Antara Eropah (Barat) dan Islam

Jerman & Hitler

Semasa kecil, apa yang diketahui mengenai Jerman ialah tenteranya berada di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Semua ini adalah pengaruh filem semasa zaman tersebut. Contohnya Combat, Saving Private Ryan dan Band of Brothers. Oleh kerana filem-filem itu diterbitkan oleh Amerika, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada dipihak Amerika. Apabila masuk sekolah menengah, nama Adolf Hitler dan puak Nazinya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda.

     Sebuah buku telah dihasilkan oleh Seymour Rossel bertajuk ‘The Holocaust’. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia yang mendakwa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 orang Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia. Tidak pasti sejauh manakah kebenaran angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler seorang dictator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan saja Yahudi, tetapi juga sesiapa saja yang menentangnya. Cara pembunuhannya begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman yang tidak dapat diterima oleh sesiapa pun itu dikutuk oleh rakyat negaranya sehingga kini.

Mungkin Ada Benarnya

Di samping kekejaman yang disandarkan kepada Hitler, persoalan timbul. Mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?? Ketika Hitler baru muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, beliau seorang pemidato yang baik, belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya.

     Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan isu anti-semitic atau anti-Yahudi dalam ucapan-ucapannya, rakyat Jerman mula membanjiri dan menyokong gerakannya membenci Yahudi. Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923, beliau menulis bukunya yang terkenal, ‘Mein Kampf’. Dalam penulisannya, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan benci kepada Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut. Sebenarnya, Hitler bukanlah orang yang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak.

Tindakan di Eropah

Pada 1542, pemimpin agung Protestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya ‘Against The Jews and Their Lies’. Pada kurun ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi. Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintahkan agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan Ghetto. Yahudi tidak dibenarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam. Pembinaan Ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah.

     Mengapakah masyarakat Eropah bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, sama ada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan bangsa Yahudi. Jika jawapannya adalah yang pertama, maka Yahudi memang adalah bangsa yang teraniaya. Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi satu ketakutan kepasa masyarakat Eropah, maka tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, secara tidak langsung  ia telah mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya. Biar apa pun ceritanya, kesangsian pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah. Maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sana, terutamanya di Jerman.

Mulia dan Adilnya Islam

Dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi SAW. Maka mereka pun diusir. Pada zaman Khalifah Umar Ibn Al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengisytiharan khalifah agung tersebut. Namun seperti biasa, Yahudi terus khianat. Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme., tetapi sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami pelbagai tragedy disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu Yahudi itu jahat.

     Dalam sirah Nabi SAW, ada sahabah yang mulia bernama Abdullah bin Salam. Beliau seorang Yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, TIDAK DITANGGUNG DOSA ORANG LAIN KE ATAS BAHU ORANG LAIN. Maka walaupun secara umumnya rekod Yahudi memangla buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Keburukan Yahudi secara umum diakui sendiri oleh Abdullah bin Salam ketika beliau menganut Islam. Katanya :

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku sudah menganut Islam, meraka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku.”

Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun dating.Rasulullah SAW bertanya :

“Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?”

Jawab mereka : “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami.”

Sabda Rasulullah : “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”

Jawab mereka : “Allah lindunginya dari perkara tersebut.”

Sabda Rasulullah : “Wahai Abdullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka.”

Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata : “Aku menyaksikan bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah.”

Lantas mereka berkata : “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil.”

Kata Abdullah bin Salam : “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta.”

(Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari)

 

Kita bukanlah anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler dan masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru atau pelik untuk mereka kerjakan.

 

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
UK

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: