Isu #12: Aurat Dengan Anak Angkat

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Sejak akhir-akhir ini banyak pihak berbicara mengenai isu pengambilan anak angkat. Ada sepasang suami isteri yang begitu kepingin memiliki anak sejak berkahwin lapan tahun lalu, namun rezeki anak tidak berpihak kepada mereka berdua. Akhirnya mereka mengambil keputusan mengambil anak angkat. Persoalannya sekarang, bolehkah seorang ibu yang tidak pernah melahirkan anak mempunyai susu yang boleh disabitkan dengan ibu susuan, meskipun sekarang sudah ada alternatif iaitu seorang ibu angkat boleh disuntik dengan hormon yang boleh mengeluarkan susu. Adakah susunya itu juga boleh dianggap sah walaupun bukan melalui kelahiran?

JAWAPAN:

Syarat-syarat am mengenai penyusuan yang mengharamkan hubungan anak susuan dengan keluarga terdekat orang yang menyusukannya ialah seperti berikut:

  1. Ibu yang menyusukan telah mencecah umur baligh.
  2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun ke bawah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
  3. “Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.”

    Riwayat DaruQutni: 4411

  4. Bilangan susuan sebanyak lima kali yang berasingan san setiap kali menyusu mesti sampaim kenyang. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
  5. “Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.”

    Riwayat Muslim: 2634

  6. Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-limanya.

Sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang tersebut di atas maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.

Dalam menjawab persoalan hukum mengadakan bank susu ibu dan implikasi kepada syariat, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan proses menyusu itu bukan hanya sekadar meminum susu tetapi mesti ada pertemuan antara bibir bayi dengan puting susu ibu yang menyusukan di samping ada sentuhan kasih sayang antara bayi dengan ibu susuan. Proses penyusuan itu pula membentuk daging dan pertumbuhan tulang bayi yang disusui. Pendek kata mesti ada hubungan keibuan antara bayi dengan ibu yang menyusukannya. Oleh itu menurut beliau, penyusuan yang diambil dari bank susu yang diadakan tidak memenuhi syarat hubungan keibuan khusus seperti yang dilukiskan oleh Al-Quran. Oleh itu, beliau beranggapan minuman bayi dari bank susu itu tidak melibatkan pengharaman hubungan anak dan ibu susuannya. (Lihat laman web European Council For Fatwa and Research dan fatwa-fatwa komtemporari Prof. Dr. Yusuf Qardhawi: Bank Susu).

Sebenarnya susu ibu ada kaitannya dengan proses mengandung dan persenyawaan yang berlaku hasil hubungan kelamin antara suami isteri sebelumnya. Inilah lumrah dan fitrah. Apabila susu wujud kerana suntikan hormon yang datang bukan daripada suami wanita berkenaan sudah pasti ia bukan suatu yang tabi’i seperti yang dimaksudkan oleh Al-Quran. Oleh itu, kalau kita hendak mengaitkan hukum haram dalam hal ini maka ia tidak akan melibatkan suami wanita berkenaan kerana benihnya bukan penyebab kepada kemunculan susu tersebut.

Bagaimanapun perkara ini harus diputuskan oleh majlis pakar di kalangan para doktor dan ulama bagi mendapat suatu kepastian hukum yang konkrit.

Apabila sabit hukum susuan antara anak susuan dengan ibu yang menyusukannya dari sudut syarak maka akan berlaku ketentuan berikut:

  1. Haram berkahwin dengan Usul dan Furu’ orang yang berkaitan. Syafi’i meriwayatkan daripada Sufian, daripada Jad’an daripada Sa’id bin Al-Musaiyab bahawa Saidina Ali R.A pernah berkata kepada Rasulullah S.A.W:
  2. “Wahai Rasulullah, tidakkah tuan berkenan (berkahwin) dengan anak perempuan pamanmu, Hamzah. Dia adalah gadis Quraisy yang paling jelita dan cantik. Baginda menjawab: Apakah engkau tidak tahu bahawa Hamzah itu adalah saudara susuanku? Sedangkan Allah S.W.T telah mengharamkan hubungan berkaitan dengan saudara sesusuan sama seperti hubungan seketurunan (senasab).”

    Hadis riwayat Bukhari: 2451

  3. Harus memandang dan wujud bersama bersendirian.
  4. Harus musafir bersama.
  5. Tidak batal wuduk sekiranya bersentuhan.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan dalam hukum yang merujuk kepada hubungan sesusuan dengan yang merujuk kepada senasab atau seketurunan; iaitu yang berkaitan dengan pewarisan, nafkah, pengguguran hukum Qisas dan penolakan kesaksian, seperti yang dihuraikan oleh para alim ulama dalam kitab-kitab mereka.

Wallahu’alam.


No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: