(Jangan) Jadi Macam Saya!

Al-kisah, di satu tempat dalam negara Malaysia yang aman ini, terdapat sebuah perkampungan di mana penduduknya telah hidup bertahun-tahun lamanya dengan harmoni. Seluruh penduduknya mengamalkan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan sesempurna yang mungkin.

Pada suatu hari, Tok Ketua di kampung berkenaan ingin mengadakan sesi ceramah &  forum mini di masjid, bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba kurang sebulan je lagi. Lalu Tok Ketua ini mengarahkan Pak Imam menjemput seorang pendakwah terkenal untuk menjadi VVIP serta penyampai ceramah tersebut.

Pendakwah aka Ustaz jemputan itu terkenal dengan aktiviti dakwahnya di seluruh tanah air. Beliau seorang yang amat dihormati, gigih & ikhlas merantau ke setiap pelosok, ceruk di negara ini untuk menyampaikan dakwah Islam. Seringkali juga beliau dijemput ke majlis ilmu, kerana beliau sangat luas pengetahuan & tidak kedekut untuk memberikannya kepada sesiapa saja yang mahu, sanggup hadir walau kat corner mana sekalipun.

Lalu termakbul hajat Tok Ketua tadi… dan dalam ceramah itu, turut hadir ialah seorang pemuda yang jahil hal-hal agama. Tatkala mendengar ceramah, dia terpegun & kagum dengan karekter dan ketinggian ilmu Ustaz tersebut. Kemudian, dia nekad untuk merantau bersama Ustaz itu agar dapatlah dia memantapkan ilmunya tentang agama Islam. Selesai saja majlis,

“Assalamu’alaikum Ustaz.” dia menyapa.

“Wa’alaikumussalam. Ya, pemuda?” tanya Ustaz.

“Ustaz, terus terang saja saya katakan. Saya ini seorang yang bodoh. Dalam I/C tulis beragama Islam. Tapi sebenarnya sekelumit pun saya tak tahu pasal Islam. Saya ingin belajar dengan Ustaz, merantau berdakwah bersama Ustaz. Boleh ke?” terang pemuda itu.

“Boleh… bagus juga ada teman.” jawab Ustaz.

“Tapi Ustaz, saya ni jahil! Macam mana nak berdakwah kepada orang lain?” pemuda itu tidak yakin.

“Hm… kamu solat? Puasa?” soal Ustaz.

“Tidak pernah…” jawabnya.

“Tahu baca surah Al-Fatihah?” soalan kedua.

“Tak tahu.” jawabnya lagi.

“Mandi wajib?” soalan cepumas dari Ustaz!

“Er… tak pernah Ustaz!” gagap-gagap dia jawab. “Macam mana, boleh ke saya berdakwah ikut Ustaz?” dia mahukan kepastian.

“Heh! boleh. Senang je tu… Macam ni, bila kamu menyampaikan sesuatu atau ada orang meminta kamu menyampaikan sesuatu, kamu cakap… Jangan jadi macam saya!!” jawab Ustaz…

“Oho…” terlopong si pemuda tadi tanda faham. Lalu berangkatlah mereka meneruskan usaha dakwah yang amat sedikit dilakukan oleh rakyat Malaysia pada waktu ini..

Dua input cerita :

Janganlah kita menjadi seperti keadaan pemuda tadi sebelum dia bertemu dengan Ustaz. Namun marilah kita jadi sepertinya yang berazam kuat untuk memperbaiki diri sendiri dan pada masa sama berdakwah dengan ilmu yang kita ada.

Juga jangan jadi macam saya yang menunggang motorsikal pada waktu pagi di kala cuaca mendung, sekejap terang sekejap gerimis, lalu BEKU tangan dan kaki pada kelajuan 80 km/j sejauh melebihi 100 km.

Jazakallah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: