Jejak Eksplorasi Sesat (JeleS)

Sesat?? Mane ade… tipu je. Hari Isnin, 17 November 2008. Seusai solat Zohor kami memulakan perjalanan. Cadang bertiga, akhirnya hanya berdua. Seorang drebar bertauliah (opp! Jangan marah…) bersama seorang “journalist” (ehem..! aku le tu) memecut ke arah negeri tempat kelahiran aku, tapi bukan pulang ke kampung. Sebab tak sampai pun… di sempadan sajer. Daerah yang asing (dua-dua tak pernah pegi la maknenye sebelum ni…) kami tujui.

Saujana Asahan adalah destinasi jejak eksplorasi kali ini. Sape pernah pegi? Ianya merupakan tempat rekreasi & rehlah khas untuk para atlit Negara. Terletak di kaki bukit Ledang, berkongsi kehijauannya yang memukau mata dengan Taman Negara Endau-Rompin, hanya pintu masuk yang berlainan. Tujuan jejak ini tak lain tak bukan adalah untuk meninjau, menganalisis dan merekod maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kami adakan satu program di masa hadapan.

Jadi, kenape tajuknye sebegitu?? Mungkin ada yang tertanya… Seperti yang telah ditaip pada perenggan pertama, inilah kali pertama kami pergi ke Asahan. Semasa bertolak, masing-masing sangat yakin dengan persediaan yang dibuat.

Drebar bertanya : “Ko tau jalan tak? Aku tak pernah pegi ni.”

Journalist : “Aku pun tatau! Bedal!, jalan je…”

Dari Ayer Keroh, kami berborak, berbincang, bersosek-sosek, bergurau, bergaduh sampai la Jasin. Sedang melalui sebuah bulatan pusingan,

Drebar : “Betul ke jalan ni..?”

Journalist : “Tu… ader kat signboard tuu… ikut je. Betol la ni…”

Kelibat papan tanda yang saaaaangat kecil sedikit membantu. Muat-muat tulisan jek saiz die (nak jimat RM agaknye…). Dengan terus berpandukan papan tanda jalan, kami meneruskan perjalanan. Satu demi satu bulatan kami pusing. Ada tiga kesemuanya… lengkap aku catat dalam buku yang dibawa, termasuklah arah mana yang perlu diambil. Gambar saja yang tak sempat nak tangkap, sibuk mencatat nota perjalanan.

Masalah bermula apabila menempuh kawasan pedalaman Jasin (agaknye la… abeh takde signboard…). Papan tanda semakin kurang, tak kira besar @ kecil. Kenderaan pun sudah jarang-jarang kelihatan. Jalan pulak makin kecik, sempit! Kali terakhir kami melihat menunjukkan yang sekarang kami berada di kawasan kampung, Kampung Rim. Tak pernah pulak dengar nama ni sepanjang 4 tahun hidup di Melaka. Kurangnya penempatan di kiri kanan jalan berbanding alam semulajadi membuatkan perjalanan terasa amat jauh. Lalu dia bersuara lagi…

Drebar : “ALAMAK!!! Minyak da nak abes! Jauh lagi ke Asahan ni??”

Journalist : “Eh! Ko biar betol! Dah nak ‘E’ dah tu. Tak isik minyak ke aper?”

Drebar : “Isi la. Tapi sket je. Tak tau la plak jauh macam ni… Camne ni?”

Journalist : “Camne, camane? Carik stesen minyak la… kasi top up.”

Drebar : “Kat mana ada stesen minyak?”

Journalist : “Err… ntah! Dari td aku aku tak nampak pun stesen minyak. Kalo ko orang Melaka tak tau, aku lagi la…”

Drebar : “Jalan slow-slow minyak tak cepat abes kan ek?”

Journalist : “Ye kot… jalan jer.”

Sudaaahhh!!! Mane plak stesen minyak ni menyorok?! Peluh mula mengalir. Drebar lagi la gelabah. Dari awal lagi tak pakai penghawa dingin. Ingatkan dapat la jimat minyak… tapi tak cukup jugak rupenye. Bertambah gelabah lagi, masing-masing tak tahu berapa kilometerkah lagi nak sampai kat Asahan tuh! Maka geraklah kami perlahan-lahan… nak diteruskan crite, lama gile la kitorang gerak macam tu. Makin jauh, keluar satu kampung, masuk pulak kampung lain, Kampung Chabau namanye. Tak muncul-muncul lagi perkataan ‘Asahan’. Akhirnya kami amik keputusan untuk berhenti di satu masjid & bertanya. Senyap je kawasan masjid tu, walaupun sebelah die sekolah menengah. Ada seorang makcik kat situ, tengah bekerja. Dup-dap-dup-dap-dup-dap.

…bersambung…

3 comments so far

  1. Nik on

    yang sorang lagik tu haku ker? kehkeh pi survey asahan dak ajak, sampai ati. bila nak sambung amel? tang part last jumpa makcik suspen kot..pastu haper jadik?

  2. amel036yippee on

    kitorang singgah umah tp ko xde..

  3. meSuraya on

    ape jadi lepas tu?
    suspen ni.
    dup dap dup dap


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: