Jejak Eksplorasi Sesat (sambungan)

sedutan episod lalu…

“Journalist dan Drebar(nya) mengembara ke destinasi asing, mengkaji kesesuaiannya untuk dijadikan tempat melakukan aktiviti. Perjalanan mereka yang pada mulanya gembira bertukar kepada pening dan takut sesat jalan. Mereka tiba di sebuah kawasan yang lebih sunyi. Nekad untuk berhenti dan bertanya jalan sebelum pergi lebih jauh, entah ke mana…”

Journalist : “Assalamua’laikum!!

“……………………………………………..” tiada jawapan, toleh pun tidak. Gulp! Tapi 2 minit kemudian,

Makcik : “Wa’alaikumussalam…” die jawab salam kitorang.

Betul la orang tu. Heh! Lalu kami bertanya. Dia cakap, kat kawasan situ memang takde stesen minyak. Jangan harap la! Kat pekan Jasin dengan Tangkak je ader (ooo…gitu rupenye…eh, ade plak Tangkak tetibe…).

Drebar : “Abeh tu, kat mane ade jual minyak ye makcik?”

Makcik : “Kat pekan Simpang Bekoh depan tu ada kedai motor. Kat kedai tu ada jual minyak…” kenyataan makcik ni melegakan kami.

Journalist : “Jauh tak makcik pekan tu?”

Makcik : “Jauh la jugak…” Gulp! sekali lagi. Berdegup-degup jantung memalu, rancak kembali. Baru je nak rilek…

Drebar : “Kalau banding dengan Jasin mana lagi jauh yek?

Makcik : “Mestila Jasin lagi jauh..! Banyak lagi ke minyak keta?

Drebar & Journalist : “TAKDE DAH!!!” …monolog dalaman kami saje ni…

Kami bermesyuarat sekejap. Fikir dan bincang ala-ala kadar, keputusan diambil untuk terus bergerak ke hadapan. Nak patah balik ke Jasin?? Confirm tak kesampaian. Setelah memberi ucapan kasih dan turut diterima kasih kembali oleh makcik tadi. Kami sambung perjalanan. Harap-harap perut kereta kami dapat menahan lapar & dahaga.

Berkat kesabaran ditambah dengan keteguhan diri. Akhirnya kami sampai di Simpang Bekoh. Tanpa menghiraukan apa yang sedang berlaku di pekan tu, kami terus mencari minyak. Alhamdulillah!! Ada. Tapi cuma sebanyak RM 10 je minyak yang tinggal. Dah tu bukan kat kedai motor. Kedai runcit! Jadilah, daripada tak ada langsung… Isi minyak pakai botol. Ye lar… beli kat kedai runcit, mana ada salur pam camkat stesen minyak… Sambung perjalanan kembali. Harapan pun menyinar terang. Jalan masuk menuju ke Saujana Asahan hanya kurang 200 meter dari pekan tadi. Gembira tak terkata! Dipendekkan karangan, lebih kurang 15 minit kemudian, kami tiba di destinasi.

Di Saujana Asahan, laen pula yang terjadi. Macam-macam perkara yang di luar jangkaan berlaku tapi syukur semuanya baik. Nak taip semua panjang berjela-jela pulak cerita nanti. Rasanya cukup sekadar dalam bentuk nota ringkas :

1. Di pondok keselamatan (pintu masuk), 3 orang jaga muda bermuka ganas melihat kami. Aku sangka suasana akan tegang sedikit. Jangkaan tu meleset… Mereka semua baik-baik belaka. Heheh! Maap la bro-bro security sekelian… ampunkan hamba yer…

2. Kemudian kami disambut & dilayan sangat baik bak tetamu VIP oleh staf yang bertugas, Puan Azizah. Padahal takde pun buat temu janji, main redah je datang. Sangat ramah. Sewaktu menjelajah kawasan, dia sanggup tunggu kitorang ‘explore’ lama-lama, walaupun bilik kecik. Segala pertanyaan kami dijawab dengan jelas disertai senyuman. “Nak amik gambar kawasan banyak-banyak pon boleh~” dia cakap. Ape lagi, aku pun ‘snap’ sane, ‘snap’ situ, ‘snap’ sini banyak-banyak. Fasiliti kat sini semuanya lengkap… tapi orang yang nak guna je takde.

3. Tambah terkejut, apabila seorang ‘instructor’ memperkenalkan diri. Tau tak dia siapa? Kami pun tatau, apetah lagi pembaca sekelian… Dialah Encik Jamal. Ex-staf MMU merangkap bekas teman sekerja Encik Mad Nor (STAD). Heheh! Drebar yang jumpe dia ni… Masa tuh aku sibuk menangkap gambar lagi. Sume kawasan aku amik. Pastu barula jumper die. Bila dah jumpa orang sendiri, maka berboraklah kami sampai lupa masa. Macam-macam topik keluar. Dialah orang yang akan ketuai aktiviti luar kat sini. Banyak pengalaman & pengetahuan yang bole dikongsi katanya. Bertuah la sape yang pegi program kat sini nanti.

Lebih kurang pukul 5 petang, kitorang bertolak pulang. Sempat kami merasa solat Asar di surau. Laluan perjalanan pulang ke MMU kami ikut seperti yang dicadangkan oleh Encik Jamal, menuju ke arah Durian Tunggal. Lebih pendek masa perjalanan katanya. BAGUSLAH~~!! Tapi harapan yang menyinar tidak terus menemani kami. Perjalanan pulang ni lain pulak cabaran yang kami hadapi. Haduhh~~ Tak payahlah nak sambung cerita. Sebab tak sanggup & tak reti nak taip macam mana ngerinya perjalanan balik kami… Jom tengok gambar-gambar pulak…

sebelum tiba

papan tanda pelancongan yang membantu

papan tanda pelancongan yang membantu

satu-satunyer gambar masa pergi yang sempat amik

setelah tiba (hanya yang terpilih)

ni bilik kuliah, caye tak??

ni bilik kuliah, caye tak??

betul ni dalam bilik kuliah… tapi kat bahagian belakang la. Bilik yang besar je ade sofa VIP camni. Ader gak kemudahan cam dewan besar, dewan makan, surau dan sebagainyer…

koleksi permainan tali tergantung

koleksi permainan tali tergantung

ada enam jenis permainan tali gantung. Tinggi tau nih!! Orang gayat tak bole main, nanti jatuh pengsan.

flying fox & abseiling

flying fox & abseiling

yang ni plak 2-in-1. Lebih tinggi dari tali gantung. (hayokk!!!) Nak main mana-mana pun boleh… tapi bayar tol dulu la… ada banyak lagi permainan, tapi nak tau datang la sendiri yer…

ni kolam ikan semulajadi. kalo xde makanan, pancing je

ni kolam ikan semulajadi. kalo xde makanan, pancing je

bersebelahan dengan tapak perkhemahan. PERCUMA je. Disediakan jugak dapur, bilik mandi/tandas dan tempat barbeku. Da dapat ikan leh terus wat berbeku.. yum~~

semasa balik

ini Encik Jamal

ini Encik Jamal

dia la pemberi tips jalan pulang kami. Mesti nak tahu kan macam mana agaknya jalan yang kitorang lalui masa balik? Sila perhati betul-betul gambar kat bawah :

pb100211pemandangan biasa jer ni…

pb100206drebar mula bertanya, “Betul ke jalan ni?”, “Jauh lagi ker?”, “tadi encik Jamal gtau jalan ni la kan??”

pb100207dua makhluk dalam kereta : “WARRGHHHH!!!!”

tuuu diaaa!!!! dah macam jalan kat gurun amerika! Masih tak nampak hujung lagi tuh. Berbelok sana sini, naik turun bukit… untuk makluman, minyak kereta hanyalah saki baki RM 10 yang diisi semasa perjalanan pergi. Selepas puas menjerit, mulut asyik beristighfar, berdoa serta bertawakkal kepada Allah, sekali-sekala  diselang-selikan dengan luahan rasa cemas. Adakah kami berjaya keluar dari kesesatan ini? Adakah akan muncul penyelamat kepada kemelut yang melanda?? Siapakah atau apakah yang akan membantu kami??? Jawapan hanya satu :

Nak tahu pergi la sendiri~ dan kepada yang ingin mencuba, kami mengucapkan…

SELAMAT MENGEMBARA!!

&

JANGAN LUPA ISI MINYAK PENUH-PENUH

-habes-

2 comments so far

  1. mutiara on

    hmm..teringin nak tahu kesudahannya..tentulah berjaya keluar dari kesesatan kan..
    tapi, cukup ke minyak keretanya atau siapa agaknya penyelamatnya ye??🙂

    • aMeL on

      penyelamatnya tentulah Allah SWT. Dia memberi kehebatan kepada driver untuk mengawal minyak (sedangkan kereta auto). Dia memberi ketenangan kepada journalist untuk membuat keputusan memilih jalan.

      Akhirnya kitorang sampai kat pekan Selandar. Ada stesen minyak beso kat situ.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: