Preview 2010

Assalamualaikum…

Entri ini merupakan yang terakhir untuk tahun Masihi 2009. Untuk 2010, antara yang pertamanya saya ingin berkongsi tentang kandungan dalam buku ini:

dalam pembacaan

Buku ini mengandungi 2 bahagian dengan 50 soalan-soalan yang sering atau menjadi perhatian manusia sekeliling untuk bertanya zaman sekarang.

Bahagian 1 disediakan khas untuk Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berserta 7 soalan yang diajukan kepada beliau.

Bahagian 2 pula merupakan soal-jawab bersama al-Fadhil al-Ustaz Abdul Ghani Samsudin dengan baki 43 soalan.

Sinopsisnya, buku ini bagus untuk orang seperti saya yang kurang ilmu dan maklumat  mengenai isu-isu semasa yang hangat diperbincangkan sama ada secara tertutup atau terbuka. Dalam buku ini, segala soalan yang diajukan dijawab secara jelas, padat dengan info pengetahuan Islam berserta dalil-dalil Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W malah dihubungkan pula dengan situasi terkini dan isu-isu lain yang berkait rapat dengannya.

Jadi untuk sesi 2010 akan datang, saya ingin berkongsi beberapa soalan/isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita yang saya rasa sangat perlu, dimana sebagai seorang Muslim kita patut tahu akan tentangnya.

Nantikan!  (^_^)

No comments yet

Leave a comment