Apa nak jawab bila ditanya?

Mari kita renung-renungkan keadaan umat Islam pada hari ini. Semua orang baik yang beragama Islam sendiri hatta yang bukan beragama Islam nampak bahawa senario yang menghiasi atmosfera dunia sekarang adalah Islam berada dalam keadaan yang sangat hina dan lemah, tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa ketinggian dan kemuliaan, tiada harta benda, tiada perasaan persaudaraan dan kemesraan. Sifat kita tidak baik, akhlak kita tidak baik, amal-amal kita tidak lagi dirasakan nikmat untuk diamalkan. Segala jenis keburukan wujud pada kita dan diri kita tersangat jauh daripada segala kebaikan.

Lihat saja bagaimana dalam isu Tebing Barat kita diperkotak-katikkan, tidak lupa juga kita membiarkan saudara kita di Iraq menderita kelaparan dan kesengsaraan akibat sekatan ekonomi selama lebih 10 tahun, peperangan atas alasan yang direka dan pelbagai lagi episod penindasan tanpa kompromi yang berlaku kepada umat Islam hari ini. Yang terbaru, isu serangan lahanat Israel ke atas Palestin di Gaza yang pastinya terkorban adalah orang awam.  Namun kita hanya mampu untuk melihat sahaja. Amat menyedihkan tatkala memikir akan perkara ini lalu memandang terhadap pemuda-pemudi kita sekarang yang nampaknya masih mencari identiti, tanpa aspirasi, tanpa manifestasi, masih lalai dan tercari-cari akan tanggungjawab mereka sebagai pemuda dan pemudi Islam yang sebenar.

Meminjam kata-kata Fathi Yakan :

“Inilah yang berlaku kepada umat Islam sewaktu mereka menyedari keadaan mereka yang lemah dan sakit. Tetapi mereka tidak terus berfikir apakah yang harus dilakukan, malah terus mengimport prinsip dan sistem ciptaan manusia yang disangkanya baik dan sesuai, sedangkan pada hakikatnya prinsip dan sistem itu sendiri mengandungi unsur-unsur kehancuran dan keruntuhan, mengandungi unsur-unsur krisis dan kerosakan, unsur-unsur ketumpasan dan keciciran.

Umat Islam mestilah mengetahui bahawa kekosongan yang dialaminya sekarang tidak akan dapat dipenuhkan oleh program Rumah Putih (White House) dari Amerika, tidak juga dapat dipenuhi oleh aliran fikiran Marx dan Lenin, tidak dapat dipenuhi oleh prinsip-prinsip Jipara dan Ho Chi Minh.”

Ayuh! Marilah kita sama-sama menggembeling tenaga memerah keringat, janganlah kita biarkan keadaan yang sedia buruk menjadi semakin buruk, suasana yang sedia malap bertambah gelap.

Sebelum berhenti, cuba kita renungkan tulisan Muhammad Ihtishamul Hasan dalam bukunya yang bertajuk ‘Masalah Umat dan Penyelesaiannya’ :

“Sungguh menghairankan, satu kaum yang dahulunya telah menyirami dunia, mengapa pula hari ini mereka sendiri kedahagaan? Kaum yang dahulunya pernah mengajar dunia dengan tamadun dan peraturan hidup, mengapa pada hari ini mereka sendiri hidup tanpa tamadun dan peraturan?”

Astaghfirullahal’aziim…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: