Khabar orang rumah

“…….Jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng jenenenet (2x)… Uh! Ohh…. tak cukup bertiga tapi berempat pula makin melonjak ‘income’ saham di pandangnya wanita jika masih ragu, lima puluh-lima puluh di penghujung lagu kau bisa terpengaruh..— hello?”

..***###*#……… (bunyi bising)……***##### …

“Ello assalamualaikum, dik! oit!”                               <— suara Kek Dah

“Waalaikumussalam. ha, nape?”

“Bile balik?”

“Tak tau. Tak pasti r… banyak keje. Nape?”

“Aaa.. takde… Ni mak nak cakap.”   “Hello, mel. Ko tak balik ke?”     <— Mak

“Tak kot…”

“Oh… tak cuti eh? Dah abis pekse?”

“Tak, tak cuti. Pekse tak mula lagi. Lama lagi…”

“Owh… ingat dah pekse.. Bile balik?”

“Ntah la mak… bulan 5, akhir bulan 5 nanti kot.. ni pakai no sape ni mak?”

“Sepul la. Ey mel, kalau takde duit tepon tau. Jangan diam je.”

“Duit ade g, banyak. Mak! mak? makkk?? Ello?”

………………. (senyap)

“Ello.”                                              <—- Suara Bepul plak

“Pul, mak mane?”

“Dah g dapur. Nape?”

“Aaa..? takde pe aa.. Tu yang  bising-bising sangat tu pebende?”

“Kek Dah tu ha… kecoh sangat tengok tv (berita).”

“Oeh.. ok r.”

“Ha, ok.”

—- tutt! —

Camtu lah perbualan sesama keluarga dalam talian selepas beberapa bulan. Nampak macam panjang kan, tapi sebenarnya tak sampai 5 minit pun. Nak tanya “sihat ke?”, pun tak sempat. Orang Jawa kalau cakap memang laju-laju. Tu baru guna bahasa melayu, belum bahasa Jawa. Tapi itu bukan persoalannya. Dalam perbualan ini, anda nampak tak apa yang diutarakan? Balik la…

Perkara tu, memang tak memaksa. Tapi ia sebenarnya membawa maksud “mengharap”. Kalau ditanya, jawapannya memang tiada apa pun. Saja bertanya. Tapi siapa yang tak kenal keluarga sendiri… Mesti ada perkara tersirat yang nak sampaikan cuma tak terkeluar dari mulut. Mungkin abah? Diri aku tahu, ianya sengaja disimpan. Supaya aku tak risau, supaya aku tak hilang fokus, supaya aku terus gembira, supaya aku tak rasa terbeban. Terbeban?? Sejak bila perkara ni jadi satu beban?  Pernah terfikir, mungkin disebabkan kelakuan aku yang dah tak semanja zaman kecil, dah kurang senyuman & tawa bersama orang kampung, yang rata-rata sekarang ini tinggal golongan berumur. Dah lama, jauh sangat aku berubah. Balik la…

Apa yang buatkan aku berubah sebenarnya? Apa yang dah jadi? Nampaknya itulah yang aku perlu ubah kembali? Mak aku sunyi? Mungkin aku boleh rapatkan kembali kemesraan antara aku dengan keluarga? Macam mana dengan hubungan sekampung? Siapa yang pergi ke kenduri-kenduri semasa aku jauh di sini? Abah akudah tak larat. Abang yang sorang tu? Dia kerja malam. Siapa gantikan abah? Mungkin kalau tiada kenduri pun, boleh juge lebihkan senyuman bersama tetamu surau yang setia? Jom la… balik.

Jumaat ni, lepas solat jumaat mungkin, aku balik kampung. Tak perlu beritahu mak, nanti mak tunggu tepi jalan. Kita balik dalam diam… Bukankah itu memang aku?

10 comments so far

  1. izzah on

    salam..

    alang2 dah dekat tu,balikla selalu..kami ni bila dah jauh ,nak balik selalu payah.kalau cuti pun,pegi tempat lain-jalan2 tengk tempat 0rang..=)

    selamat balik kampung~

    • amel036yippee on

      Waalaikumussalam

      doakan supaya aku selamat perjalanan…

  2. iDa on

    wes suwi orak balik kampung?
    opss speaking lak :p

    slamat balik kampung~
    sian mak nye sunyi rindu kat anak dia yg sorg ni.

    kem slm kat mak ye.
    hahaha

    • amel on

      ko kirim salam memain ke bebetol ni?
      confuse aku…

  3. Anak Muda on

    Ibu bapa sdra tentu punya sebab yang kukuh untuk berasa bangga mempunyai anak yg prihatin spt sdra!

  4. iDa on

    hehe kem salam btol2.
    idop jowo!

    :p

  5. kakak lily on

    Salam…

    nak balik kampung ke? balik la hari khamis malam, sebab Insyaallah mak dgn abah nak pegi rumah aku hari jumaat ni dgn kak siti.

    tak pun…apa kata hari jumaat tu ko naik bas terus pegi Rompin? then hari sabtu ko balik la dengan diorang…apa pun ko call la mak dulu. bila lagi ko nak dtg ke teratak comel aku ni?

    aku pun dah lama gak tak balik kampung. ohh..ada news nak bagitau…aku baru kuar hospital semalam. Ada masalah sikit dengan pregnancy aku…sekarang dah okay sket…tengah cuti seminggu..pray for me and your future niece (or nephew), okay…

    wassalam.

  6. mong on

    ish2.ni yg rase nak balik jgk niiiii

    • amel on

      ayuh! kita balik sama-sama

  7. ibnuabas on

    Orang Banjar pun cakap laju macam bas Cepat. Hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: