Ayuh Bangkit Mahasiswa!!

SEMINAR KEPIMPINAN ISLAM (SKI’09)

SABTU
21 FEBRUARI 2009

EXAM HALL
( 8:00 pagi -6:15 petang )

Tema : Dimensi Baru Kepimpinan Mahasiswa
Anjuran : Institusi Usrah (IU), MMU Melaka dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (STAD), MMU Melaka
Penyertaan : Mahasiswa MMU & Mahasiswa Kampus Zon Selatan.
Yuran : RM 8

[Sijil, SAPS point & Makanan disediakan]

mahasiswa harus berkepimpinan

mahasiswa harus berkepimpinan

MAKLUMAN PENTING!

Assalamualaikum w.b.t.

1. Seminar akan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 6.15 petang di EXAM HALL, Universiti Multimedia kampus Melaka.

2.    Para peserta diminta untuk memberikan kerjasama untuk hadir seawal 7.30 pagi bagi sesi pendaftaran peserta dan juga untuk mengambil sarapan sebelum seminar bermula. Pendaftaran adalah di Exam Hall.
[Nota] Peserta yang lewat mungkin tidak akan sempat untuk mengambil sarapan pagi, jadi sila hadir selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi. Kehadiran yang awal dapat membantu melancarkan proses pendaftaran.

3.    Pakaian (digalakkan)

a. Muslimin : Formal/Semi-Formal (T-Shirt berkolar & tanpa Jeans)
b. Muslimat : Berbaju Kurung/Jubah.

Tetapi jika ada kekangan, sekurang-kurangnya : Menutup aurat, Kemas dan Sopan.

4.  Sila bawa bersama :

i – Bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM 8.
ii Buku nota & pen untuk mencatat.

5.    Tentatif penuh bagi seminar ini akan diberikan semasa pendaftaran bersama dengan fail Seminar.
[Nota] Fail dan sarapan pagi akan diberikan selepas peserta mendaftar. Para peserta diminta untuk terus mendaftar apabila tiba di EXAM HALL. Terdapat dua kaunter pendaftaran, peserta Muslimin diminta untuk mendaftar di kaunter pendaftaran muslimin, dan peserta Muslimat di kaunter pendaftaran untuk Muslimat.

6.    Makanan disediakan untuk sarapan, minum pagi, makan tengah hari  dan minum petang.
[Nota] 4 kali makan dengan yuran RM 8, berserta sijil dan SAPS point,pengisian dari ustaz dan tokoh siswazah yang mantap juga dapat berkenalan dengan kenalan baru dari kelab-kelab lain dan kampus-kampus lain, Sesuatu yang sangat berbaloi untuk ANDA hadir ke seminar ini. (1 hari yang cukup rugi untuk dilepaskan).

7.    Akhir kata, mohon doa kalian semua agar dengan izin Allah, program Seminar Kepimpinan Islam (SKI) ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya  dan mendapat rahmat dan redha dari Allah. Penglibatan daripada ANDA untuk sama-sama menjayakan program ini sangat kami hargai dan alu-alukan. Moga usaha yang kecil ini mendapat tempat disisiNya.

~ Tinta dari Pengarah Seminar Kepimpinan Islam (SKI’09) klik di sini.

Untuk perkongsian bersama yang dipetik daripada majalah SOLUSI isu No.2,

“Cita-cita besar datang dari jiwa yang besar,
Jiwa yang besar lahir daripada keyakinan (keimanan) yang kuat.

Sungguh, jika kita benar-benar menghambakan diri kepada Allah
maka merdekalah kita daripada belenggu penghambaan sesama manusia.

Keyakinan kepada hari Akhirat yang kekal Abadi,
menyebabkan kita reda dan rela menerima ujian hidup di dunia sementara ini.

Rasa gerun kita pada neraka dan kemurkaan Allah
akan menyebabkan kita sanggup memikul beban menggalas sunnah Rasulullah s.a.w.
walaupun semacam mengenggam bara api.

Justeru, ketika ditimpa ujian hidup,
usahlah dipinta kecilkan ujian itu,
tetapi pintalah agar “dibesarkan” iman bagi menghadapinya!”

—————————————————–

Perbaharui niat selalu agar hanya keranaNya,
hubungkan semua pekerjaan sebagai ibadah, sebagai tanda ‘Ubudiyyah.

————————————————————–

Wallahu’alam.

Seminar Kepimpinan Islam (SKI)
Institusi Usrah 0809,
Kampus Melaka.


2 comments so far

  1. mong on

    aku x tido tp ngntuk.so, main psp x ngntuk la sgt.hehe:P

  2. amel036yippee on

    hampeh! “&*@#”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: