Hari-hari yang berlalu

Assalamualaikum…

Kali ni aku akan bercerita perkara yang dilalui beberapa hari lepas berdasarkan gambar. Jom~

Sabtu

saya peserta je~

saya peserta je~

Sepanjang hari aku menjadi peserta Kursus Pra-perkahwinan Institusi Usrah. Ramai, tapi kebanyakannya pelajar juga… luar dan dalam. Semua penceramah best, biasalah tu~

Dapat panggilan lagi dari mak, tanya, “Tak balik ke?” Erm… maknenya kena balik la minggu ni.

Ahad

dah ada sijil~ yeh!

dah ada sijil~ yeh!

Hari terakhir kursus kahwin. Tengah hari dah tamat, maka dapatlah sijil… Dapat sijil jek, tak bermakna dah sah semua. Akad nikah belum lagi… Lagipun bukan nak kahwin sekarang.

naik Orchid Express

naik Orchid Express

Respon kepada panggilan mak semalam, terus beli tiket lepas habis kursus. Dalam tiket tu cop balik Jumaat, tapi mungkin tukar ke Sabtu kot…

Isnin

HP Deskjet F4280 All-in-One

HP Deskjet F4280 All-in-One

Lupa pulak yang Jumaat lepas printer aku rosak. Jadi hari ni aku dapat (beli) printer baru…3 dalam 1; boleh print, scan & fotostat sendiri. Murah je. Alhamdulillah rezeki.

lihat anak panah hijau

lihat anak panah hijau

Kakak telefon pulak. Ingatkan ada apa la… rupenyer cuma nak beritahu yang blog aku (yang korang tengah baca ni) keluar dalam akhbar Sinar Harian. “Apaaaa??!!!!!” terkejut aku dibuatnya. Terus cari & beli.

Selasa

cerek biasa pandai menyanyi

cerek biasa pandai menyanyi

Ingat nak pergi beli cerek air. Nak pakai yang biasa-biasa punye je, tanak yang guna elektrik. Tapi pelan tak menjadi. Sebab ada perkara lain nak kena buat…

beli dua biji terus

beli dua biji terus

Barang yang sempat beli ialah bateri A76, untuk kalkulator aku…

Hari ini, Rabu

Hari yang tiada kelas. Perkara yang ingin dibuat hari ni :

berjersi no. 4

berjersi no. 4

Update blog sendiri dan juga blog “Engineer & Society”.

– Kalau sempat nak update CV Industrial Training, print dan hantar ke FET…

– Buat mana-mana tutorial yang tak siap lagi.

– Pergi Melaka Sentral, tukar tarikh tiket balik.

– Lepas Asar ada perlawanan bola sepak persahabatan, IUFC lwn UPGFC.

– Malam ni nak dengar forum “Islamic Economy via Horizontal Dimension”.

Itu je kali ni… selamat menjalani hari dalam keredhaan Allah~

6 comments so far

  1. zinnirah.aljannah on

    wah~ glemernye blog, kuar paper.😀

  2. amel036yippee on

    tak sengaja la… haha!!

  3. s.g on

    org hebat.glemer blog.huhu

  4. iDa on

    giler ahhh glemer masuk paper!
    wowww

  5. buzzy on

    waaa..femes blog hang..

    abg kamel,nak sign..hehehehehe

    • amel036yippee on

      buleh2….
      aaaaa…. sign sini.. (sambil hulur kertas kedatangan kelas)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: