5RAMD

“Dengar di sini semua sekali… Apabila dapat hukuman… tiga barisan di hadapan saya, gerak! Skuad hendaklah sedia.. berlari… berbaris dalam tiga barisan di hadapan, di tengah-tengah di mana saya menghadap… Faham itu skuad!! (2/3 kali)”

Dah lama sangat tak jumpa rakan seangkatan. Maknanya dah lama tak dengar Staf Sarjan menjerit panggil anggota platunnya berbaris di dataran kawad kaki. Dataran ni dah tentulah dibuat berlantaikan tar hitam, padat dan keras. Berdiri berjam-jam tak kira cuaca panas terik atau hujan lebat, asalnya mematuhi arahan. Kalau dapat hari yang Staf tu baik sikit emosinya, dapat berdiri dalam keadaan ‘senang diri’. Hakikatnya lebih banyak dalam keadaan ‘Sedia’.

Mula Tingkatan 1, aku dah masuk PKBM. Waktu tu kes buli tengah hangat melanda sekolah-sekolah Malaysia. Masa tu jugak aku masih kecik comel molek (dari luaran). Ada orang cakap, aku saja masuk PKBM sebab abang aku pun ada dalam tu. Kira macam nak selamatkan diri la… kalau jadi kes apa-apa. Eh? Ingat aku ni penakut sangat ke? Padahal dalam PKBM lah terkumpulnya segala kaki buli, pelajar sasaran guru disiplin, dan hero-hero sekolah (penyumbang yang mengharumkan nama sekolah dari segi akademik & ko-kurikulum). Ya, memang aku akui aku masuk sebab dipengaruhi oleh 3 orang abang-abang aku yang juga pernah masuk askar. Tapi aku masuk PKBM sebab minat aku sendiri pada…. senjata api!

Maka aku pun direkrut bersama kawan-kawan aku yang lain. PKBM sekolah aku memang seronok. Aku rasa inilah satu-satunya persatuan yang mampu meletakkan pelajar-pelajar yang berlainan identiti, minat, perangai & saiz di taraf yang sama. Hanya beza mengikut pangkat yang diterima dalam tentera. Dan kenapa kami boleh bergabung? Tentulah dengan kepercayaan & semangat kerjasama. Di dalam, kami patuh arahan yang diberi (walaupun kadang-kadang melawan juga… lalu didenda macam-macam). Di luar, kami seperti biasa… mengikut cara masing-masing menjalani hidup. Orang yang hanya tahu berkata belakang, pasti tak percaya yang kami semua boleh bersatu & tolong-menolong.

Dari ahli biasa, aku maju setapak ke Lans Koperal (Ting. 4). Lama jugak yek aku kena bertahan dengan latihan-latihan dia untuk ke tahap tu. Kemudian dinaikkan lagi menjadi Koperal (Ting. 5) sampai habis sekolah. Banyak sangat pengalaman & ilmu ketenteraan yang aku dapat. Ada jugak yang tak dapat ingat dengan baik sebab terlepas praktikal. Namun aku berjaya capai tujuan asal iaitu untuk menggunakan senjata-senjata api… Hmm… kalau nak cerita semua pengalaman, berjela-jela pulak nanti. Aku pendekkan antara alat yang aku dah gunakan dengan kaedah cerita bergambar :

Lambang

Lambang

Aku berada dalam Batalion ke-5 Rejimen Askar Melayu DiRaja (5RAMD). Pakaian yang pernah dipakai ialah set no. 3 (corak celoreng) & no.4 (hijau gelap tanpa corak). Beret (macam topi seniman yang pakai di kepala) dan tali pinggang berlambang GAGAH SETIA… menunjukkan Tentera Darat Malaysia.

Senjata

Senjata yang dah digunakan: M16A1, AUG Steyr (ni berat sikit), peluru jenis 303 (sakitnyer kalau kena… kelongsong dia yang keluar lepas tembak kalau kena kat tangan pun boleh melecur, panasss!!). Alhamdulillah, aku antara 10 Penembak Terbaik Peringkat Negeri Johor 2004… tapi takde rezeki utk pergi ke kebangsaan sebab nak SPM. Semua calon SPM walaupun layak, tak dibenarkan pergi ke peringkat kebangsaan… aiih~

Senjata bantuan

Senjata bantuan

Senjata bantuan: bayonet (untuk M16), bom tangan F1, beberapa jenis mancis besar berwarna (merah/kuning/hijau) bertujuan mengesan lokasi rakan sendiri/musuh pada waktu malam dan sebagai tanda isyarat.

Alatan tambahan

Alatan tambahan: kompas cecair (belajar guna ni bagus!), dapur Esbit & lilin pembakar, beg Campo ALICE, 1 set pek makanan (semuanya dalam paket kecik; nasi, kari, biskut jem sedap, kicap, gula, garam dll).

p/s: Sesiapa yang rasa teringin nak guna senjata api masa umur sekarang, masuklah Wataniah ye. Hati-hati! Salah cara, boleh pengsan..

21 comments so far

  1. izuddin.helmi on

    PKBM memang best!

    Dulu aku pernah buat preparation untuk comp pasal baca peta (lupa dah nama apa). Sesat 6 jam dalam hutan, beria berlari sana sini. Makin lari, makin jauh ke tengah hutan. Air paya semua pun bantai minum. Tapi bestla pengalaman tu, ble la nk ade program camtu lagi..

    Bagi akula😀 Steyr lagi ringan dari M16. Aku lagi suka pakai Steyr. Mantopp. Tembak pun xdela tersasar sangat.

    • amel036yippee on

      yeke? biase la sesat… naseb bek 6 jam jek. Steyr yg ko pakai ringan? aku rasa mesti dah kurang peluru die tuh. sebab berat die tuh la yg tampung hentakan bila tembak. pasal tuh tak tersasar & ada aksesori pembidik kat atas die….

      • adi on

        eh..styer lg berat r kalo xsilap ak..m16 cume 2.98kg..styr 3.8..kalo xsilap ak la..ak pun dh lame tinggalkn mende neh..

  2. sepohonkayu on

    wah! citer ni best ar…

    aku kat UPSI ni pakai no5 sbg loreng… n no 3 sbg baju pejabat ar… no 4 tu dah betul dah…

    nak nyanyi sikit bole x?

    gagah dan setia…
    maju2 jaya…
    itulah cogan kata…
    tentera darat malaysia…

    ***

    • amel036yippee on

      hmm… mungkin betul juga tu. Saya silap kot….

      Maklumlah, dah lama baru tulis cerita ni… mesti ada yang tersilap di mana-mana…

  3. adi on

    ko skolah mane ek?ak dulu unit gabungan 5 melayu gak..n taun 2004 tu ak wakil g kebangsaan kawad senjata..kt kuantan time tuh..ko dak skolah mane ek?tah2 ak kenal kot..tp taun 2004 tu ak baru jerk form 4..sbb unit gabungan 5 melayu kn cume skolah highschool,tun ismail,dato menteri,mrsm muar..ak dak high school..

    • aMeL on

      hoo.. tahniah la utk mase2 itu.. heh! aku skola datuk menteri. masa tu aku form 5 dah, nak SPM.
      tak dapat le wakil g kebangsaan. sedey~

      • adi on

        ouh..name ko sape?ko senior saiful la eh?

        • aMeL on

          Nama eh? ingatkan dah tau… tgk kat kolum sebelah kanan.

          Yaaaa… senior Epul. betul tu~

  4. adi on

    amel?? xingat..huhu..ak adi..skuad leader high scholl 2004..kalo ko join camping taun 2003 ak kenal kot..batch2 mizi..budi..

    • aMeL on

      memang sama batch ngan diorang pun~
      masa tu kat smkdm,

      Sarjan: Adam Mahat
      Koperal: Aku, Mizi, Anuar Mohamad
      Lans: Senior (lupa nama dia), Suhaimi

      Sarjan rekrut: Saiful

      biasa r kalo tak kenal aku… sbb aku memang tak nak dikenali sgt… amel tu panggilan jek, nama sbena kamel.

      • adi on

        ak rs ak kenal r ko..ak pnah dgr name ko..cume ak xingt muke..ak konpius..kalo tngk pic kenal la kot..ko g x camping taun 2003?mizi..anuar.. tu ak kenal..

        • aMeL on

          hoho!! ni dah macam jejak kasih dah…

          aku tak pegi la camping tahun 2003 (kot…)
          tapi nak tgk muke aku? mane bleh!

          heheh! aku takde gambar baru. gambar masa muda2 dulu ade la :p –> sini dan sini

  5. adi on

    ak dah agak dah ni ko..ak kenalla muke ko..mmg ak igt sgt2..camping 2004 ko ade kn..kite dok 1 khemah..sbb tu ak igt..mayb ko xigt ak la..

    • aMeL on

      ye ke… mmg power la ingatan ko. bagus2!
      eh mane adil ni. aku nak gak tgk muke ko. mane la tau kot2 aku pun boleh teringat semula…

      • adi on

        ko xigt r ak..ak x femes..huhu..tp ak ingt ko dulu sbb ko bnyk ckp..ak ingt dulu name ko mael..

        • aMeL on

          ahh…. malu-malu ngaku tak femes plak~
          tapi… bila plak aku banyak cakap??
          memori silap kot..

          mael tu salah satu nama panggilan je. ada beberapa lagi.
          panggillah mana suke, asalkan baik maksudnya.

          • adi on

            haha..bukn memori silap ah..ak mmg ingt..ko penah ckp sal kes nirmala bonat tu..yg ko ckp cmni “ak ingt name pompuan tu nirmala donat” ..haha..betol x?mayb ko xingt..tp ak ingt mende tuh..hehe..sbb ak pon tumpang gelak tyme tuh..

            • aMeL on

              ntah la… nak jawab btol ke tak, aku pun hilang ingatan… tapi mmg la styer lagi berat. aku da salah tulis kat mane2 ke?

              • aMeL on

                oh? sori. tak perasan sbb aku balas dr emel je.
                lain kali komen biar terang~ (sebut nama). heh!

  6. adi on

    xde r..ak ckp ngn izzudin tula.kn die ckp bg die styer lg ringan..hehe..ak sj je nk nyampok..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: