Jatuh Depan Mata

PROLOG

Setiap kali hari Jumaat, mesti ada perkara yang menarik minat aku berlaku. Cerita dimulakan sekitar petang Jumaat semalam. Seperti hari-hari lain, waktu petang mesti pergi ke kebun kat belakang rumah. Kalau rutin harian mak petang-petang ialah beri minum pada bunga-bunga kesayanngannya, aku pun sama, tapi siram tanam-tanaman kesayangan bapak aku. Apa yang berbeza, pokok bunga mak aku memang banyak… jenis, bentuk, warna dan saiz yang pelbagai. Dalam banyak-banyak bunga tu yang aku tahu cuma bunga kertas, bunga raya, lidah buaya, cina mati, tahi ayam, seri pagi, ros (merah, putih & merah jambu), orkid. Jenis orkid yang aku kenal pulak cuma “Orkid Harimau”. Bunga lain entah apa namanya pun tak tahu.

Berbanding dengan bunga-bungaan mak, tanaman kat kebun bapak aku semuanya aku tahu. Sebab ada antaranya aku juga yang tolong tanam. Boleh dikategorikan kepada dua seperti di bawah :

Sayur :
labu, timun, peria, petola, terung (panjang & bulat), pucuk ubi, lada besar, lada rawit (cili api), kacang panjang, kecipir (kacang botol), kangkung, tomato, keladi, ulam raja, daun sup, halia, kunyit, serai, pandan.

Buah :
pisang (tanduk, raja, kapas, nipah) mangga, durian belanda, cempedak, ubi kayu, kelapa madu, betik (esar & kecil), limau asam, limau nipis, rambutan, ceri, cengkudu, petai (biasa & petai belimbing), kelapa sawit (hahaha!! buah juga…), rosel.

buah rosel

buah rosel

Rosel ialah buah berbentuk seperti bunga, kerana mempunyai kelopak di luar biji. Tahu tak, kelopaknya yang berwarna merah asli boleh direndam, direbus dan menghasilkan ibu air (seperti kordial) yang rasanya seperti air Ribena! Sangat sedaaappp!! Bila dah namanya kebun, macam-macam lah pulak binatang yang menetap @ mencari makan kat situ… yang melawat saja pun ada.. Rekod haiwan mengujakan yang pernah ditemui selama bekerja di kebun belakang rumah setakat ini :

1. Ular daun, kurus tapi lebih 50 cm panjang.
2. Kupu-kupu putih sekecil semut berpuluh banyaknya menukarkan warna hijau daun jadi putih.
3. Ulat beluncas hijau segemuk dua kali ganda batang pen makan daun tanaman… ciss!!

PETENGAHAN

Pada waktu malam, lepas solat maghrib tengok berita kat TV3. Berita sukan jadi pilihan utama. Balik-balik pasal kemarahan penonton atas kekalahan Malaysia di tangan UAE. Ingat senang ke nak lawan pemain Arab?? Cakap senanglah… cuba main sama, kita tengok… entah-entah penonton tu tendang bola pun tak kena. Sudah-sudahlah… pengurusan pun dikepalai orang yang tak pernah main bola langsung. Pemain sudah cuba yang terbaik, siapa yang mahu kalah teruk? Mereka semua cuma kurang latihan dan pengalaman bermain di peringkat antarabangsa. Lepas ni, selalu lah buat perlawanan persahabatan dengan negara-negara besar bola sepak… baru boleh menang dalam pertandingan.

Lepas tu sambung tengok Misteri Nusantara. Eh? Kali ni kat Parit Sulung? Dekat je tempat tu… Bosan jugak tengok siaran ni. Yelah, memanglah takut bila nampak hantu… tapi bila dah orang yang duduk kat situ pun asyik takutttt je, hantu pun naik pangkat la jadi Iblis. Rasanya rancangan yang lepas, di Indonesia, lebih bagus dan menarik. Walaupun mereka menceritakan pelbagai kisah misteri, namun penduduknya tetap mengaitkan serta mengingatkan kita tentang Pencipta Yang Maha Esa. Satu-satunya yang perlu ditakuti hanyalah ALLAH SWT, tiada yang lain. Di Malaysia, lain pula senarionya. Dah tahu kawasan tu terbiar, usahakan la.. kalau tak nak kesan tinggalan lama hilang @ dimusnahkan, sepatutnya dibersihkan kawasan tu. Barulah terjaga keamanan. Kalau dibiarkan saja, lama-lama jadi lah tempat tinggal doktor tak bertauliah, stor pencuri, tempat maksiat, puja-memuja & akhirnya jadi ‘hotel’ hantu dan syaitan. Lepas tu dihebahkan seantero dunia, bertaraf lima bintang lah nampaknya hotel tu…

KEMUNCAK

Akibat kebosanan cerita kali ni, aku pun  keluar rumah. Layan blues… sambil-sambil tengok langit yang cerah. Banyaknya bintang!!! Subhanallah cantiknya~~ terlihat juga garisan kecil awan sirus, panjang membelah langit kepada dua. Kabur-kabur kelihatan dan hanya dapat dilihat dengan cara tidak melihat terus kepadanya, tetapi lihat dengan pandangan sisi (macam pandang kiri & kanan pada masa yang sama). Kapal terbang pun banyak jugak. Asyik lalu je… tak putus-putus. Seolah-olah beratur di laluan yang sama. Dalam hati terbisik, “Agaknya ada tak UFO malam ni”. Hehe… khayalan tinggi tu… Tiba-tiba, terjadi satu kejadian yang pertama kali dalam hidup aku. Kemunculannya tidak diumumkan dalam berita seperti dulu, tidak memberi masa untuk aku merakam, bergerak laju sepantas cahaya, sebiji tahi bintang sedang jatuh (lalu) di langit malam. Dengan kilauan api birunya, kejadian depan mata itu bak cerita dongeng dalam siri kartun. Masyaallah!! Terbit rasa gembira, seronok yang amat sangat dalam hati.

Lalu aku terus menunggu, jika ada lagi. Saat berganti minit, bertukar jam. Namun tiada lagi kelibat tahi bintang yang kelihatan. Aku pun berbisik lagi, “kenapa takde lagi ni..?”. Fikir punye fikir, aku tersentak. Astaghfirullah al’azim… rupenye aku tak solat Isyak lagi! Patut la pun… lalu aku pun masuk balik dalam rumah. Hati berkata lagi, “Takpelah. Kalau banyak tahi bintang yang jatuh nanti tak special la pulak…”. Heh!

*******************************************************
Dalam berita, ada kisah menarik berlaku di Australia. Sebanyak 45 ekor ikan paus mati terdampar di perairan laut. Apa kes? Petunjuk untuk apa pula kali ni? Nak berlaku tsunami lagi ke?? Memang dekat sungguh kiamat. Marilah kita bersedia secukupnya untuk akhirat yang akan datang…

5 comments so far

  1. ~mIsS_p00h~ on

    🙂

    Salam kamel~
    Entry kali ni mcm bace cerpen!! best2~ Alhamdulillah, rezeki awaklah kan nak nampak jatuh betul2 depan mata. Selalunya akak tau masa tgk movie korea@jopun ja! tu pn mestilah diorg yang wat graphic kan~😀

    Selamat mhabiskan c0ti & Happy writing!!😉

  2. meSuraya on

    rosel tu
    memang sedap kordialnya.
    kat mersing, mak saya siap berkempen2 suruh minum air rosel.

    • amel036yippee on

      kak pooh :
      kalo dlm drama, mestilah tipu. mane diorang leh amik scene tahi bintang… laju kot mende tu 😛

      suraya :
      kenapa tak jual sekali??

  3. kakak lily on

    hmm…patutle ko terbongkok-bongkok ambik gambar kat kebun abah ye…ada lagi pokok yang ko tak sebut tu…pokok pinang (pun ada buah jugak), pokok-pokok herba yang boleh buat ubat; antaranya mas cotek, misai kucing, senduduk, tongkat ali, tenggek burung…kat parit tepi kebun plak ada ikan haruan, ikan sepat, ikan laga dan tidak dilupakan..nyamuk yang menyebabkan mak kena demam cikugunya sebanyak 2 kali!

  4. safrina on

    saya nak tau pasal daun tenggek burung boleh x? mmg kamu 1 family makan ulam ini ker?

    email saya: safrina_upm@yahoo.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: