Susu oOo… Susu!

Ini susu takde perisa!

Pengambilan susu amat penting dalam kehidupan tidak kira kanak-kanak mahu pun orang dewasa, memandangkan ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan protein serta mudah dihadam dan diserap ke dalam tubuh.

Susu juga dapat membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan pembinaan sel-sel tubuh dan membaiki sel-sel baru.

Malah Islam juga menganjurkan umatnya mengambil susu sebagaimana maksud firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 66:

“Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang meminumnya.’’

Atas kesedaran mengenai kepentingan susu dalam diet pemakanan setiap individu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) telah mengisytiharkan 1 Jun sebagai Hari Susu Sedunia. Hari tersebut pertama kali disambut pada tahun 2001 sebagai usaha untuk mempromosikan aktiviti berkaitan susu di kalangan masyarakat dunia.


KEPENTINGAN PENGAMBILAN SUSU

  • Kaya dengan sumber protein dan kalsium yang sangat diperlukan khususnya semasa proses pertumbuhan serta perkembangan pesat.
  • Makanan yang lengkap dan seimbang disebabkan ia mengandungi pelbagai nutrien yang penting untuk tubuh.
  • Dalam susu terdapat kandungan lemak yang membekalkan tenaga selain ia mudah dihadam kerana fungsinya dalam membantu tindakan jus gastrik (perut).
  • Karbohidrat (laktosa) yang terkandung di dalam susu membantu penyerapan kalsium, manakala bakteria menukarkan laktosa kepada asid laktid yang membantu pertumbuhan patogen yang sihat di dalam usus.

“Galaktosa yang terhasil dari penghadaman laktosa oleh enzim laktase diserap secara perlahan di dalam usus bagi menggalakkan perkembangan bakteria usus yang bertanggungjawab menghasilkan vitamin B kompleks seperti biotin dan lain-lain untuk keperluan tubuh.’

  • Susu mengandungi vitamin A, D, E dan K, namun, proses pempasturan dan sterilisasi mengurangkan nilai vitamin tersebut.

“Vitamin D membantu meningkatkan penyerapan kalsium di mana ia boleh mengurangkan risiko riket di kalangan kanak-kanak.’’

  • Susu yang rendah lemak atau tiada lemak selalunya diperkaya dengan vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A dan D.
  • Susu turut mengandungi vitamin larut air dan juga kaya dengan mineral serta elemen surih seperti kalsium, iodin, zink, zat besi dan sodium.

“Kandungannya yang kaya dengan protein, mineral dan lemak menyebabkan ia sangat diperlukan semasa pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khususnya bagi tumbesaran kanak-kanak, wanita mengandung atau pun pesakit yang mengalami masalah keretakan tulang.”

“Kandungan kalsium yang tinggi turut membantu perkembangan tulang terutamanya sewaktu remaja bagi mengelakkan masalah osteoporosis semasa hari tua.”

Golongan dewasa termasuk warga emas digalakkan mengambil susu rendah lemak atau tanpa lemak kerana pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.


ALAH PADA SUSU??

Bercakap mengenai kanak-kanak yang tidak mengambil susu, perkembangan tisu dan tulang kanak-kanak terbabit boleh terbantut dan tumbesaran mereka juga tidak selari dengan kanak-kanak normal lain.

Manusia memerlukan susu sepanjang hayat mereka tetapi keperluannya bergantung kepada usia. Ini kerana kandungan zat besi yang rendah di dalam susu boleh menyebabkan risiko anemia dan reaksi alergi jika kanak-kanak terbabit hanya bergantung kepada minuman itu tanpa sokongan makanan khasiat lain.

Bagaimanapun, kepada ibu bapa yang anak-anak mereka tidak menggemari susu dinasihatkan agar tidak cepat panik.

Ini kerana pengambilan makanan seimbang daripada hasil tenusu seperti yogurt, keju, mentega, minuman coklat, kacang soya, badam, bijirin dan malta yang diperkaya dengan vitamin serta mineral juga boleh membantu.

Pengambilan makanan protein selain susu yang seimbang boleh membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, misalnya dengan mengambil sumber protein seperti daging, ayam atau ikan bersama sayur-sayuran.

Minumlah susu mengikut saranan yang sesuai bagi setiap peringkat usia dan tidak mengambilnya secara berlebihan. Semua peringkat usia iaitu dari kanak-kanak hinggalah ke warga tua, pengambilan susu perlu dilakukan mengikut kesesuaian umur kita.

Begitu juga dengan wanita mengandung di mana susu sememangnya membantu pertumbuhan bayi di dalam kandungan, bagaimanapun, bagi mereka yang menghadapi masalah alahan, susu boleh digantikan dengan sumber protein dan kalsium yang lain.

Terdapat kajian yang menyatakan dengan mengambil tiga gelas susu rendah lemak atau tanpa lemak pada setiap hari, warga emas boleh memperbaiki kesihatan tulang mereka secara signifikan. Ia juga meningkatkan pengambilan kalsium sebanyak 750 miligram yang boleh membaiki kualiti pemakanan.

Macam mana? Saya pun suka minum susu. Mari minum~

ini ada perisa, apa rasa mau?

p/s:

  • Saya suka susu perisa Coklat
  • Saya suka susu perisa Strawberi
  • Saya suka susu perisa Kopi
  • Saya suka susu perisa Oren
  • Saya suka susu perisa Beri
  • Saya suka susu perisa Mangga
  • Saya TAK suka susu perisa Pisang
  • Saya suka susu SEGAR!!


2 comments so far

  1. ida on

    saya tak minum susu -_-

    • aMeL on

      0oo00~ patut la macam tu je… :p


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: