Semasa Berdoa

Malam sebelum pulang ke kampung, terpandang status YM seorang kawan masa zaman sekolah. Terdetik hati nak bergurau. Yelah… dah lama tak mengenakan dia. Lalu aku hantar 2 baris perkataan, selamba je…

Ditakdirkan-Nya, dia terasa hati la pulak~ alahai… perempuan. Dari ayat yang dia balas, memang beri maksud yang dia sangat-sangat la kecil hati. Oleh kerana salah faham ni bermula dari aku, maka aku pun cuba nak menjernihkan keadaan. Malangnya, segala ayat yang dihantar tak berjawab dah (sampai la hari ni).

Akhirnya, aku hanya mampu berdoa untuk memohon ampun dari-Nya, juga berdoa untuk dia. Kawan, kalau kau terbaca entri ni, maafkan la gurauan aku tempoh hari ye?


Adab-adab Berdoa

  1. Berdoa dalam keadaan bersih daripada hadas/najis.
  2. Memulakan dengan ucapan Bismillah, memuji Allah S.W.T dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.
  3. Menghadap kiblat.
  4. Memohon ampun dengan rendah diri dan akui kelemahan diri dan dosa.
  5. Berdoa dengan penuh kesungguhan serta memahami isi kandungan doa.
  6. Berdoa dengan penuh tawaduk, khusyuk dan rendah diri.
  7. Mendahulukan doa untuk diri sendiri sebelum berdoa untuk orang lain.
  8. Ulangi 3 kali bagi hajat yang lebih berat.
  9. Menghindari diri daripada perkara yan ditegah dalam agama seperti makanan yang haram, minuman, pakaian, dan lain-lain.
  10. Berdoa untuk umum kaum Muslimin dan Muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.


Doa Yang Mudah Dimakbulkan

  1. Yakin bahawa Allah S.W.T akan memakbulkan doa yang dipintanya.
  2. Berdoa pada waktu-waktu mustajab berdoa.
  3. Bertawassul dengan cara yang syar’i (dibenarkan mengikut syara’).
  4. Mematuhi perintah Allah S.W.T (memenuhi hak-hak Allah S.W.T).
  5. Bersungguh-sungguh berdoa dengan sepenuh hati.
  6. Memanjatkan doa-doa yang positif dan yang biasa diamalkan oleh baginda Rasulullah S.A.W.
  7. Bersyukur atas rezeki kurniaan Ilahi.
  8. Mencintai Allah S.W.T, RasulNya dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda.
  9. Berdoa untuk saudara kita yang lain juga.
  10. Berusaha mengamalkan doa-doa dan hajat yang dipinta.

Senyum~ (^-^)

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: