Pagi hari ini.

Baru balik dari bilik supervisor FYP, bertanya pandangan tentang presentation slide untuk esok. Alhamdulillah… nasib baik pergi jumpa, dan sudah tentulah ada cadangan penambahan @ ubahsuaian padanya.

~Luaran~

Belum ada fokus untuk study walaupun FINAL EXAM akan tiba seminggu lagi. Mata & tangan masih ghairah menyentuh komputer & segala kekuncinya untuk bermain dengan game (FYP)… tak lupa jugak update blog, berita & komik online. Awal pagi esok, antara yang pertama akan bentang FYP. Silalah jangan datang ke fakulti bagi sesiapa yang teringin nak tengok.

~Dalaman~

Dah lama tak tidur dengan elok. Masa pun dah terbalik, lebih banyak pada waktu siang berbanding malam. Lalu berlaku tiga kejadian dengan pantas dan kuat pagi tadi:

1. kepala terhantuk bahu kerusi kayu — mungkin suruh jangan tidur lagi.

2. lutut terhentak bucu meja — suruh jalan tengok sekeliling.

3. tangan terlanggar sisi dinding — suruh tangan dok diam, jangan meraba-raba.

Kenapa begitu skeptikal tafsirannya? sebab tak mahu fikir yang bukan-bukan.

Semasa tidur, bayangan peristiwa akan datang kerap kali menjelma. Macam skrip cerita pendek, tergantung. Di antara yang muncul, cuma satu saja lekat di fikiran… bila roh & jasad masing-masing pergi mengikut haluan sendiri.

Tak berubah. Riak wajah ceria, hati muram dalam suka.


3 comments so far

  1. ~mIsS_p00h~ on

    Jgn bsendirian kala bduka krn yg btanduk itu amat suka mlihat kita bmuram durja! Mula lah nanti ada yg x kena~~

    All d best 4 presentation, make sure solat hajat & byk2 bdoa moga dpermudahkan sgl urusan & tiada halangan…

    Hopefully aftr dat leh senyum blk, recharge battery jasmani & r0hani and get ready 4 final!
    Ganbate kudasai!!!🙂

  2. izzahmeor on

    all da best utk presentation fyp esok!!
    all da best utk final exam!!
    =)

  3. amel036yippee on

    berbanyak-banyak terima kasih untuk dua bidadari di atas…

    kak p0oh:
    saya tak pakai bateri, tp generator…😛

    izzah:
    all the best for u too!🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: