Isu #28: Kecintaan Terhadap Rasulullah S.A.W

Isu #28 adalah kesinambungan kepada Isu #16 di bawah. Isu khas ini mengupas bagaimana rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W itu dapat diterapkan dan disemai melebihi rasa cinta kepada diri sendiri.

____________________________________________________________

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Bagaimana umat Islam dapat mencintai baginda Rasulullah S.A.W, adakah dengan berarak di keliling padang dan sebagainya pada hari Maulidur Rasul boleh dikira sebagai bukti kecintaan kepada baginda, sedangkan dalam kehidupan harian tidak seperti yang  diajar oleh baginda. Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan demi mendapatkan keberkatan daripada Allah?

JAWAPAN:

Setiap Muslim wajib beriman dengan kerasulan baginda. Sebab Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-Fath ayat 13:

Maksudnya: “Siapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya kami telah sediakan untuk manusia (kafir) itu neraka yang menyala-nyala.”

Keimanan kepada Rasul mewajibkan umat Islam melakukan perkara berikut:

  1. Mematuhi arahan dan perintah baginda berdasarkan firman Allah S.W.T:
  2. Maksudnya: “Maka patuhlah Allah dan Rasul mudah-mudahan kalian akan mendapat rahmat.”

    Al-Imran: 132

    Maksudnya: “Siapa yang mematuhi Allah dan Rasul-Nya nescaya Allah akan masukkan dirinya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya (anak-anak) sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kejayaan paling agung. Akan tetapi siapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul, menginjak batas larangan-Nya nescaya Allah akan masukkan dia ke dalam neraka. Ia kekal di dalamnya dan baginya seksa yang amat menghinakan (dirinya).”

    An-Nisa’: 13-14

  3. Wajib menyayangi baginda berdasarkan firman-Nya dalam surah At-Taubah ayat 24:
  4. Maksudnya: “Katakanlah: Seandainya datuk nenek, anak-anak, sahabat, pasangan kamu, akum kerabat, harta benda yang kamu rangkul, perniagaan yang kamu takutkan ruginya serta penginapan yang kamu betah dengannya itu lebih kamu sukai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya maka tunggulah sehingga Allah menurunkan ketentuan (hukuman)-Nya. Memang Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang fasiq (penderhaka).”

    At-Taubah: 24

    Maksudnya: “Katakan: Seandainya kalian cinta kepada Allah maka ikutilah daku nescaya Allah sayang kepada kamu dan mengampunkan dosa kamu. Memang Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

    Al-Imran: 31

    Dalam hadis diriwayatkan bahawa Saidina Umar R.A pernah berkata kepada nabi:

    “Wahai Rasulullah: Engkaulah yang paling aku sayangi daripada segala-galanya, kecuali diriku. Nabi lantas berkata: Tidak boleh begitu wahai Umar, sehinggalah aku engkau lebih sayangi daripada (engkau) menyayangi dirimu. Umar pun berkata: Sesungguhnya kini demi Allah, engkaulah yang aku lebih sayangi daripada diriku sendiri. Kemudian Nabi menjelaskan kepadanya: (Nah) sekarang barulah betul, wahai Umar.”

    Bukhari: 6142

    Baginda bersabda lagi:

    “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih disayangi daripada (dia) menyayangi diri, anak, ayah dan manusia seluruhnya.”

    Muslim: 63

    Salah satu petunjuk yang menjunjukkan tanda kasih seseorang kepada nabi juga ialah mempertahankan martabat, nama baik baginda, di samping memusuhi musuh-musuh baginda. Allah S.W.T berfirman:

    Maksudnya: “Mereka menyokong (mempertahankan) Allah dan Rasul-Nya. Itulah golongan yang benar (jujur keimanannya).”

    Al-Hasyr: 8

  5. Wajib beriman dengan sifat ‘Ismah’ baginda. Allah S.W.T berfirman:
  6. Maksudnya: “Dia (Muhammad) tidak pernah menuturkan (sesuatu ajaran agama) kerana nafsu. Semua (pertututannya)nya adalah berdasarkan wahyu yang diturunkan (kepadanya).”

    An-Najm: 2-3

  7. Wajib menghormati, menghargai dan mengagungkan baginda. Allah S.W.T berfirman:
  8. Maksudnya: “Agar mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, selain daripada memperteguh dan menghargai (memuliakan)nya.”

    Al-Fath: 9

  9. Dalam keadaan tertentu (selain daripada hukum sunat) wajib berselawat dan mengucapkan salam untuk baginda. Allah S.W.T berfirman:
  10. Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk nabi wahai orang-orang yang beriman berselawat dan salamlah sewajarnya untuk beliau.”

    Al-Ahzab: 56

    Baginda bersabda:

    “Siapa yang berselawat untukku satu selawat nescaya Allah balas untuknya dengan sepuluh kali ganda.”

    Muslim: 616

  11. Wajib mematuhi atau merujuk hukuman dan keputusan baginda, selain wajib akur dan rela dengan keputusan itu. Allah S.W.T berfirman:
  12. Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman patuhilah Allah dan patuhilah Rasul-Nya serta Ulil Amr (para pemimpin kamu). Kalau kamu beselisih pendapat maka rujuklah kepada (keputusan) Allah dan Rasul kalau benar kalian beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah sikap yang lebih baik dan sebaik-baik wacana.”

    An-Nisa’: 59

  13. Wajib mengikut dan melanjutkan dasar perjuangan hidup baginda, iaitu memperjuangkan dasar Islam yang hakiki iaitu Islam yang merangkum segenap bidang kehidupan, baik politik, ekonomi, budaya dan sebagainya. Allah S.W.T berfirman:
  14. Maksudnya: “Tidak, demi tuhanmu, mereka tidak akan beriman sehinggalah mereka merujuk kepadamu dalam perkara-perkara yang mereka pertikaikan sesama mereka. Kemudian mereka tidak merasa keberatan terhadap apa jua keputusan (hukuman yang engkau jatuhkan) mereka bulat-bulat menerimanya.”

    An-Nisa’: 65

    Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

    “Aku tinggalkan kepada kamu jalan (ajaran) yang sangat jelas dan terang. Malamnya pun bagaikan siang. Tidak ada sesiapa yang menyimpang daripada ajarannya kecuali dia rosak binasa.”

    Ibn Majah: 43

  15. Mendidik anak-anak supaya menyayangi dan mengikut jejak langkah baginda dengan menyebarkan pengajaran Sirah dan riwayat hidup baginda. Rasulullah S.A.W bersabda:
  16. “Didiklah anak-anak kamu agar memiliki tiga sifat: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada keluarganya dan suka membaca Al-Quran.”

    Hadis dhaif (Dhaif jiddan), Silsilah Doifah: 2162


No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: