Isu #14: Benarkah Nikah Melalui Wali Hakim Tidak Sah Dengan Adanya Wali?

Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

SOALAN:

Apabila seseorang wali nikah mewakilkan kepada hakim, jurunikah ataupun imam masjid kewaliannya, hakim itu menikahkan anak perempuannya tanpa kehadiran si wali tadi. Sekiranya waktu ijab kabul dijalankan, wali ada bersama mendengar dalam majlis itu, maka pernikahan itu tidak sah dan pasangan berkenaan dikira berzina sepanjang mereka bersama.

Jika begitulah keadaannya, perlukah pasangan tadi diijab kabulkan semula? Bagaimana kedudukan perkara ini? Adakah dalil yang membolehkan wali hadir bersama selepas mewakilkan kewaliannya, kerana dapat dilihat dalam kebanyakan majlis perkahwinan, wali yang mewakilkan kewaliannya hadir sama semasa ijab kabul dijalankan.

JAWAPAN:

Dalam mazhab Syafie, Wali Mujbir’ (terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas) boleh mewakilkan orang lain bagi menikahkan orang dibawah jagaan atau tanggungjawabnya walaupun tanpa izinnya – tanpa perlu mensyaratkan atau menamakan mempelai lelaki tertentu – menurut pendapat ‘Al-Azhar’ yang lebih menonjol. Justeru, didorong rasa kasih, wali tentunya tidak akan mewakilkan perkara sepenting itu melainkan kepada orang yang dia yakini kematangan dan keikhlasannya.

Lebih-lebih lagi jika wali tersebut merasa kurang layak untuk menikahkan anaknya kerana kefasiqan (dia lebih tahu tentang hal dirinya daripada orang lain) atau penyakit tertentu dan sebagainya. Dalam hal ini, kehadiran wali berkenaan dalam majlis berkenaan tidak akan menjejaskan akad yang telah dilakukan oleh wakil ataupun pegawai syarak yang telah diwakilkan akad kepadanya.

Bagi wali yang bukan ‘Wali Mujbir’ justeru dia bukan bapa atau datuk atau kerana pengantin perempuan yang hendak dinikahkan adalah ‘Thayyib’ atau wanita yang pernah berkahwin, maka untuk mewakilkan nikah kepada orang lain perlu mendapat keizinan daripada pengantin perempuan itu terlebih dahulu sama ada tersurat atau tersirat, iaitu qarinah’ atau dalil sampingan yang mengisyaratkan keizinannya. Dalam hal ini tidak kira sama ada wali asal ada atau tidak ada semasa akad, kerana dia telah mewakilkan perlaksanaan akad perkahwinan tersebut kepada qadhi atau pegawai syarak berkenaan (Rujuk: Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah, oleh Dr. A. Karim Zaidan juz 6 hal. 488-494).

Wali yang menghadiri majlis akad nikah dan telah mewakilkannya kepada pegawai syarak sudah pasti redha dengan perkahwinan itu. Sekiranya wali tersebut tidak hadir, keizinannya sudah memadai, seperti pendapat Abu Thaur berdasarkan hadis bahawa:

“Nikah tidak sah melainkan dengan adanya wali”

Syarah Muslim oleh Imam Nawawi: 5/123

Syarat lafaz nikah yang diwajibkan ialah bagi orang yang menjalankan akad nikah iaitu jurunikah. Jika wali yang menjalankan akad nikah, dia juga perlu menyebut lafaz nikah. Tetapi jika orang lain yang menjalankannnya, wali hanya diperlukan keizinannya sahaja. Keizinannya boleh diketahui dengan pelbagai cara dan keadaan.

Keizinan seorang wali pula boleh direalisasikan dengan lafaz mulut, jemputan untuk menjalankan akad nikah, dengan menghadiri dan menyokong majlis tersebut diadakan yang menunjukkan keredhaan dan keizinan beliau terhadap perkahwinan berkenaan. (Rujuk: Bidayatul Mujtahid, oleh Ibn Rushd: 4/207).

 

17 comments so far

  1. ros on

    saya berkahwin menggunakan wali hakim dan tiada seorang pun wakil dr keluarga saya yg datang…yg hadir hnya lh family belah suami…suami juga menikahi saya dgn menggunakan wang ibunya 100% krn suami tidak bekerja dan tiada pendapatan pd masa itu…sah x nikah itu?

    • aMeL on

      Salam Puan..

      Hadir @ tidak ahli keluarga Puan bukannya masalah. Tidak hadir ke majlis akad nikah itu boleh disebabkan oleh pelbagai…

      Pokoknya adakah seseorang yang menjadi tanggungjawab padanya sebagai wali kepada puan ketika itu (ayah, datuk, abang, dan seterusnya mengikut susunan…) – jika masih hidup – bersetuju/memberi keizinan kepada saudari untuk berkahwin? Kerana dalam hal ini, keizinan dari wali sudah cukup menjadi syarat sahnya nikah.

  2. ambemu on

    saya nikah menggunakan wali hakim..bapa saya izinkan saya berkahwin tetapi dia tidak mahu datang semasa akad nikah tersebut..lalu dia memberikan salinan kad pengenalannya kepada saya..tetapi salinan itu sudah hilang..saya pergi ke mahkamah untuk memohon wali hakim dengan sebab bapa saya tak dapat dikesan..adakah nikah itu sah???

  3. salo9 on

    saya nikah menggunakan wali hakim..bapa saya izinkan saya berkahwin tetapi dia tidak mahu datang semasa akad nikah tersebut..lalu dia memberikan salinan kad pengenalannya kepada saya..tetapi salinan itu sudah hilang..saya pergi ke mahkamah untuk memohon wali hakim dengan sebab bapa saya tak dapat dikesan..adakah nikah itu sah???

    • aMeL on

      Assalamualaikum ambemu & salo9,

      Soalan yg sama, tarikh yg sama. Maka jawapannya juga sama. Apabila wali telah memberi izin untuk bernikah, walaupun dia tidak mahu datang @ tidak boleh datang @ tidak mahu menikahkan anak perempuannya…. maka tetap sah sekiranya memohon & dinikahkan oleh wali hakim.

      wallahu’alam

  4. Sha13 on

    Suami saya bernikah dengan perempuan lain tanpa pengetahuan saya. Mereka bernikah di luar negeri tanpa pengetahuan sesiapa. Perempuan itu masih mempunyai seorang ayah dan 2 orang abang, dan mereka juga, hingga sekarang tidak tahu akan hal ini. Adakan nikah suami saya itu sah?

    • aMeL on

      Salam Puan Sha13,
      Syarat yang diletakkan oleh Islam untuk berpoligami secara ringkasnya ialah:

      1. Berkemampuan (nafkah zahir & batin)
      2. Berlaku adil (kepada para isterinya)

      berpandukan kepada firman Allah SWT dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:
      ” Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

      Namun Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
      – Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
      – Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
      – Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
      – Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

      Keizinan berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan satu syarat utama dalam meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk berpoligami.

      Dari segi wali nikah pula, susunan wali yang mesti diikuti mengikut tertib ialah bapa kandung, Datuk sebelah bapa ke atas, Saudara lelaki seibu-sebapa, dan seterusnya… Sekiranya perkahwinan kedua suami yang diwalikan oleh wali ab’ad sedangkan wali aqrab masih ada, malah tidak ada izin dari wali aqrab untuk mewakilkan wali kepada orang lain, maka perkahwinan itu tidak sah.
      (Wali Ab’ad : wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
      (Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).

      Wallahu’alam.

  5. dahliapersona on

    salam..

    Saya bernikah secara sendikit. Jurunikah datang dari Negeri Johor. Pernikahan berlaku dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (jurunikah didapati tidak diiktiraf oleh WP Kuala Lumpur – setelah disiasat. Sijil nikah dan kad nikah juga didapati palsu – pengesahan dari JAWI WP Kuala Lumpur). Semasa kejadian, Ayah saya tidak hadir (berada di rumah-Melaka) dan mewakilkan Jurunikah tersebut sebagai wali saya (percakapan melalui telefon antara wali kandung dengan jurunikah). Ayah saya pertama kali bercakap dengan Jurunikah tersebut pada malam nikah yang hendak dijalankan dan tidak pernah langsung mengenali Jurunikah ini.

    Dalam konteks wali mewakilkan ni… saya faham, asalkan wali kandung beri izin sahaja sudah memadai nikah itu sah. Persoalan saya, prosidur mewakilkan wali ini, adakah perlu mempunyai wakalah dari wali kandung iaitu SURAT KEBENARAN MEMBERI KUASA KEPADA JURUNIKAH UNTUK MEWAKILKAN BELIAU SEBAGAI WALI.. ini kerana dikhuatiri berlaku persoalan dikemudian hari seandainya pernikahan sendikit ini terbongkar..

    Makanya… kronologi nikah saya:

    1) Jurunikah tidak diiktiraf dalam WP Kuala Lumpur

    2) Wali memberi izin Jurunikah menjadi wali, secara verbal dalam talian telefon .. tetapi tiada sebarang surat wakalah MEMBERI KEBENARAN MEWAKILKAN BELIAU SEBAGAI WALI.

    Sah ke tidak sah nikah saya ni…

    Terima kasih

    Pn Buntu Gilerrr

    • aMeL on

      Salam Puan dahliapersona,

      Secara ringkasnya, sekiranya wali yang mewakilkan pernikahan Puan & suami memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan dalam Islam untuk seseorang itu layak menjadi wali seperti dibawah (kerana wali nasab yang pertama iaitu bapa kandung telah pun memberi keizinan untuk mewakilkan haknya kepada orang lain), maka insyaAllah perkahwinan itu sah di sisi syarak:

      1. beragama Islam.
      2. lelaki.
      3. sempurna umur baligh (sekurang-kurangnya 16 tahun ke atas).
      4. berakal serta waras fikirannya.
      5. bebas merdeka.
      6. bersifat adil.
      7. tidak berada di dalam ihram Haji atau `Umrah.
      8. tidak dipaksa untuk menjadi wali.

      Dalam kes Puan, saya berfikiran ada baiknya Puan & suami bertanya semula kepada JAWI apakah perkara yang dibatalkan ialah dari segi sahnya nikah atau sekadar dokumen & langka prosedur saja? Ini kerana dikhuatiri sekiranya dokumen perkahwinan itu tidak diterima, mungkin ianya akan mendatangkan masalah di masa hadapan, terutama untuk mendaftarkan dokumen sah untuk anak & juga berkaitan pembahagian harta pusaka. Jika begitu, maka eloklah berbincang dengan majlis agama untuk bernikah semula (sekadar mengikut prosedur rasmi di Malaysia).

      Wallahu’alam.

  6. Abdullah on

    Salam tuan,

    Minta pendapat masalah saya dan tunang. Ibu bapa tunang saya telah lama bercerai. Bapa kahwin lain dan tunang saya tinggal serumah dgn ibunya dan adik beradik. Pada awalnya berjumpa dgn si bapa dan meminta sign wakalah wali utk nikah, si bapa tak setuju dan meletakkan syarat untuk nikah di tempat dia. Kami setuju. Borang wakalah dah sign dgn imam jurunikah di kawasan si bapa, tiba-tiba lagi sebulan nak nikah, si bapa tarik kembali wakalah atas alasan si anak melawan cakap dia dan bersikap biadap katanya (masalah penceraian ibu dan bapa tunang saya masih tak settle sampai sekarang). Saya berjumpa kembali si bapa dan tanya status, si bapa menyatakan dia enggan menikahkan (wali enggan) dan dia kata jumpa kat mahkamah. Kami telah ke mahkamah syariah dan memfailkan wali enggan. Masalah sekarang, majlis tinggal sebulan, semua persiapan dah siap, dan kad undangan telah dihantar, tapi kes mahkamah jatuh pada tarikh seminggu sebelum majlis. Menurut penolong pendaftar, kes wali enggan akan ambil masa yg lama dan majlis kami akan terganggu. Minta nasihat tuan apa perlu kami buat nak fight di mahkamah dan sekiranya kami mengambil keputusan untuk menikah di ‘luar negara’ menggunakan wali hakim negara itu, sah atau tidak pernikahan kami? (si bapa secara jelas telah menyatakan wali enggan)

    Terima kasih atas masa tuan.

    • aMeL on

      Waalaikumussalam..
      Maaf, baru buka semula laman ni..

      Saya rasa saya bukanlah tempat yang tepat untuk saudara meminta nasihat tentang permasalahan saudara. Memandangkan saudara telah membawa perkara ini ke mahkamah maka eloklah saudara merujuk terus kepada mana-mana pegawai agama yg berdekatan, kerana mereka yg akan menguruskan hal pernikahan tersebut. Bimbang sekiranya mereka akan mengenakan sebarang tindakan/denda sekiranya tidak merujuk dulu pada mereka.

      Apa yg saya boleh katakan, keizinan daripada wali itu memang perlu. Namun jika ditarik semula atas alasan masalah keluarga sahaja, tanpa alasan syarak, maka itu adalah tindakan boleh dikatakan zalim kepada perempuan yang telah bertemu dengan jodohnya. Maka pendapat saya, adalah sah nikah di tempat lain menggunakan wali hakim utk situasi & alasan yang tidak selari dengan yang dibolehkan larangannya dalam syarak, atas ulasan untuk mematuhi redha Allah (tidak berzina/maksiat). Namun, pernikahan tersebut mestilah mematuhi syarat2 lain seperti yg telah dinyatakan dalam komen-komen terawal di atas.

      Wallahu’alam.

      p/s: sekiranya pernikahan telah selamat berlangsung, tahniah saya ucapkan. :)

  7. Atiqah on

    Assalamualaiku, wbt.
    tumpang bertanya. jika wali (keluarga sebelah ayah) tidak dapat dikesan dan saya hanya tinggal bersama ibu dan abang tiri saya, siapakah yang boleh menjadi wali?

    • aMeL on

      Waalaikumussalam.

      Laporkan kepada mahkamah syariah utk prosedur mendapatkan wali hakim. Hanya datuk, saudara lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa saja berhak & sah menjadi wali.

  8. fatma elzahra on

    Assalamualaikum..
    sy berkhawin tanpa izin kuarge n nikah kt thailand..Skrg dh mempunyai 2 owg anak,selepas melahirkan yg ke2 suami sy ad pempuan lain..1hari sy terjumpa hndphne kt kete suami n sy baca sume msj yg ada dlm tu,ada sorg pmpuan mngaku ngh mgandung..Bile sy bertanyakn psl pmpuan tu,suami sy berkate”KALAU BTL PMPUAN TU AWEK SY,SY CERAI KN AWK DGN TALAK 3 DAN TAKKAN DTG TERUS JUMPA AWK AGY..Tu lh kate2 suami sy,selepas peristiwa tu suami tak penah dtg jumpa kitaorg smpai skrg??apa yg perlu sy lakukn??

    • aMeL on

      Waalaikumussalam.

      Permasalahan puan ini memerlukan maklumat & pengesahan yang betul-betul diyakini dari suami puan. Contohnya, talak itu jatuh sah sekiranya ia ditujukan kepada isterinya secara jelas (sendiri taip/tulis, bukan orang lain) & MESTILAH disertai dengan niat si suami. Dalam mazhab Syafie, tidak sah sekiranya tanpa niat.

      Wallahu’alam.

  9. akil88 on

    assalamualaikum..
    Saya berasal dr n.sembilan dan ingin berkahwin dengan seorg gadis dari sarawak.semuanye nampak berjalan lancar sehinggalh pada saat akhir ibu dan bapa bakal isteri saya trpaksa mngakui yg gadis itu adalah anak luar nikah dan lebih merumitkan keadaan apabila dberitahu juga yg ibu dan bapa gadis itu belum juga bernikah sehinggalh sekarang.setelah ditanya kepada berbagai jabatan agama,ustaz,jabatan kehakiman jawapan yg dberikan berlainan sekali kerana mngikut prosedur anak luar nikah yg ingin berkahwin perlu mngemukakan sijil nikah ibu dan bapa bagi anak itu.kerana gadis itu tidak mempunyai sijil nikah utk ibu dan bapanya dan mngikut prosedur sijil nikah ibu dan bapa itu perlu dilampirkn bersama bagi permohonan wali hakim.saya juga tidak mahu perkara ini dketahui oleh keluarga saya bagi mngelakkn perkara yg tidak djangka.Atas alasan itu saya membuat permohonan menggunakan wali hakim dan saya hanya beritahu keluarga saya bahawa bapa gadis itu tidak dapat hadir ke semnanjung utk mnjadi wali kerana tidak sihat.Soalan saya :- 1.) bolehkah saya memohon kepada hakim utk merahsiakan perkara ini dengan memohon utk bernikah di kampung saya seperti perancangan mnggunakan surat kebenaran dari wali hakim dan dinikahkn oleh imam di kampung saya? ?
    2.) setelah berkali memujuk ibunya setuju utk datang ke hari bicara sebagai saksi utk mngakui gadis itu adalah anaknya.adakah dokumen lain yg perlu dibawa??
    3.) adakah apa2 dokumen lain yg perlu dibuat sepanjang hari bicara kerana saya telah mndapat
    surat bicara dr jbtan khakiman pada hari trsebut.
    4.) bolehkn kelulusan utk berkahwin diluluskan pada hari yg sama.kerana utk pengetahuan segala persiapan saya trpaksa tngguhkn mnjelang hari bahagia yg kurang 2 bulan trmsuk tidak mngedarkan kad jemputan kerana bimbang pernikahan sy tidak dapat berjalan sperti dirancang..terima kasih-buntu-

    • aMeL on

      waalaikumussalam.
      Maaf akil88, saya baru baca mesej ni. Memang rumit sikit situasi anda ni.. saya yakin jawapan berbeza dari setiap orang berkemungkinan kerana sumber rujukan yg berlainan (ustaz mungkin jawapannya merujuk pada hukum agama, jabatan agama pula rujuk kepada prosedur). Sememangnya prosedur utk jabatan agama antara negeri ada yg berlainan.

      Saya terus kepada soalan:
      1) Tidak ada masalah untuk merahsiakan. Boleh berbicara dengan hakim @ terus dengan wali yg mewakilkan. Cubalah mohon jasa baiknya, asalkan urusan nikah itu dijalankan dengan sah & tiada unsur2 yg haram di sisi agama (rasuah, ugut/paksaan, dsb.)
      2) Perlu rujuk kepada jabatan agama negeri/mahkamah negeri yg dipohon. kalau ada di laman web, lebih mudah.
      3) Perlu rujuk kepada jabatan agama negeri/mahkamah negeri yg dipohon.
      4) Perlu rujuk kepada jabatan agama negeri/mahkamah negeri yg dipohon. kebiasannya tempoh lama diperlukan oleh mana-mana jabatan agama negeri (mereka dah tentukan siap2).

      Jawapan no. 2-4, mugnkin tidak memuaskan hati anda. Ini kerana saya bukanlah seorang pekerja di mana-mana jabatan agama negeri. Saya hanya boleh membantu berkenaan prosedur am, dan juga melalui pengalaman yg saya pernah lalui sendiri ketika berurusan dengan jabatan agama (setakat ini cuma K. lumpur & Johor saja). itupun, sudah lama.. prosedur mungkin sudah berubah dari tahun ke tahun.

      Semoga niat saudara untuk berkahwin mudah & berjalan lancar.
      Wallahu’alam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: