Adab Berhadas

cuci-cuci, bersih & wangi

cuci-cuci, bersih & wangi

01. Tidak membawa barang yang tertulis nama Allah, kitab Al-Quran atau sebahagian dari ayat-ayatnya.

02. Membaca doa sewaktu hendak memasuki tandas dan apabila keluar dari tandas.

03. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.

04. Elak dari membuang air di dalam lubang yang terdapat haiwan di dalamnya.

05. Elak dari tempat orang berteduh/bernaung, di jalanan atau tempat laluan manusia.

06. Elak dari membuang air di bawah pokok buah-buahan sama ada ketika berbuah atau tidak.

07. Sunat berlindung daripada pandangan manusia.

08. Tidak buang air kecil atau besar di dalam air yang bergenang atau air mengalir yang biasa digunakan manusia untuk bersuci.

09. Tidak mencuci kotoran dengan tangan yang menyentuh kotoran untuk menjaga kebersihan.

10. Dilarang bercakap ketika qada’ hajat, tidak boleh menberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan.

11. Haram menghadap ke arah qiblat atau membelakanginya apabila membuang air di kawasan lapang. Walaubagaimanapun, disunatkan juga tidak menghadap atau membelakangi qiblat apabila membuang air di dalam bangunan seperti tandas atau apabila ada dinding atau tabir antara orang itu dengan qiblat.

2 comments so far

  1. mong on

    no.4.cmne nak tau ade haiwan k x
    kalo aku da xsmpat,bese letop j tros
    x usha da dlm lubang
    haha.
    tp kalo ade kucing ke,lembu k,monyet dlm lubang,maybe sedar la:P

  2. amel036yippee on

    huh?! bahaye tu mong.. buatnye ko tersilap tempat, mau naya..
    kot2 ader plak tebuan ke, penyengat ke buat sarang kat situ..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: