Roughneck!

Entri ini, tajuk dan isinya berlawanan. Hanya konklusi di akhirnya sama.

Hari ni, mental saya letih. Tak mengapa kalau tubuh ini yang penat. Boleh bekerja di kebun meskipun matahari tegak di atas. Masih lagi mampu menyangkul tanah walaupun urat tangan tegang. Masih kuat monyorong sawit walaupun otot kaki koyak. Masih boleh tersenyum mengangkat kampit baja sekali pun perut lapar, tekak dahaga.

Tapi bila mental letih… boleh kata ini waktu lemah saya. Mulut bercakap, tapi mata tertutup. Jika buah fikiran diminta, aqal tak mahu memberi sebaiknya. Niat hati mahu bergerak, tapi badan langsung tak berganjak. Nyamuk menggigit pun tangan tak mampu menghalau.

Kenapa? Mental saya diuji seawal pagi. Sepatutnya ada, tapi tak kelihatan. Sepatutnya pergi, tapi terlepas. Sepatutnya sempat, tapi terlambat. Sepatutnya kaki larat berjalan, tapi kemudian berkenderaan. Sepatutnya berlatih, tapi akhirnya terbaring.

Sampai malam ni. Sepatutnya saya memerah idea sendiri, tapi yang mampu hanya mencari, melihat & memahami kepunyaan orang lain…

Apapun, saya takkan biar ini berterusan sampai esok!

STOP COMPLAINING, and KEEP MOVING FORWARD!

I am ROUGHNECK!

latihan minda:

bunga apa @ buah apa?

nombor apa @ nombor siapa?

kerangka apa @ kerangka siapa?

jawab! jawab!!!


3 comments so far

  1. Sender~ on

    Biar apa pun yang melanda, ujianNya hanya untuk insan yang terpilih!

    Selagi masanya belum tiba, keep on fighting!!!😉

  2. ~mIsS_p00h~ on

    Bila tnampak byk ‘sepatutnya’, tiba-tiba teringat entry Ustaz Hasrizal ~ http://saifulislam.com/?p=7169.

    Wpun entry ustaz relate to isu lain, tapi kes ‘sepatutnya’ tu mcm relevan dgn entry ni~ Agak je lah sbb dh kate tajuk & isi berlawanan kan..

    Apa pun, akk serah kembali pdNya & m0ga brd dlm perlindunganNya selalu, InsyaAllah~

    Iklan Petronas mengatakan: There is only one way; FORWARD!

    • aMeL on

      hm… memang kena pada perkataan. tapi lari sikit dari maksud.

      “sepatutnya” di atas ialah elemen rutin (contoh: masa) yang bukan saya tetapkan tapi ditetapkan bukan untuk saya seorang.

      Contoh:
      sepatutnya pergi kelas pukul 9 pagi, tapi terlepas kelas tu.

      Kalo nak samakan maksud, jadi begini:
      patutnya pergi kelas pukul 9 pagi tadi… jangan terlepas.

      FORWARD!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: