. Waktu malamnya, seperti biasa; FYP. Juga leka sampai ke sunyi malam

lalu esoknya… 7/4/10 (awal pagi buta)

di waktu gelap & sunyi, sedang asyik bermain komputer dan berbalas mesej, sampai berita (3.40 pagi) menyatakan adik kepada Ain Shaari, seorang sahabat cyberjaya kemalangan di N. Sembilan. Sedangkan waktu sebelumnya diberitahu Makcik Shimah akan menjalani pembedahan seawal 9.00 pagi. Keputusan berlayar ke Seremban dibuat dengan pantas, bersama sahabat berkereta Saab. Berjumpa dengan rakan rumahnya, termasuk Nazir sebelum berangkat. Tiba di Melaka semula selepas Isyak dan menyambung kerja FYP yang ditinggalkan, langsung tidak ambil masa untuk berehat. Gigih membuat laporan itu hingga ke lewat pagi sekali lagi, namun ditemani rakan di markas. Kemudian, siapa sangka siang hari tadi dia gembira, malam hari dia menangis. Emak Nazir kembali bertemu Penciptanya (2.30 pagi), dalam keadaan dia tak sempat untuk berbicara kali terakhir secara lisan. Tanpa berlengah, menuju ke Johor menghantar Nazir bersama Saab & rakan-rakan rumahnya. Tiba di Kluang 5.00 pagi.

8/4/2010

Keluarga Nazir sudah ibarat keluarga sendiri, ibu bapanya, rumahnya yang selalu disinggahi sewaktu ITP, bagai baru saja ditinggalkan semalam. Sebelum pulang ke Melaka, sempat singgah jumpa Mak & Abah di Ayer Hitam, dan berehat. Dalam perjalanan pulang, saya dan empunya Saab hanya berkereta hingga di Pagoh. Kemudian naik lori pengangkut hingga ke Tol Tangkak. Menggunakan kudrat nikmat sepasang kaki hingga ke Pekan Tangkak, barulah menaiki bas tambang ke Melaka Sentral. Terima kasih kepada yang menyambut kami di sana. Kata empunya Saab, “Dua hari ini kita bertamrin nampaknya”. Saya hanya mengiyakan, “Bukan mudah untuk dapat macam ni”. Masing-masing setuju dan redha dengan tarbiyyah semulajadi dariNya. Malam itu membayar tidur yang dihutang.

9/4/10, malam

Laporan FYP masih banyak belum disiapkan. Hanya itulah aktiviti malam ini. Juga masih tidak serik dengan penat yang belum hilang sepenunya. Namun kerja perlu diselesaikan segera. Asalnya ingin semampu yang  boleh, tapi akhirnya hingga ke Subuh juga….

dan esoknya… 10/4/10

Seperti dijanjikan malam semalam, hari ini membantu anak Makcik Shimah, Kak Ngah mengangkat makanan dari PS ke CLC untuk peserta Seminar MUET. Kerja bermula 11.30 pagi hingga Zuhur. Pulang ke rumah, belum pun sempat rebahkan diri, tiba pesanan ringkas (3.24 petang) “adik ain sedang tenat, mohon doakan”! Allahuakbar!! Hati yang reda cuma sebentar rupanya… Namun kali ini tidak dapat pergi berziarah.

Sehari berlalu, & menyambung rehat sambil menunggu perkembangan terkini seluruh malam…

12/4/2010, malam

Hari untuk menghantar laporan FYP sudah hampir, hanya tinggal sehari. Sedangkan kira-kira 20% lagi perlu disiapkan. Rakan-rakan markas masing-masing bertungkus lumus, apatah lagi yang perlu mempersembahkannya lusa hari. Mata malam ini sudah tentunya tidak akan lelap. Bekerja dan berjaga sehingga esok paginya. Dalam pada itu, mula terfikir bagaimana dengan “situasi” ini sebenarnya???

tapi… 13/4/10

Persoalan malam tadi sudah ada jawapan, namun keyakinan itu masih lemah. Petunjuknya apabila mendapat tahu Rahimah Shaari, adik Ain juga kembali ke Rahmatullah, waktunya kira-kira 1.00 pagi ke atas. Perancangan masih belum ditetapkan, namun usaha untuk menyampaikan berita sudah berjalan. Akhirnya usai solat Subuh, dilapangkan dada untuk mendahulukan ziarah ke Jempol. Ini bukan kali pertama saya menghadapi kematian di kalangan orang terdekat, ini kali ketiga berada bersama dikalangan keluarga waris, kali kedua berpeluang melakukan solat jenazah, pertama kali membantu menguruskan jenazah dari mula hingga ke liang lahad. Pelbagai perasaan melanda seisi keluarga Ain serta kenalan-kenalan rapat, dan kami tiba di Melaka selepas Asar. Sudah tiba bukan bermakna untuk rehat! Tapi baki laporan menanti… Esok tarikh penghantaran, maka malam ini memang tidak peluk bantal untuk tidur juga

dan pada 14/4/10

dipendekkan hari, “En. Mohd Nor masuk hospital Kem Terendak, sakit jantung lagi”. Itulah kata-kata pesanan ringkas tiba pukul 4.38 petang. Kali ni memang pasti. Keyakinan mengenai “situasi” itu memang inilah dia. Hanya saya yang merasainya… tetapi sudah terlewat.

Apa “situasi” itu?

Tulisan merah adalah petunjuk kepada kejadian tulisan biru, kejadian yang berlaku keesokan harinya. Tapi bukan kejadian itu yang dimahukan.

Tidak mahu “berjaga“, tak mahu “lewat malam” lagi. Dan berdoa agar rentetan ini berhenti, supaya terputus rantai besi yang menyambungkan semuanya hingga kini!

Al-Fatihah~

Untuk yang telah kembali menemuiNya….

7 comments so far

  1. kak ina on

    amboi…kata kak ina mendominasi yeee….
    ni kan kak ina kalau senyap tu bukan le kak ina namanya…betul tak

    • aMeL on

      eh? tak salah kan~ saya “ye” kan aje…..😛

  2. mizah alasri on

    Hari yang berlalu, tidur seperti biasa…
    sebelum hari itu berlalu kan ada melawat kakak yang seorang nii sedang berehat2 d hospital, datang ngn fadhil..huHHhuu..1st time kenal gerangan insan yang bernama kamel..mOga2 kamel insan yang kamil ya…happy ramadhan. take care. wassalam

    • aMeL on

      ye la kak… lupe la nak letak. Tapi status akak masa tu pun “ingat boleh balik rumah dah~”.. kan??
      mekaseh ye kak! jaga diri bebaik jugak!🙂

  3. mizah alasri on

    huHhuu lupa..mesti sbb kena paksa nGn fadhil, suh temankan:p..
    aikk mana tahu..haHhaa xdpat balik pun, 4hari bermastautin d pantai yang indah tuu:)
    insyaALLAH..tapi klau dah smpai seru lagi, jangan lupa datang bawak buah tangan ya..:D
    all D best:)jemput datang ke mmu..

    • aMeL on

      tak r… die ajak je.

      InsyaAllah ada masa nnt saya jenguk MMU… tapi tangan saya takbleh berbuah la. cane ek?😛

  4. mizah alasri on

    camner tuu ekk?
    insyaALLAH dari tangan tuu bukan setakat buah..gaji pokok pun berkat dari tangan insan yang kamil nii..:D
    datang tau..xDe pun xpelah dik..
    ..selamat bertemu akan lailatul qadar kurniaan-Nya pada ramdahan kali ini..amin

    take care. wassalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: