Moh Kita Puasa Sunat..!

Assalamualaikum wbt..

Mari semua puasa sunat bersama!! Sunnah 3 hari dalam sebulan puasa sunat. Lebih indah ukhuwwah bila berbuka puasa beramai-ramai..

Menu iftar kali ini, pada 19 Feb 09 ialah

Nasi putih,

Ikan masak merah,

dan sayur ,

kuih

teh o ais limau

dengan harga hanya RM 4.00

Institusi Usrah akan mengadakan IFTAR (berbuka puasa) juga pada:-

26/2/2009 – Khamis
12/3/2009 – Khamis
19/3/2009 – Khamis
6/4/2009 – Isnin

Tiket boleh didapati daripada exco-exco biro. Kita akan berbuka puasa di Masjid Al-Irsyad.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Fakhrurazi0136285794 (razi_009@yahoo.com.my)

Aitiqah 019-5944842 (eikaries_87@yahoo.com)

****************************************************************

PUASA SUNAT (3 HARI SETIAP BULAN)

Jom kita mula amalkan…

Apakah dalil disunatkan berpuasa tiga hari setiap bulan?


Sabda Nabi s.a.w.;

“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa”
(Hadith Riwayat oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).


Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan;

“Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;


1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.
2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.
3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.

(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Sumber: http://fiqh-am.blogspot.com/


Hadith :

Dari Aisyah r.a :”Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari:”Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan)?” Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”.

(Muslim)


Huraian

1.    Latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah,doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa.

2.   Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.

3. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.

4.   Di samping puasa wajib kita juga dianjurkan berjinak-jinak dengan puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban yang banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan dan persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan.

Sumber: http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php


“USRAH ITU KELUARGA”

Institusi Usrah 0809
Multimedia University
Kampus Melaka.


3 comments so far

  1. aleen on

    amboi kau puyeep
    ngutuk ak la eh?
    hahahha
    ala sesaje nk buat
    teras tgn gatal
    ikutkan xdenye masa nk buat
    ble rs tgh give up, sedih
    terhasil la blog ak tue
    sunyi kan dok uia
    sorang je

    • amel036yippee on

      ko salah masuk blog ke leen?

  2. aleen on

    kamel
    sorry
    ak xpasan. ak confuse ngan emel blog kau tu “yippee”
    ingatkan puyip
    sbb puyip pun ade
    ak dh lame buat
    tp mls ak nk update
    keje bnyak
    kau sehat ker?
    thanx tau ur wishes
    kau lupe bday ak, kamel?
    tidak penah ku lupe tau kau punye besday….hehheeh
    25oct kn? mel, kau pakai no ape skrg?ak skrg dh pkai celcom tau gak


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: