L.A.A-Q.

ada tak pada kita?

ada tak pada kita?

01. Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman yang hatinya hanya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT, yang sentiasa haus dengan ilmu, yang sentiasa dahaga dengan pahala, yang solatnya adalah maruah dirinya, yang tidak pernah takut berkata benar, yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.

02. Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang menjaga tuturkatanya, yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung, yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

03. Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang menghormati kedua ibu bapanya, yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga, yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga, yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam, yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat.

04. Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya, yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah S.A.W., yang boleh diajak berbincang dan berbicara, yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah SWT ke atasnya.

05. Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa, yang matanya kepenatan kerana kuat membaca, yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan, yang bangun subuhnya dengan penuh kecerdasan kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

06. Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati, yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

07. Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga, di situlah rumah impiannya bersama wanita acuan Al-Quran.


2 comments so far

  1. faIzun on

    pergghhhh kamil…untung sape pempuan yg dpt hang…nanti aku tlg promotew hang yerk:D

  2. amel036yippee on

    aper maksud ko?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: